Tengku Abdullah Akan Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang 15 Jan 2019


PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, berkuatkuasa serta merta.

Majlis pemasyhuran itu akan diadakan pada jam 11 pagi Selasa ini, di Istana Abu Bakar, di sini.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, bertitah 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuarat di Kuala Lumpur, semalam bersetuju dengan sebulat suara.

“Dalam keadaan sedih dan dukacita saya dan keluarga terima hakikat bahawa ayahanda (Sultan Ahmad Shah) tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.

“Mesyuarat yang saya pengerusikan semalam juga bersetuju dan meluluskan pindaan Bahagian 1 Perkara 9A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada ahli majlis jumaah untuk menurunkan takhta raja disebabkan kegeringan yang besar dan berat.

“Pindaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang ini hanya membabitkan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan tidak perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” titahnya pada sidang media khas di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Tengku Abdul Rahman juga bertitah ayahandanya, Sultan Ahmad Shah kini digelar Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

Titahnya, mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang semalam bagaimanapun tidak membincangkan mengenai isu pelantikan Tengku Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan terbaharu itu juga bakal memungkinkan Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Mengikut tradisi giliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan adalah Pahang diikuti Johor dan Perak, namun keputusan pemilihannya akan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal di sini adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan.

Pada 1 Julai 1975, baginda dilantik Tengku Mahkota Pahang dan dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Ketika berusia 20 tahun, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-VII, pelantikan baginda itu adalah untuk tempoh lima tahun.

Baginda dilantik semula sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi Kerajaan Pahang bertarikh 28 Disember 2016.

Tengku Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St Thomas, Kuantan.

Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree Hertfordshire–Advance School (1975-1978), Davies College, London – Advance School (1978-1979), Royal Military Academy, Sandhurst, England (1979-1980) dan Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) (1981).

Baginda berkahwin dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Mac 1986 dan dikurniakan empat putera dan lima puteri. Sumber : www.bharian.com.my/Wassalam, Wa'allahhualam AKU ANAK PAHANG

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/01/tengku-abdullah-akan-dimasyhurkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

Baru Sahaja Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Ketampanan Adinda Tengku Abdullah Ini Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1501 hits
Sebaik pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang Ke 6 pada Selasa kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua adzam pada sidang media khas di Istana Abu Bakar Sabtu lalu mencuri tumpuan ne...
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 829 hits
Tengku Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6 Tahniah kepada semua rakyat Pahang ini kerana mendapat Sultan yang baru iaitu Sultan Pahang Yang Ke 6 Hari ini diumumkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pah...
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 631 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Januari

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 931 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di B...
Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

Perlantikan Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang Baru

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 863 hits
Assalamualaikum dan Slama Sejahtera Merafak sembah setinggi tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al Haj Sultan Haji Ahmad Shah Perlantikan berk...
Tengku Abdullah To Be Proclaimed Pahang Sultan On Jan 15

Tengku Abdullah To Be Proclaimed Pahang Sultan On Jan 15

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 404 hits
Pahang crown prince Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah will be proclaimed as the new Pahang Sultan on Jan 15 This was confirmed in an announcement by Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah at Istana Abu Bakar Pekan Earlier ...
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1194 hits
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 981 hits
Sultan Abdullah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KUANTAN Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shae Kotasas di sini hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang Keberangk...
Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

Rakyat Pahang Menzahirkan Sembah Tahniah Gembira Di Atas Pelantikan Sultan Abdullah Sebagai Sultan Pahang Yang Ke 6

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 570 hits
PEKAN Rakyat negeri Pahang menzahirkan sembah tahniah kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Penduduk di Pekan Azahani Mahmud 49 berkata pelantikan...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey