Agong Pertama Letak Jawatan Apa Komen Tun M



PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Peletakan jawatan itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan pada Ahad, sekali gus menjawab persoalan dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung kedudukan Sultan Muhammad V, yang baru saja kembali dari bercuti selama dua bulan.

Baginda memaklumkan peletakan jawatan itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Majlis Raja-Raja mengenai hal berkenaan.

Dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.

Sultan Muhammad V, yang diputerakan pada 6 Okt 1969 di Kota Bharu, Kelantan, adalah antara ketua negara yang tidak cukup lima tahun penggal perkhidmatan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Dis 2016 dan ditabalkan pada 24 April 2017.

Tiga yang lain ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu dan ditabalkan dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Almarhum Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah yang dilantik pada 14 April 1960 mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 Sept 1960.

Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang memegang jawatan pada 26 April 1999, mangkat pada 21 Nov 2001.

Spekulasi mengenai kedudukan Sultan Muhammad V mulai tular apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Majlis Raja-raja bermesyuarat selepas Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, menamatkan tugas baginda pada 31 Dis lepas.

Sultan Nazrin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V bercuti selama dua bulan mulai 2 Nov untuk menjalani rawatan.

Pada 24 Nov, media luar negara melapor dan menyiarkan gambar perkahwinan Sultan Muhammad V di luar negara. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada istana mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditanya mengenai perkara itu pada 30 Nov, menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan perkahwinan itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir yang ditanya mengenai dakwaan kononnya Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini, berkata beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Sultan Muhammad V akan melepaskan jawatannya.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana Seri Paduka dipilih?

Menurut laman web rasmi Majlis Raja-Raja, prosiding pemilihan Yang di-Pertuan Agong akan melibatkan proses pe­ngundian oleh sembilan Raja-raja Melayu semasa Persidang­an Maj­lis Raja-Raja.Pemilihan dilaksanakan secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan adalah tidak bernombor serta ditandakan.Sebaik sahaja keputusan undian diumumkan, kertas undi yang diletakkan di dalam peti akan dimusnahkan dengan cara dibakar atau dirincih (dikerat kecil-kecil).Turut dinyatakan, Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama Penyim­pan Mohor Besar Raja-Raja.

Lihat sebelum ini..S/Muhammad V Letak Jawatan Yang di-Pertuan Agong H...Agong Pertama Letak Jawatan, Apa Komen Tun M?Agug Turun Takhta Demi Mantan Miss Moscow? Ini, Be...Eric Liew Tuduh Agung 'Sibuk Berzina', Polis Tinda...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/agong-pertama-letak-jawatan-apa-komen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Muhammad V Catat Sejarah Agong Pertama Letak Jawatan

Sultan Muhammad V Catat Sejarah Agong Pertama Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 771 hits
KUALA LUMPUR Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong XV berkuatkuasa semalam adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Peletaka...
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1268 hits
Rakyat Terkejut Agong Letak Jawatan Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia Rakyat seluruh negara dikejutkan dengan keputusan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong yang berkuatkuasa mulai 6 Januari semalam Buat pert...
Ydp Agong Sah Letak Jawatan Berkuatkuasa Serta Merta

Ydp Agong Sah Letak Jawatan Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 803 hits
YDP Agong sah letak jawatan berkuatkuasa serta mertaYDP Agong sah letak jawatan berkuatkuasa serta merta
Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1463 hits
KUALA LUMPUR Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 kata Istana Negara Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz baginda telah memaklumkan peletakka...
Yang Di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V Letak Jawatan

Yang Di Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad V Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 610 hits
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong berkuat kuasa hari semalam 6 Februari 2019 adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Be...
Doktor Mediviron Hina Agong Letak Jawatan

Doktor Mediviron Hina Agong Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 390 hits
Seorang doktor yang dituduh menghina bekas Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai doktor di Klinik Mediviron di Kajang serta merta Doktor terlibat juga telah memohon maaf di akaun Facebook peribadinya kata Medivi...
Yang Di Pertuan Agong Umum Letak Jawatan

Yang Di Pertuan Agong Umum Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 467 hits
Sultan Muhammad V hari ini meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Loading Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini Dalam kenyataan yang di...
Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong

Sultan Muhammad V Letak Jawatan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 750 hits
Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di Pertuan Agong Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 6 Jan 2019 6 41
Malaysia Baru Yang Tercela Ydp Agong Letak Jawatan

Malaysia Baru Yang Tercela Ydp Agong Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 593 hits
Penubuhan Malaysia Baru di mulakan dengan fitnah yang keji cacian dan makian terhadap Seri Paduka Baginda kononnya berkomplot dengan parti pemerintah lama bagi menghalang Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri sedangkan Baginda sedang m...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Where Were You When

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif