Sultan Nazrin Tegur Sifat Kaduk Naik Junjung Sebahagian Ahli Politik




IPOH 1 Sept. – Sultan Perak, Sulwtan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik.
Baginda bertitah, suhu politik di dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
“Sifat-sifat kaduk menaiki junjung dan sifat-sifat memilih lebih mahu berputih tulang setelah berputih mata oleh sebahagian pemimpin politik telah meningkatkan suhu permusuhan dalam kalangan rakyat.
“Perbuatan mengata dulang paku serpih melalui persaingan melukis wajah lebih hodoh lawan politik, semakin menambahkan mendung di langit negara,” titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1441H/2019 di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Dikenali sebagai raja yang sering ‘menjentik’ pemimpin jika ada yang tidak kena Sultan Nazrin bertitah, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, suara menyemai kebencian antara kaum dan agama semakin diucapkan.
Titah baginda pelbagai provokasi secara keterlaluan dilakukan antaranya meletak patung dan melemparkan daging khinzir di dalam masjid, meletak kepala lembu di kuil Hindu, menyebarkan bahan diayah, fitnah dan penghinaan melalui media sosial termasuk penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad.
“Setiap ungkapan dan setiap perbuatan sedemikian, sebenarnya merupakan pemasangan satu bom jangka yang menantikan masa untuk meletup.
“Sedarilah! Serpihan daripada letupan bom jangka ini tidak mengenal mangsa, malah anak cucu serta kaum kerabat pemasang bom jangka, turut terdedah kepada akibat daripada perbuatan-perbuatan berfikiran singkat,” titah Sultan Nazrin.
Titah baginda kebenaran fakta dan kesahihan berita kini tidak dipentingkan, sebaliknya emosi semakin mempengaruhi diri termasuk dalam kalangan terpelajar sehingga minda rakyat semakin diracuni dan menjadi terlalu taasub serta berfikiran tertutup.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah setiap insiden daripada kejadian jenayah di jalan raya kepada tindakan disiplin seorang guru di sekolah atau majikan di pejabat, warna baju pemimpin, kesilapan mengibarkan bendera, perubahan kurikulum pengajian dilihat dan ditafsirkan secara negatif, menurut dimensi kaum dan agama.
“Keadaan ini amat tidak sihat, meletakkan negara berada dalam zon bahaya yang mencemaskan. Majoriti rakyat di negara ini cintakan keamanan. Mereka semakin resah, semakin gelisah, bimbang dan takut,” titah Sultan Perak.
Baginda bertitah suhu panas itu wajib segera diturunkan dan perbuatan menyalakan api perkauman, meniupkan bara permusuhan antara agama wajib dihentikan tanpa berlengah.
Titah baginda undang-undang wajib didaulatkan supaya keselamatan nyawa dan harta benda rakyat yang tidak berdosa terjamin serta dilindungi.
Mengakhiri titah, Sultan Nazrin turut memanjatkan doa agar Malaysia diamanahkan dengan pimpinan yang amanah, ikhlas, membawa suara kesederhanaan, suara munasabah, suara rasional dan suara persaudaraan agar rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini hidup rukun serta harmoni. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/01/sultan-nazrin-tegur-sifat-kaduk-naik-junjung-sebahagian-ahli-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Tegur Pemimpin Sanggup Rendahkan Nilai Diri Demi Pengaruh Dan Sokongan

Sultan Nazrin Tegur Pemimpin Sanggup Rendahkan Nilai Diri Demi Pengaruh Dan Sokongan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 384 hits
BERNAMA Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik ...
Pm Jelas Zakir Naik Main Politik Kaum Langgar Batas

Pm Jelas Zakir Naik Main Politik Kaum Langgar Batas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 309 hits
OLEH SYED JAYMAL ZAHIIDDr Zakir Naik cuba mencetuskan kebencian kaum kata Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 18 Ogos Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agak jelas Dr Zakir Naik cuba mencetuskan kebencian kaum Perdana me...
Sultan Nazrin Criticises Leaders Willing To Stoop To Gain Influence

Sultan Nazrin Criticises Leaders Willing To Stoop To Gain Influence

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 215 hits
Sultan Nazrin Shah 8211 Bernama file photo IPOH The Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah today criticised a handful of people including leaders who would compete to demonstrate their ego to the extent of lowering their self esteem for the sak...
Polis India Halang Ahli Politik Masuk Kashmir

Polis India Halang Ahli Politik Masuk Kashmir

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 355 hits
Polis India halang ahli politik masuk Kashmir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2019 11 40PM
Hayati Titah Sultan Nazrin Pupuk Toleransi Harmoni Kata Kit Siang

Hayati Titah Sultan Nazrin Pupuk Toleransi Harmoni Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 300 hits
Hayati titah Sultan Nazrin pupuk toleransi harmoni kata Kit Siang Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Aug 2
Pindaan Had Umur Mengundi Beri Belia Kuasa Corak Negara Kata Sultan Nazrin

Pindaan Had Umur Mengundi Beri Belia Kuasa Corak Negara Kata Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 242 hits
Pindaan had umur mengundi beri belia kuasa corak negara kata Sultan Nazrin Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada
Isytihar Harta Sprm Gesa Semua Ahli Politik Isytihar Harta Elak Rasuah

Isytihar Harta Sprm Gesa Semua Ahli Politik Isytihar Harta Elak Rasuah

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 347 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Zakir Naik Langgar Syarat Pr Jika Ceramah Isu Politik

Zakir Naik Langgar Syarat Pr Jika Ceramah Isu Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 274 hits
Hubungan harmoni antara kaum di Malaysia tidak ada galang gantinya dan tidak boleh dirosakkan oleh sesiapa pun kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata jika Dr Zakir Naik cuba bermain politik dan berceramah isu kaum mengenai ...
Ahli Politik Islam Lebih Takut Golongan Kafir

Ahli Politik Islam Lebih Takut Golongan Kafir

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 483 hits
Umat Islam di seluruh dunia berpecah kepada beberapa kumpulan adalah disebabkan oleh ahli politiknya yang tidak berpegang kepada tali Allah iaitu al Quran dan Sunnah Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata malah keadaan itu berlaku dis...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin