Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Ucapan Hari Malaysia


Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru semua rakyat memperkukuhkan semangat muhibah.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap rakyat meningkatkan rasa tanggungjawab dan cintakan negara. (Gambar Bernama)KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat jelata di Pahang khasnya serta rakyat Malaysia amnya
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menyeru rakyat supaya sentiasa ingat kepada peribahasa Melayu ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
“Marilah kita bangkit bersama menuju kejayaan demi tanah air tercinta berbekalkan jiwa yang besar dan semangat waja. Setiap titisan keringat yang tumpah pada masa kini adalah bekalan bagi masa depan bangsa yang lebih gemilang.
“Kasih kita kepada negara bukan sekadar kata-kata tetapi perjuangan untuk melihat tanah air terus merdeka dan berjaya. Negara yang kuat lahir daripada rakyat yang bersatu, berdisiplin dan berusaha tanpa mengenal penat,” titah baginda berdua menerusi hantaran dimuat naik Kesultanan Pahang di laman Facebook.
Dalam kesempatan ini juga, baginda berdua mengimbau kenangan manis semasa ‘Kembara Kenali Borneo’ dua tahun lepas, yang masih segar dalam ingatan hingga kini.
Pengalaman manis itu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara baginda, rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, sekali gus melambangkan semangat sebenar Hari Malaysia.
“Semoga Malaysia terus hidup dalam suasana aman dan makmur, dilimpahi keamanan serta kesejahteraan.
“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat muhibah, meningkatkan rasa tanggungjawab dan cinta akan tanah air agar Malaysia terus melangkah maju menjadi sebuah negara yang dihormati di persada dunia. Selamat Hari Malaysia,” titah baginda berdua.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata Hari Malaysia bukan sekadar sambutan tetapi simbol kesepaduan dan semangat kekitaan yang telah membawa ke tahap pembangunan dan kemajuan hari ini.
“Ia adalah pengiktirafan terhadap jasa pemimpin terdahulu, pengorbanan rakyat pelbagai kaum serta usaha gigih semua pihak dalam memelihara keharmonian dan kestabilan negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau sempena sambutan Hari Malaysia 2025. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/sultan-pahang-tengku-ampuan-zahir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laluan Sutera Budaya Benang Dan Budi Semarakkantemasya Warisan Pahang Hari Persahabatan Malaysia Afrika

Laluan Sutera Budaya Benang Dan Budi Semarakkantemasya Warisan Pahang Hari Persahabatan Malaysia Afrika

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 6433 hits
KUANTAN Program bertemakan Laluan Sutera Budaya Benang dan Budi serta Lawatan Eksplorasi Budaya berlangsung meriah di Pulau Keladi Pekan semalam sempena Temasya Warisan Pahang dan Hari Persahabatan Malaysia Afrika 2025 Acara berkenaan diser...
Tengku Ampuan Pahang Alhamdulillah Seni Tenun Pahang Yang Dulunya Hampir Pupus Kini Hidup Kembali

Tengku Ampuan Pahang Alhamdulillah Seni Tenun Pahang Yang Dulunya Hampir Pupus Kini Hidup Kembali

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4152 hits
PEKAN Saya menangis beberapa kali tetapi Alhamdulillah seni warisan Tenun Pahang yang dulunya hampir pupus kini hidup kembali titah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Malah baginda amat terharu kerana ilham mengan...
Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 5523 hits
KUANTAN Istana Pahang menafikan sekeras kerasnya dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok Perkara itu dinyatakan meneru...
Lee Chong Wei Titip Ucapan Penuh Makna Sempena Hari Malaysia

Lee Chong Wei Titip Ucapan Penuh Makna Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3586 hits
Lee Chong Wei Titip Ucapan Penuh Makna Sempena Hari Malaysia Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati detik bersejarah pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 Tarikh ini menandakan penyatuan Tanah Mel...
Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2449 hits
TEMERLOH Keprihatinan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terserlah apabila aduan masalah jalan yang diterima baginda semasa Program Kembara Pahang 1 0 pada 23 April lepas berjaya diselesaikan dalam tempoh 5...
Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 8971 hits
Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan program Bicara Malaysiana Menjunjung Rukun Negara Memperkukuh Jati Diri Bangsa di Auditorium PNM Anjung Bestari bersempena sambutan Hari Malaysia 2025 Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajia...
Selain Malaysia Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September

Selain Malaysia Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2586 hits
Selain Malaysia Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September Hari Kemerdekaan merupakan detik penting yang diraikan oleh setiap negara di dunia sebagai simbol kebebasan dan kedaulatan daripada penjajahan atau penguasaan asing Bagi seset...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6275 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Sayur Masak Lemak Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord