Pkp Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat Fardu


fazleensafinaJemaah tak melebihi lima orang di surau, musalla KOTA BHARU – Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Januari ini bagi masjid di negeri itu, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di negeri berkenaan.
Tengku Mohamad Rizam menjelaskan, jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadat itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa masjid.
“Bagi surau dan musalla pula bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya membuat saringan suhu badan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir.
“Bagi mereka yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.4 celsius tidak dibenarkan memasuki masjid termasuk mereka yang bergejala seperti batuk, demam, selesema dan sakit tekak. Malah, ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat itu,” katanya.
Beliau turut berkata, jemaah hendaklah memakai pelitup muka dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran masjid selain perlu mengamalkan penjarakan fizikal antara jemaah ketika menunaikan solat sekurang-kurangnya satu meter.
“Bagi memastikan kebersihan, penyediaan cecair pembasmi kuman perlu disediakan di pintu-pintu utama untuk kegunaan pegawai dan jawatankuasa ketika masuk dan keluar masjid dan mereka juga diingatkan supaya membawa sejadah serta mengambil wuduk dari rumah masing-masing sebelum ke masjid.
“Kesemua jemaah perlu segera meninggalkan ruang solat setelah selesai menunaikan solat dan khutbah dan solat Jumaat di semua masjid perlu diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat,” katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan berkuat kuasa esok hingga 26 Januari, susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pkp-kelantan-hadkan-12-jemaah-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

Solat Jumaat Di Kawasan Pkp Dibenar Dengan 30 Jemaah Solat Fardu 5 Jemaah Jawi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 528 hits
Berikutan dengan Perintah kawalah Pergerakan yang telah dilaksanakan bermula hari ini Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa kebenaran menunaikan solat Jumaat dibenar dengan had jemaah seramai 30 orang sahaja Manakala un...
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Ikut Kapasiti Ruang Solat Jaip

Bilangan Jemaah Solat Jumaat Fardu Ikut Kapasiti Ruang Solat Jaip

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 375 hits
Oleh Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Isap Kuantan Foto ihsan Facebook KUANTAN Lebih 40 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat berdasarkan kapasiti ruang solat di masjid negeri daerah kariah dan surau di Pahang yang mendapat kebenara...
Solat Jumaat Fardu Di Selangor Dibenarkan Ikut Jumlah Jemaah Ditetapkan

Solat Jumaat Fardu Di Selangor Dibenarkan Ikut Jumlah Jemaah Ditetapkan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 414 hits
SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan jumlah jemaah itu d...
Solat Jumaat Fardu Ditangguh Akad Nikah Secara Sidang Video Di Selangor

Solat Jumaat Fardu Ditangguh Akad Nikah Secara Sidang Video Di Selangor

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 312 hits
Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari mulai hari ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata s...
Pkp Perlis Benar Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

Pkp Perlis Benar Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 323 hits
BH ONLINE Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail KANGAR Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibolehkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan namun tertakluk syarat ditetapkan Raja Muda Perlis T...
Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 462 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas Kementeria...
Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 364 hits
PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di Kelantan selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata PKP dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak di negeri itu BERITA LANJUT MENYUSUL
Pkp Kasihan Rakyat Kelantan Sebab Exco Cerdik Sangat

Pkp Kasihan Rakyat Kelantan Sebab Exco Cerdik Sangat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 529 hits
MALAYSIA DATELINEPermohonan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mengundang rasa kasihan kepada rakyat negeri itu Naib Ketua AMANAH Rantau Panjang Mohd Hisyamuddin Ghazali berpandangan Kerajaan Pas Kelantan b...
Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

Pkp Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 550 hits
PKP Seluruh Negeri Kelantan Bermula 16 Januari 2021 Hingga 26 Januari 2021 Selepas beberapa hari pengumuman PKPB dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk negeri Kelantan Dalam beberapa hari itu peningkatan kes Covid semakin membi...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Kawan Kot Amboiii Lebai Mana Menggatai Lak Ostat Kan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia