Sultan Abdullah Naik Takhta Pahang Esok



Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, hari ini. - BERNAMA

KUANTAN: Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam dalam istiadat yang akan berlangsung di Bandar Diraja, Pekan, esok.

Majlis yang akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada 11 pagi itu mencatat sejarah penting bagi negeri itu selepas kali terakhir istiadat itu diadakan pada 45 tahun lalu, sempena pemasyhuran ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974.

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang esok telah diputuskan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang selepas bermesyuarat pada Jumaat lepas. Majlis itu sebulat suara bersetuju Sultan Abdullah dimasyhurkan menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah, 59, sebelum ini memangku jawatan Sultan Pahang sejak 28 Dis 2016.

Sultan Abdullah ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, hari ini. - BERNAMA

Tinjauan Bernama di Istana Abu Bakar hari ini mendapati persiapan sedang giat dilakukan petugas dan pegawai istana serta jabatan yang berkenaan bagi memastikan istiadat bersejarah itu berjalan lancar walaupun diadakan dalam tempoh yang singkat.

Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli berangkat ke Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada petang ini bagi meninjau raptai yang diadakan untuk istiadat pemasyhuran itu.

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat persiapan istiadat berkenaan.

Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, hari ini. - BERNAMA

Turut berangkat Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Tengku Ariff Temenggong Pahang Tengku Abd Fahd Muadzam Shah, serta anakanda putera dan puteri baginda.

Tinjauan Bernama juga mendapati laluan utama ke Istana Abu Bakar dihias indah dengan bendera negeri Pahang yang berkibaran di kiri kanan jalan menuju ke istana.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengesahkan tiada pengistiharan cuti peristiwa diberikan sempena istiadat itu esok.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan merupakan cahaya mata keempat pasangan dan juga putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Afzan Tengku Muhammad.

Baginda merupakan seorang yang cukup arif dalam selok belok hal ehwal pentadbiran negeri kerana telah menjadi Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun setelah secara rasmi dilantik sebagai Waris Ganti pada 1 Julai 1975 iaitu sehari selepas baginda genap berusia 16 tahun.

Baginda juga telah dua kali dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun ketika berusia 20 tahun, apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh (1979-1984).

Kewibawaan yang ditunjukkan itu menyebabkan Sultan Ahmad Shah berkenan sekali lagi melantik anakanda baginda itu menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 selepas kesihatan baginda mula merosot.

Sultan Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.

Baginda dikurniakan sembilan cahaya mata iaitu empat putera dan lima puteri. -- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/sultan-abdullah-naik-takhta-pahang-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

Tengku Abdullah Proud His Roti Cana I The Favorite Breakfast Of New Pahang Sultan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 449 hits
KUANTAN I was hesitant actually to inform him that our names are the same My name is Tengku Abdullah but I only make roti canai for Sultan Abdullah said Tengku Abdullah Tengku Sulaiman the owner of an eatery frequented by the new Sultan of ...
Tengku Abdullah Akan Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang 15 Jan 2019

Tengku Abdullah Akan Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang 15 Jan 2019

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1201 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI berkuatkuasa serta merta Majlis pemasyhuran itu akan diadakan pada jam 11 pagi Selasa ini di Istana Abu Bakar di sini Tengku Muda Pahang Teng...
Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 867 hits
Biodata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah TENGKU Abdullah FOTO Asyraf HamzahTENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal PekanBaginda adalah anak keempat daripada tujuh berad...
Tengku Abdullah To Be Proclaimed Pahang Sultan On Jan 15

Tengku Abdullah To Be Proclaimed Pahang Sultan On Jan 15

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 438 hits
Pahang crown prince Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah will be proclaimed as the new Pahang Sultan on Jan 15 This was confirmed in an announcement by Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah at Istana Abu Bakar Pekan Earlier ...
Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 857 hits
MAJLIS Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalam bersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam Keputusan itu diumumkan oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahm...
Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 885 hits
Assalamualaikum dan Slama Sejahtera Merafak sembah setinggi tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Perlantikan berk...
Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6

Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1182 hits
Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6 Pemangku Raja Pahang Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang VI berkuat kuasa serta merta Majlis pemasyhuran itu akan diadakan 11 pagi Selasa ini di Istana Abu Bakar Pekan Tengku Abdullah...
Tengku Abdullah Sultan Pahang Yang Baharu

Tengku Abdullah Sultan Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 541 hits
THE MALAYSIAN TIMES PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah berkuatkuasa serta merta Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yan...
Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Pn Mp S Call To Restore Judicial Independence Timely

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord