Perutusan Khas Aidilfitri Muhyiddin Penuh Nasihat Buat Seluruh Umat Islam
PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan  khas Aidilfitri yang penuh nasihat buat seluruh umat Islam dengan lirik  lagu raya nyanyian Ahmad Jais.
Dalam perutusannya itu, Muhyiddin turut memaklumkan keputusan  Putrajaya mengenai garis panduan hari perayan dibuat berdasarkan kepada  prinsip maqasid shariah, iaitu memelihara nyawa.
“Kita korbankan sedikit adat atau kelaziman kita demi untuk  mengelakkan jangkitan Covid-19 dan menyelamatkan nyawa kita serta orang  di sekeliling kita,” katanya hari ini.
Muhyiddin berkata, Putrajaya tetap dengan keputusan untuk tidak  membenarkan pergerakan merentas negeri untuk balik kampung, selain  mengingatkan bahawa ziarah keluarga terdekat hendaklah tidak lebih 20  tetamu dalam 1 hari.
     “Saya nasihatkan berbincanglah dengan adik-beradik dan saudara-mara,  siapa yang boleh datang berziarah ke rumah anda. Ketika saudara-mara  kita berada di rumah, pastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial.  Elakkan bersalaman dan bersentuhan.
“Jaga mak, ayah dan nenek kita yang berusia. Mereka lebih terdedah  kepada jangkitan Covid 19. Tidak mengapalah pada Hari Raya kali ini kita  tidak bersalam atau peluk cium datuk atau nenek kita,” katanya.
Bahkan beliau turut mengingatkan supaya mengelakkan diri daripada  bersesak-sesak di tempat atau ruang yang sempit, serta menjarakkan diri  dari tetamu lain.
“Selepas selesai berkunjung ke rumah keluarga terdekat atau melayan  tetamu, pastikan anda cuci tangan dan kekalkan kebersihan diri.
    “Bagi tuan rumah yang menerima tetamu, bersihkan rumah anda dengan segera,” katanya.
Muhyiddin turut meminta rakyat supaya menggelakkan diri daripada  menziarahi pusara kerana kawasan perkuburan biasanya menjadi antara  tempat tumpuan pada hari perayaan.
Katanya, keputusan ini penting memandangkan di beberapa negara lain,  berlaku peningkatan mendadak jangkitan wabak Covid-19 selepas cuti  perayaan berakhir.
“Saya perlu sebutkan perkara ini kerana di beberapa buah negara lain,  wabak Covid-19 menular selepas musim perayaan. Kita nak elakkan perkara  seperti ini berlaku di negara kita.
“Biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita  selamat di kemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan,  sesal kemudian tiada berguna,” katanya.
Umat Islam menyambut Hari Raya esok setelah berakhirnya bulan Ramadan  hari ini dalam suasana baru berikutan penguatkuasaan perintah kawalan  pergerakan bersyarat (PKPB) bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
MR :  Maaf Zahir Batin
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/perutusan-khas-aidilfitri-muhyiddin.html