Sultan Nazrin Beri Peringatan Kepada Kerajaan Agar Tidak Ulangi Kesilapan Kerajaan Lama



KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan kerajaan pada pada Ahad agar belajar daripada kesilapan pentadbiran terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa.

Sultan Nazrin bertitah rakyat bersedia mendedahkan dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk anggota keluarga, atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan. 

“Belajarlah daripada kesilapan mereka yang terdahulu. Amat hampalah rakyat, jika pilihan yang baharu, turut mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi jika melakukannya secara lebih buruk,” titah baginda.


Loading... Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun ke-62 keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Raja Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sultan Nazrin bertitah budaya politik pasca 61 tahun merdeka menuntut kepada menu dan resepi baharu dalam persekitaran politik yang baharu.

Titah baginda, para pemimpin politik perlu membaca mesej rakyat secara tepat demi menjamin rakyat dapat hidup dalam suasana rukun lagi harmoni, dalam hasrat membina sebuah negara yang stabil lagi aman, dalam usaha membangunkan sebuah negara yang makmur lagi sejahtera.

“Kaedah memperoleh pengaruh melalui persaingan untuk menunjukkan siapa yang lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan atau lebih Iban selain persaingan mendapatkan pengaruh untuk menunjukkan siapa yang lebih Islam, lebih Kristian, lebih Hindu atau lebih Buddha, ketara semakin tidak relevan. 

“Di sebaliknya, rakyat lebih mengutamakan untuk menilai siapa yang lebih bersih, lebih amanah, lebih telus dan lebih cekap mengurus tadbir. Rakyat mahukan pemimpin yang menunjukkan sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengar,” titah baginda.

Baginda bertitah rakyat mengimpikan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, peluang pekerjaan yang lebih terjamin, taraf hidup yang lebih baik, tadbir urus yang lebih telus, pemimpin yang lebih amanah.

“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang adil lagi saksama, pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang dikuatkuasakan tidak secara selektif, melalui badan kehakiman yang berintegriti, dikendalikan oleh barisan hakim yang tidak memihak – tidak gentar, serta bebas daripada campur tangan politik.

“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, kesaksamaan kaum, kesaksamaan agama, kesaksamaan wilayah,” titah baginda. 

Sultan Nazrin bertitah rakyat juga mengimpikan perkhidmatan persosial yang penting seperti kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan, kemudahan kesihatan yang mudah diakses, pengangkutan awam yang meringankan tanggungan perbelanjaan serta program perumahan mampu milik yang dilengkapi kemudahan rekreasi dan sosial.

“Rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormati, saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum,” titah baginda. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/sultan-nazrin-beri-peringatan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

Kerajaan Lama Kencing Dana Sekolah Tamil Ke Ni

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 469 hits
Ini projek era janji dicapati ka ni Kerajaan lama didakwa menjanjikan dana RM39 7 juta kepada 13 sekolah Tamil tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet Dana dimaksudkan itu tidak berada di Kementerian Kewangan kata sumber Kementerian...
Berhenti Salahkan Kerajaan Lama Kata Daim Kepada Ph

Berhenti Salahkan Kerajaan Lama Kata Daim Kepada Ph

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR 8 Nov Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat K...
Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1456 hits
Mengambil sempena hari ini 2hb November 2018 yang merupakan Hari Keputeraan rasmi Baginda Sultan Perak ana sebagai anak jati Perak yang amat berbangga sebagai rakyat kelahiran Perak di besarkan di negeri Perak tercinta ingin berkongsi serba...
Kerajaan Negeri Nafi Dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Membebankan Mukhriz

Kerajaan Negeri Nafi Dakwaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Membebankan Mukhriz

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 435 hits
Sidang Media Khas selepas mesyuarat EXCO yang dipengerusi oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Maklum balas dari rakyat berkenaan Istiadat Pertabalan Tuanku Sultan Kedah Ke 29 sangat positif Liputan media yang meluas banyak membant...
Kerajaan Melaka Lapor Polis Pemasyhuran Sultan Melaka

Kerajaan Melaka Lapor Polis Pemasyhuran Sultan Melaka

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 459 hits
MELAKA Kerajaan negeri Melaka hari ini membuat satu laporan polis tentang satu majlis pemasyhuran seorang individu di laman sosial yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III sebagai Sultan Melaka sekitar minggu lepas Timbalan Setiausaha K...
Pahit Tapi Benar Melayu Jangan Ulangi Kesilapan Lalau

Pahit Tapi Benar Melayu Jangan Ulangi Kesilapan Lalau

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 695 hits
Pahit tapi benar Orang Melayu kena tahu sejarah agar tidak ulangi kesilapan Kami anti DAP pada masa sama ketahuilah kenapa Melayu hilang kuasa Mana pergi semua yang tidak beri ruang kita hulur pendapat Tan Sri Mohamed Khir Johari terkenal d...
Ph Dinasihati Tidak Ulangi Kesilapan Umno Bn

Ph Dinasihati Tidak Ulangi Kesilapan Umno Bn

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 302 hits
iklan penaja PUSAT JUALAN TONE EXCEL Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil menasihatkan semua pimpinan pemuda AMANAH dan pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengulangi kesilapan besar yang telah dibuat oleh Umno dan BN semasa pemerinta...
Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 770 hits
Oleh KENAPA ADA KALANYA KENA TUNGGU LAMA SEBELUM DAPAT JUMPA DOKTOR DI KLINIK KERAJAAN Jadi pakcik kena betul betul jaga pemakanan ubat yang kita bagi ni selain untuk darah tinggi ia juga untuk Tak sempat habis ayat untuk nasihat pakcik pas...
Saya Sudah Lama Mendiamkan Diri Sultan Melaka Tengku Muhamad Jalil Md Nor

Saya Sudah Lama Mendiamkan Diri Sultan Melaka Tengku Muhamad Jalil Md Nor

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 578 hits
Tengku Muhamad Jalil Md Nor 63 mengaku keturunan Kesultanan Melaka membawa gelaran Soltan Mansor Shah III Portal Sinar Harian melaporkan menerusi Facebook peribadi Soltan Mansor Shah III pemahsyuran telah dilaksanakan pada 21 Oktober lalu d...
Crafting A Catchy Facebook Name

Buli Trend Atau Gaya Hidup

Mostbet O Site Oficial Da L Der Na Apostas Esportiva

Health Financing System Unsustainable Time For A Revamp

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

French Elegance Meets American Comfort In A Moscow Apartment Designed By Simple Interiors

Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah

Menyelami Potensi Energi Alternatif Untuk Rumah Modern


echo '';
FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Perfect Fit Why Saddlemen Seats Are The Ideal Choice For Harley Enthusiasts

Helix Of Fortune Unraveling The Mysteries Of Direct Baccarat

Warga Emas Yang Menggigil Kesejukan Berjaya Diselamatkan Dalam Kereta Hampir Tenggelam

Things To Ponder Self Reflection 1

Pn Pantau Masalah Pendalaman Sarawak Jom Bela Rakyat

Umno Silap Besar Benci Pas