Suke Tv Umum Program Baru Untuk Tahun 2023


Suke TV Umum Program Baru Untuk Tahun 2023 | Assalamualaikum semua.. Pernah tonton Suke TV tak?? Ha, kalau korang pernah tengok Berita Latah, tu la rancangan untuk Suke TV. Kelakar kan. Sis pun tertarik nak menonton Suke TV ni dari rancangan Berita Latah tu la. Then baru la sis tau tentang rancangan-rancangan lain yang ada termasuk rancangan Hawa. Ha, ada rakan sis yang dijemput ke rancangan ni tau.


Oh ya, baru-baru ni Suke TV rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia,  dah mengatur strategi yang lebih baik untuk penontonnya tau. Baru-baru ni Suke TV telah mengumumkan Senarai Program Baru untuk tahun 2023 bagi terus menggembirakan rakyat Malaysia.  Berteraskan moto "Bringing Happy Back", Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.

Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

Suke U Movie merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara siaran langsung.
Suke Tune merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan menampilkan persembahan secara langsung

VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori

Menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod


Suke Celeb Raya ialah program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com. Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. "Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya", kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat

Tanya Jer Musim ke-2 ialah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak

I PC U (I Penasihat Cinta U) ialah rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka

Pin Pin Siapa Tu?, Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia


"Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!" kata Dato' AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV


Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini

Semasa akhir majlis, sis telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Lucky Draw. Hadiah yang sis dapat adalah sebuah telefon pintar dari TECNO Mobile Malaysia. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberi. Dah lama sis tak dapat hadiah special macam ni. Terima kasih Tecno Mobile dan juga Suke TV


Untuk menonton saluran 116 Suke TV, penonton boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana di Apple Store dan juga Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Suke TV di www.suketv.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Petra di [email protected] atau Juani di [email protected]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/03/suke-tv-umum-program-baru-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Iftar Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023

Jom Iftar Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tahun 2023

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 248 hits
Assalamualaiku semua Nisfu Syaaban baru saja berlalu Bermakna kurang lagi 2 minggu kita akan berjumpa bulan Ramadhan Sekejapnya masa berlalu Cerita tentang bulan Ramadhan ni tentu sekali tahun ni agak berbeza sejak kita dilanda virus Covid ...
Target 2 2 Juta Wisatawan Mendatangi Palembang Di Tahun 2023

Target 2 2 Juta Wisatawan Mendatangi Palembang Di Tahun 2023

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 164 hits
Target 2 2 Juta Wisatawan Mendatangi Palembang di Tahun 2023 Dinas Pariwisata Kota Palembang Sumatera Selatan menargetkan 2 2 juta wisatawan dapat berkunjung selama 2023 Target tersebut naik dari sebelumnya 1 5 juta wisatawan pada tahun 202...
Jelang Ramadan Dan Lebaran 2023 Telkomsel Rilis Ragam Baru Layanan Digital

Jelang Ramadan Dan Lebaran 2023 Telkomsel Rilis Ragam Baru Layanan Digital

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 197 hits
Telkomsel merilis produk dan layanan digital lifestyle terkini untuk Nyalakan Kebersamaan untuk sambut keseruan pengalaman digital pelanggan di momen Ramadan dan Idul Fitri 1444 H
Jawatan Kosong Maybank Tahun 2023

Jawatan Kosong Maybank Tahun 2023

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 149 hits
Jawatan Kosong Maybank Tahun 2023 Peluang jawatan kosong dibuka kepada rakyat Malaysia permohonan boleh dibuat dengan kadar segera sebelum tarikh tutup Kerja di Maybank bagi tahun 2023 merupakan satu peluang keemasan kepada para pemohon ker...
Senarai Penerima Bantuan Bmt Fasa 3 Bagi Tahun 2023

Senarai Penerima Bantuan Bmt Fasa 3 Bagi Tahun 2023

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 175 hits
Senarai Penerima Bantuan BMT Fasa 3 Bagi Tahun 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi bernafas dan diberikan nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT Untu...
Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Turkmenistan Dan Hong Kong Tahun 2023

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Turkmenistan Dan Hong Kong Tahun 2023

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 237 hits
Kita lupakan sebentar aksi Liga Super dan tumpuan kini semuanya terarah kepada skuad bola sepak negara menerusi pasukan Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong sepanja...
Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 318 hits
Umum ketahui malam Nisfu Syaaban untuk tahun 144H bersamaan tahun 2023 adalah jatuh pada 8 Mac 2023 bersamaan dengan 15 Syaaban Tetapi mengikut kalendar islam permulaan tarikh baru adalah bermula selepas maghrib Jadi malam Nisfu Syaaban ada...
Hiburan Selena Gomez Malaysia Tular Muzik Video Ira Kazar Menyanyi Netizen Siasat Baru Rakam Tahun 2021

Hiburan Selena Gomez Malaysia Tular Muzik Video Ira Kazar Menyanyi Netizen Siasat Baru Rakam Tahun 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 357 hits
Tular sebuah video yang boleh dikatakan agak baru dimuat naik di YouTube di mana ia memaparkan isteri kedua Syamsul Yusof Ira Kazar menyanyikan lagu single terbitannya sendiri Lagu berjudul itu difahamkan telah diterbitkan di platform penst...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini