Sultan Pahang Titah Enakmen Syariah Dikaji Secara Menyeluruh Bukan Sekadar Semakan Kosmetik




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh yang bukan sekadar semakan ‘kosmetik’, sebaliknya dilaksanakan sebagai satu reformasi berlandaskan maqasid syariah.
Baginda bertitah dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin mencabar dan menggugat prinsip syariah, sudah tiba masa peruntukan undang-undang Islam di Pahang digubal secara lebih mendalam serta selari dengan lima prinsip utama maqasid syariah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Al-Sultan Abdullah bertitah, setiap peruntukan baharu mesti mencerminkan realiti masyarakat Islam kontemporari serta menjawab keresahan umat dengan penuh hikmah dan ketegasan serta disokong oleh mekanisme penguatkuasaan yang tersusun dan menyeluruh.
"Saya melihat terdapat keperluan untuk memperkukuh struktur dan keupayaan pasukan penguat kuasa daripada pelbagai aspek termasuklah latihan berterusan, peningkatan sumber manusia, kemudahan logistik dan teknologi sokongan.
"Hal ini bagi memastikan peruntukan enakmen yang digubal tidak hanya tinggal tulisan semata-mata, tetapi benar-benar dikuatkuasakan secara adil dan profesional sesuai dengan tuntutan maqasid syariah,” titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Ke-196 di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Isnin.
Sementara itu, Sultan Pahang bertitah, institusi fatwa di Pahang perlu terus berlandaskan ilmu, autoriti dan prinsip ijtihad yang sahih berdasarkan al-Quran, sunah, Ijma’ dan Qiyas serta mempertimbangkan kepentingan ummah secara menyeluruh.
Baginda bertitah, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri perlu diperkasakan supaya fatwa yang dikeluarkan menjadi pedoman diyakini dan dihormati bukan sekadar warta yang dipandang sepi.
"Saya tidak mahu ada segelintir pihak memperlekehkan atau mempertikaikan fatwa yang sah, hanya kerana kurangnya kejelasan atau ketegasan daripada pihak berautoriti,” titah Al-Sultan Abdullah.
Dalam pada itu, baginda turut menyarankan sebuah Jawatankuasa Auditor Kewangan Masjid ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memastikan pengurusan kewangan masjid di seluruh negeri dilaksanakan secara telus, profesional dan berintegriti.
Baginda bertitah kewangan masjid yang sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan dan derma masyarakat perlu diuruskan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, sejajar dengan kepercayaan yang diberikan oleh umat Islam.
Pada mesyuarat itu, Sultan Pahang turut menzahirkan harapan supaya institusi pendidikan Islam di negeri ini, khususnya Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang terus diperkasakan sebagai teras penting pembentukan insan rabbani yang berilmu, berakhlak serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/08/sultan-pahang-titah-enakmen-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

Pas Pahang Sokong Penuh Titah Sultan Pahang Agar Enakmen Syariah Di Negeri Ini Di Kaji Semula Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 335 hits
KUANTAN PAS Pahang menyokong sepenuhnya titah Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh Pesuruhjayanya Datuk Rosli Abdul Jabar ber...
Sultan Pahang Titah Agar Semua Masjid Surau Seluruh Negeri Buat Solat Hajat Demi Keadilan Zara Qairina

Sultan Pahang Titah Agar Semua Masjid Surau Seluruh Negeri Buat Solat Hajat Demi Keadilan Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 833 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat hajat khas Kesultanan Pahang melalui kenyataan di Facebook memaklumkan solat hajat itu diadak...
Sultan Pahang Titah Agar Wakil Rakyat Utamakan Kesejahteraan Rakyat Usah Berpolitik Sepanjang Masa

Sultan Pahang Titah Agar Wakil Rakyat Utamakan Kesejahteraan Rakyat Usah Berpolitik Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin turun padang menjenguk rakyat di...
Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh

Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 232 hits
BernamaKUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya Bagaimanapun baginda bertitah usaha itu memerlukan kerj...
Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan adalah wajar titah berkenaan dilaksanakan Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata UMNO Pahang turut menyambut ba...
Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

Sultan Pahang Akan Terus Bersuara Mengenai Isu Pencerobohan Tanah Di Seluruh Negeri Hingga Ia Dihentikan

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 344 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya Bagaimanapun baginda bertitah usaha ...
Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

Sultan Pahang Bantu Membina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Di Kampung Cherok Paloh Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 340 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli melawat mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh Pekan hari ini Keberangkatan baginda kira kira pukul 5 20 petang di tapak rumah i...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord