Sultan Muhammad V Catat Sejarah Agong Pertama Letak Jawatan



KUALA LUMPUR — Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa semalam adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Peletakan jawatan itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan petang ini, sekali gus menjawab persoalan dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung kedudukan Sultan Muhammad V, yang baru saja kembali dari bercuti selama dua bulan.

Loading...
Baginda memaklumkan peletakan jawatan itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Majlis Raja-Raja mengenai hal berkenaan.

Dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.

Sultan Muhammad V, yang diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan, adalah antara ketua negara yang tidak cukup lima tahun penggal perkhidmatan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember 2016 dan ditabalkan pada 24 April 2017.

Tiga yang lain ialah Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu dan ditabalkan dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Almarhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah yang dilantik pada 14 April 1960 mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 September 1960.

Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang memegang jawatan pada 26 April 1999, mangkat pada 21 November 2001.

Spekulasi mengenai kedudukan Sultan Muhammad V mulai tular apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Majlis Raja-raja bermesyuarat selepas Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, menamatkan tugas baginda pada 31 Disember lepas.  

Sultan Nazrin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V bercuti selama dua bulan mulai 2 November untuk menjalani rawatan.

Pada 24 November, media luar negara melapor dan menyiarkan gambar perkahwinan Sultan Muhammad V di luar negara. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada istana mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditanya mengenai perkara itu pada 30 November, menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan perkahwinan itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir yang ditanya mengenai dakwaan kononnya Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini, berkata beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Sultan Muhammad V akan melepaskan jawatannya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/sultan-muhammad-v-catat-sejarah-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1523 hits
KUALA LUMPUR Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 kata Istana Negara Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz baginda telah memaklumkan peletakka...
Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong

Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 778 hits
Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di Pertuan Agong Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 6 Jan 2019 6 41
Yang Di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Yang Di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 641 hits
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong berkuat kuasa hari semalam 6 Februari 2019 adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Be...
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1307 hits
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia Rakyat seluruh negara dikejutkan dengan keputusan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong yang berkuatkuasa mulai 6 Januari semalam Buat pert...
Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong Ke 15

Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong Ke 15

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 825 hits
Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuat kuasa 6 Januari 2019 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Du...
Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 459 hits
SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong berkuat kuasa serta merta hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan baginda itu dibuat se...
Agong Pertama Letak Jawatan Apa Komen Tun M

Agong Pertama Letak Jawatan Apa Komen Tun M

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 680 hits
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Peletakan jawatan i...
Sultan Kelantan Letak Jawatan Sebagai Agong

Sultan Kelantan Letak Jawatan Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 548 hits
Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 pada 24 April 2017 PETALING JAYA Istana Negara mengumumkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuat kuasa hari ini Peletak...
Sultan Perak Pangku Jawatan Yang Di Pertuan Agong

Sultan Perak Pangku Jawatan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 531 hits
OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM Mesyuarat Raja Raja yang berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di Pertuan Agong Perkara demikian dimaklumkan sumber terdekat kepada Sult...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

Kg Papan Residents Protest At Bnm Demand Promised Homes

Iium Dons Urge Action After Romans Learned Shipbuilding From Malays Remark

Zurinah Hassan In Translation

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amanah Saham Bumiputera Auto Labur Kelebihan Dca Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Insomniacks Seperti Dulu

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi