Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat




KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang bahawa setiap dasar dan keputusan yang diambil perlulah berasaskan kepentingan rakyat.
“Dengarlah suara mereka, peka kepada masalah dan keperluan mereka. Rakyat adalah tunjang kekuatan negeri dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan mereka hidup dalam keadaan aman, makmur, dan sejahtera,” titah Sultan Pahang.
Baginda bertitah demikian pada majlis mengurniakan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan kepada Exco Kanan.
Mereka yang terlibat ialah Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd.Razak; Exco Hal Ehwal Agama lslam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Seri Syed lbrahim Syed Ahmad.
Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, Datuk Ir. Razali Kassim dan Exco Pelaburan, Perindustrian,Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Nizar Najib.
Turut dikurniakan surat berkenaan ialah Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Said; Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal; Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang; Exco Perpaduan,Pelancongan dan Kebudayaan Leong Yu Man serta Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan, Datuk Amizar Abu Adam.
Titah baginda, rakyat adalah tunjang kekuatan negeri itu dan adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan mereka hidup dalam keadaan aman, makmur, dan sejahtera.
Baginda titah menyeru kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk terus bekerja keras dan melaksanakan tugas dengan penuh komitmen.
“Kesemuanya telah bekerja dengan baik, saya harap pasukan ini dapat terus beri komitmen secara telus dan bekerja kuat. Kepercayaan yang diberikan bukan amanah semata-mata, tapi tanggungjawab yang besar untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri ini terus berkembang.
“Saya ingin mengingatkan bahawa setiap dasar dan keputusan yang diambil perlulah berasaskan kepentingan rakyat,” titah baginda.
Baginda turut berharap agar setiap ahli-ahli majlis sentiasa meletakkan kepentingan Negeri Pahang di hadapan dan kesetiaan kepada negeri ini haruslah mengatasi segala kepentingan lain.
“Pahang adalah tanah tumpah darah kita, dan segala usaha serta pengorbanan haruslah ditumpukan untuk kemajuan negeri dan Kerajaan KDPB Sultan Pahang ini.
“Saya juga ingin menyeru agar semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk memudahkan urusan birokrasi rakyat. Proses yang cekap dan mesra rakyat akan membantu mengurangkan beban mereka serta menunjukkan komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik,” titah baginda. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/01/sultan-pahang-ingatkan-semua-ahli-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 305 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri peka kepada masalah dan keperluan rakyat KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap masalah rakyat d...
Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Di Negeri Ini Ditambah Baik Kurang Risiko Kemalangan

Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Di Negeri Ini Ditambah Baik Kurang Risiko Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 384 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu infrastruktur jalan raya di negeri ini ditambah baik bagi mengurangkan risiko kemalangan Baginda bertitah pemasangan tanda keselamatan dan lampu di lebuh raya s...
Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 612 hits
Tengku Besar Mahmud Tengku MariamSultan Ahmad Muadzam Shah Pada tahun 1881 Tun Ahmad telah mengunjungi Johor dan Singapura selama 13 bulan Dalam kesempatan ini baginda telah berbincang dengan Maharaja Abu Bakar mengenai kedudukannya di Paha...
Banjir Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan

Banjir Jumlah Penduduk Terjejas Di Pahang Meningkat Johor Dan Negeri Lain Kini Semakin Berkurangan

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 494 hits
KUALA LUMPUR Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor Sarawak dan Perak tidak jauh berubah Di Pahang jumlah penduduk terjejas di daerah Rompin...
Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak Rm95 Juta Pada Tahun 2024

Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak Rm95 Juta Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Sebanyak 2 263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata nilai berkenaan menunjukkan peningkatan 59 peratus berbanding...
Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

Umno Mungkin Keluar Kerajaan Jika Najib Jalani Tahanan Rumah Kata Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 327 hits
Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na aman berkata ketidaktentuan politik ini akan mengganggu proses pemulihan ekonomi negara PETALING JAYA Penyokong Najib Razak akan memberi tekanan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk ke...
Mesyuarat Agung Mpsm Kulai Kali Ke 43 Tahun 2025 Majlis Setulus Budi Semarak Kasih

Mesyuarat Agung Mpsm Kulai Kali Ke 43 Tahun 2025 Majlis Setulus Budi Semarak Kasih

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 623 hits
MESYUARAT AGUNG MPSM KULAI KALI KE 43 TAHUN 2025 MAJLIS SETULUS BUDI SEMARAK KASIH Alhamdulillah Selesai program besar ini pada hari ini bertempat di Pulai Spring Resort Skudai Johor Majlis dimeriahkan dengan kehadiran PPD mknaceunlimited m...
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 254 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan subjudis Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabata...
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pahang Dijangka Dapat Diguna Sepenuhnya September Ini

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pahang Dijangka Dapat Diguna Sepenuhnya September Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang yang dibina dengan kos lebih RM24 juta dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini Exco Komunikasi Dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata perke...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


13 Jam Transit Di Singapura

Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam

Kita Berjanji Berusaha Allah Menentukan Segalanya