Selain Malaysia Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September


Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September
Hari Kemerdekaan merupakan detik penting yang diraikan oleh setiap negara di dunia sebagai simbol kebebasan dan kedaulatan daripada penjajahan atau penguasaan asing.
Bagi sesetengah negara, Hari Kemerdekaan menandakan tamatnya era penjajahan yang panjang dan penuh penderitaan.
Manakala bagi negara lain, ia menjadi peringatan tentang kesatuan rakyat dalam membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Perayaan yang biasanya diserikan dengan upacara rasmi, perarakan dan pelbagai aktiviti kebudayaan.
Ia sekaligus menggambarkan semangat kebersamaan dan kesedaran bahawa kemerdekaan adalah nikmat yang harus dijaga serta dihargai.
Justeru, kali ini SK ingin berkongsi dengan anda lima negara yang menyambut kemerdekaan pada 16 September.
Malaysia Menurut portal Perpustakaan Negeri Sabah, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pada 9 Julai 1963, termeterailah Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia antara wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Namun begitu, negara Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September disebabkan beberapa isu yang dihadapi pada ketika itu.
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi saksi upacara pengisytiharan Malaysia pada 17 September 1963 apabila Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Malaysia di hadapan 30,000 rakyat berbilang kaum.
Upacara tersebut turut diakhiri dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.
Sejak tahun 2010, kerajaan Malaysia menetapkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara untuk memperingati Hari Malaysia.
Mexico Menurut portal WFAA, negara Mexico menyambut Hari Kemerdekaannya pada 16 September, hari yang menandakan permulaan pembebasan negara daripada pemerintahan Sepanyol.
Pada 16 September 1810, di bandar kecil Dolores (kini Dolores Hidalgo, Guanajuato), Miguel Hidalgo yang merupakan seorang paderi Katolik membunyikan loceng gereja dan menyeru rakyat untuk bangkit menentang pemerintahan Sepanyol.
Pengisytiharan bersejarah ini, yang dikenali sebagai Grito de Dolores atau ringkasnya El Grito telah mencetuskan Perang Kemerdekaan Mexico.
Perayaan Hari Kemerdekaan menunjukkan kepada dunia betapa Mexico menyayangi dan menghargai warisannya.
Ia adalah satu cara untuk menghormati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan yang berjuang untuk kebebasan negara mereka.
Lebih-lebih lagi, ini adalah peluang untuk orang Mexico untuk mengukuhkan nilai yang mereka pegang iaitu kebebasan, demokrasi, dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.
Papua New Guinea Menurut portal NAA, negara Papua New Guinea merupakan wilayah Australia sehingga 16 September 1975, apabila negara itu mencapai kemerdekaan.
Ia merangkumi bekas protektorat British, Papua yang menjadi wilayah Australia sejak 1906, serta bekas koloni Jerman iaitu New Guinea, yang berada di bawah tanggungjawab Australia sebagai Wilayah Mandat Liga Bangsa-Bangsa (1921–1942).
Negara ini kemudian sebagai Wilayah Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Perang Dunia II.
Pentadbiran wilayah ini menjadi tanggungjawab seorang Pentadbir Kerajaan Australia yang melapor kepada Jabatan Wilayah Luar Australia (Department of Territories, 1951–1968)
Sejak 1951, Pentadbir dibantu oleh Majlis Perundangan yang dilantik, yang kemudiannya pada 1964 digantikan dengan Dewan Perhimpunan yang dipilih.
Sebagai langkah persiapan menuju kemerdekaan, Papua New Guinea menjadi wilayah yang memerintah sendiri pada 1 Disember 1973.
Upacara utama yang diadakan di Port Moresby disempurnakan oleh Putera Charles (mewakili Ratu Elizabeth II) Sir John Kerr (Gabenor Jeneral Australia) dan Gough Whitlam (Perdana Menteri Australia).
Menteri Ketua Papua New Guinea, Michael Somare, yang menjadi Perdana Menteri pertama negara itu, turut menjadi sebahagian dalam detik bersejarah tersebut.
BACA: Bapa Bertindak Di Luar Kawalan Selepas Rugi Berniaga “Online” Sumber: Perpustakaan Negeri Sabah, NAA, WFAA
The post Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/16/selain-malaysia-negara-ini-juga-rai-hari-kebangsaan-16-september/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 8970 hits
Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan program Bicara Malaysiana Menjunjung Rukun Negara Memperkukuh Jati Diri Bangsa di Auditorium PNM Anjung Bestari bersempena sambutan Hari Malaysia 2025 Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajia...
Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1666 hits
Setiap kali masuk bulan September tarikh 16 haribulan memang istimewa buat rakyat Malaysia Kalau 31 Ogos kita raikan Hari Kemerdekaan 16 September pula kita sambut Hari Malaysia Ramai yang mungkin tahu tapi tak semua betul betul faham apa s...
September Oktober Rupanya Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Malaysia Apa Sebabnya

September Oktober Rupanya Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Malaysia Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3261 hits
September dan Oktober bulan paling tinggi kelahiran di Malaysia Ya ini statistik yang dikongsikan oleh Malah menerusi ruangan komen rupanya ramai bayi dilahirkan pada bulan ini dan bulan Oktober Apa sebabnya Ini yang dikongsikan oleh Public...
Iklan Rukun Negara Malaysia

Iklan Rukun Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2103 hits
16 September 2025 Selasa Maksud Rukun NegaraRukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 Ia digubal untuk membentuk perpaduan keharmonian dan kestabilan negara dengan men...
Promo Hari Malaysia Burger King Taco Bell Dominos Pizza Dll

Promo Hari Malaysia Burger King Taco Bell Dominos Pizza Dll

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4736 hits
Promo Hari Malaysia 2025 hadir dengan tawaran menarik dari Burger King Taco Bell Domino s Pizza banyak lagi Dari menu edisi khas hingga kombo jimat nikmati hidangan enak sambil meraikan Merdeka Hari Malaysia dengan penuh keceriaan Baca juga...
Malaysia Negara Maju

Malaysia Negara Maju

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1177 hits
Pembangkang kata ekonomi semakin hancur tapi Pakar Bank Dunia kata ekonomi Malaysia semakin baik Baru ini Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk MalaysiaDr Apurva Sanghi dedahkan tiga kemenangan besar ekonomi Malaysia Beliau sebut sebagai kemenanga...
Sarapan Sa Hari Ini Khamis 4 September

Sarapan Sa Hari Ini Khamis 4 September

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1734 hits
Assalamualaikum Sarapan pagi ni pagi yang sibuk dengan macam macam task SA sempat la beli sarapan pagi di KL Sentral ada orang bukak table area LRT station tu kali ke dua SA beli kat sini semalam pun beli gak SA beli Mee Goreng sekali lagi ...
The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia Meraikan Kebanggaan Negara Dengan Kegemaran Lama Bersentuhan Baharu

The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia Meraikan Kebanggaan Negara Dengan Kegemaran Lama Bersentuhan Baharu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3658 hits
Hi Korang Sempena Bulan Kemerdekaan ini The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan kebanggaan negara melalui aneka rasa yang dekat dengan hati kita Mempamerkan pelbagai tawaran bermusim yang diilhamkan oleh c...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cubaan Pertama Buat Tempe Homemade

Fifa Latin Night

Emulator Android Studio Tidak Mau Jalan

Cpanel Services

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Farmer Froggy Crochet