Sultan Perak Ingatkan Harapan Belajar Dari Kesilapan K Jaan Dulu


Bernama Diterbitkan 4 Nov 2018, 11:21 pagi

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan kerajaan pada hari ini agar belajar daripada kesilapan pentadbiran terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa.

Sultan Nazrin Shah bertitah rakyat bersedia mendedahkan dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk anggota keluarga, atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.

“Belajarlah daripada kesilapan mereka yang terdahulu. Amat hampalah rakyat, jika pilihan yang baru, turut mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi jika melakukannya secara lebih buruk,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun ke-62 keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Raja Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sultan Nazrin bertitah budaya politik pasca 61 tahun merdeka menuntut kepada menu dan resepi baru dalam persekitaran politik yang baru.

Titah baginda, para pemimpin politik perlu membaca mesej rakyat secara tepat demi menjamin rakyat dapat hidup dalam suasana rukun lagi harmoni, dalam hasrat membina sebuah negara yang stabil lagi aman, dalam usaha membangunkan sebuah negara yang makmur lagi sejahtera.

“Kaedah memperoleh pengaruh melalui persaingan untuk menunjukkan siapa yang lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan atau lebih Iban selain persaingan mendapatkan pengaruh untuk menunjukkan siapa yang lebih Islam, lebih Kristian, lebih Hindu atau lebih Buddha, ketara semakin tidak relevan.

“Di sebaliknya, rakyat lebih mengutamakan untuk menilai siapa yang lebih bersih, lebih amanah, lebih telus dan lebih cekap mengurus tadbir. Rakyat mahukan pemimpin yang menunjukkan sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengar,” titah baginda.

Baginda bertitah rakyat mengimpikan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, peluang pekerjaan yang lebih terjamin, taraf hidup yang lebih baik, tadbir urus yang lebih telus, pemimpin yang lebih amanah.

“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang adil lagi saksama, pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang dikuatkuasakan tidak secara selektif, melalui badan kehakiman yang berintegriti, dikendalikan oleh barisan hakim yang tidak memihak – tidak gentar, serta bebas daripada campur tangan politik.

“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, kesaksamaan kaum, kesaksamaan agama, kesaksamaan wilayah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah rakyat juga mengimpikan perkhidmatan persosial yang penting seperti kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan, kemudahan kesihatan yang mudah diakses, pengangkutan awam yang meringankan tanggungan perbelanjaan serta program perumahan mampu milik yang dilengkapi kemudahan rekreasi dan sosial.

“Rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormati, saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum,” titah baginda.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/sultan-perak-ingatkan-harapan-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Mb Koon Not In Advisory Council Due To Allegation Against Late Sultan

Perak Mb Koon Not In Advisory Council Due To Allegation Against Late Sultan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 312 hits
Perak Mentri Besar Ahmad Faizal Azumu has rebuked prominent businessman Koon Yew Yin for alleging that the Sultan of Perak had interfered with his appointment as a member of the State Economy Advisory Council Ahmad Faizal denied the allegat...
Palace Denies Tycoon S Claim That Sultan Stopped His Appointment As Perak Adviser

Palace Denies Tycoon S Claim That Sultan Stopped His Appointment As Perak Adviser

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 448 hits
The Perak palace has denied the claim by prominent tycoon Koon Yew Yin that his appointment as the state s economic adviser was scuttled due to his claims that Datuk titles had been exchanged for money Koon said after the May 9 general elec...
Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1492 hits
Mengambil sempena hari ini 2hb November 2018 yang merupakan Hari Keputeraan rasmi Baginda Sultan Perak ana sebagai anak jati Perak yang amat berbangga sebagai rakyat kelahiran Perak di besarkan di negeri Perak tercinta ingin berkongsi serba...
Mb Perak Dahului Penerima Pingat Keputeraan Sultan Perak

Mb Perak Dahului Penerima Pingat Keputeraan Sultan Perak

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 316 hits
04 November 2018 1 15 PM KUALA KANGSAR Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke 62 Hari Keputeraan Sult
I Removed Tycoon As Adviser Not Perak Sultan Says Mb

I Removed Tycoon As Adviser Not Perak Sultan Says Mb

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 371 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu says the businessman made a very serious allegation that the late Perak Sultan Azlan Shah had bestowed state titles through corrupt practices GEORGE TOWN Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu today cl...
Sultan Nazrin Beri Peringatan Kepada Kerajaan Agar Tidak Ulangi Kesilapan Kerajaan Lama

Sultan Nazrin Beri Peringatan Kepada Kerajaan Agar Tidak Ulangi Kesilapan Kerajaan Lama

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 424 hits
KUALA KANGSAR Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan kerajaan pada pada Ahad agar belajar daripada kesilapan pentadbiran terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa Sultan Nazrin bertitah rakyat bersedia me...
Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

Guna Bahasa Yang Baik Penuh Dan Tepat Dengan Anak Kecil Barulah Tak Pelat Dan Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 424 hits
Seawal anak dalam kandungan lagi mereka dah boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh orang paling dekat dengannya Sebab itu penting untuk ibu bapa sentiasa merangsang anak bercakap dengan menggunakan bahasa penuh walaupun si kecil masih b...
Learning Attitude Mula2 Masuk Biz Mmang Dia Rajin Belajar Secara Online Dan Had

Learning Attitude Mula2 Masuk Biz Mmang Dia Rajin Belajar Secara Online Dan Had

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 513 hits
LEARNING ATTITUDE Mula2 masuk biz mmang dia rajin belajar secara online dan hadiri meeting secara offline Biz makin maju berkat usaha gigih rank up ke pangkat leadership tahniah Momentum hebat tp makin lme di biz ia makin plato dan perlahan...
Singapura Resmi Hapus Sistem Ujian Akhir Karena Sekolah Untuk Belajar Bukan Untuk Berkompetisi

Singapura Resmi Hapus Sistem Ujian Akhir Karena Sekolah Untuk Belajar Bukan Untuk Berkompetisi

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 362 hits
Di Indonesia Ujian Akhir Semester dan Ujian Nasional masih jadi salah satu cara untuk menentukan lulus atau naik tidaknya siswa Selain itu ujian pun jadi salah satu cara untuk mengurutkanprestasi belajar anak di sekolah Dengan kata lain ada...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga