Sukar Untuk Buka Ppv Di Kawasan Pkpd Kata Khairy


Bernama

Sukar untuk membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana senarainya yang dinamik dan sentiasa berubah, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin.
"Kalau nak hantar vaksin setiap minggu kepada kawasan yang baru, (sukar) kerana senarai PKPD adalah dinamik. Mungkin minggu ini dia PKPD, minggu depan dia keluar dari PKPD.
"Kalau kita nak alih bekalan untuk keseluruhan negara berdasarkan senarai PKPD yang sentiasa berubah, ia akan menjadi satu perkara yang agak rumit," katanya kepada media selepas melawat pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang hari ini.
Dia diminta mengulas inisiatif kerajaan Selangor yang membuka PPV di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lepas. PPV di Mentari Court itu bermula semalam dan menyasarkan untuk memberi vaksin Covid-19 kepada kira-kira 8,000 penduduk.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pada masa ini, pengagihan vaksin ke negeri-negeri dibuat berdasarkan beberapa indikator seperti 'kadar kepositifan' yang tinggi dan 'kadar insiden' yang tinggi.
"Setiap minggu kita selaras pengagihan (vaksin), berdasarkan data-data dari negeri berkaitan. Sebagai contoh bulan ini antara negeri yang menjadi sasaran ialah Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Negeri Sembilan, ini (negeri) yang mempunyai kadar insidens yang tinggi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pembukaan PPVIN untuk sektor pengangkutan udara akan diperluaskan ke lapangan terbang lain di seluruh negara selepas yang pertama dibuka di KLIA semalam, dengan kapasiti 1,000 dos sehari.
"Walau ada pengurangan daripada lapangan-lapangan terbang di Malaysia, namun demikian sektor penerbangan masih lagi beroperasi.
"Untuk kita melindungi kakitangan yang terlibat dalam sektor yang penting ini, CITF (Badan Bertindak Imunisasi Covid-19) telah putuskan untuk mengutamakan sektor udara dalam Pick," katanya.
Khairy berkata untuk minggu pertama bulan ini, sebanyak 27 PPVIN sudah beroperasi di seluruh negara dan pihaknya ada menerima cadangan pembukaan tambahan PPVIN daripada beberapa kementerian lain.
Kementerian yang sudah terlibat dalam PPVIN itu ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Pengangkutan, manakala Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah bersedia untuk melibatkan industri mereka dalam Pick, katanya.
Sementara itu, Khairy berkata perlu ada kesepakatan antara negara dalam menentukan dasar imigresen mengenai pengiktirafan vaksin yang pelbagai berikutan ada sesetengah negara yang hanya membenarkan penerima vaksin tertentu memasuki negara mereka.
"Sekarang ini kita masih tidak tahu berkenaan dasar imigresen sebahagian besar negara sebab masih lagi belum dimuktamadkan.
"Ada negara yang dah keluarkan syarat-syarat seperti syarat vaksin yang hanya digunakan oleh negara tersebut. Jadi, ini adalah satu proses perbincangan yang masih berterusan dengan negara lain," katanya.
Dia berkata pendirian Malaysia adalah apa-apa vaksin yang sudah disenarai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu diiktiraf.
"Di Malaysia kita pakai pelbagai jenis vaksin, sama juga dengan negara lain ada juga pakai pelbagai vaksin. Ada sesetengah negara iktiraf vaksin tertentu dan ada yang tidak. Kena ada satu dasar yang dipersetujui semua," katanya.
Khairy turut mencadangkan agar jika ada negara yang tidak mengiktiraf vaksin yang digunakan di Malaysia, pelaksanaan ujian calitan perlu dipertimbangkan sebagai syarat untuk memasuki negara berkenaan.-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/sukar-untuk-buka-ppv-di-kawasan-pkpd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawasan Pkpd Dilarang Jalankan Kerja Pembinaan Kata Fadillah

Kawasan Pkpd Dilarang Jalankan Kerja Pembinaan Kata Fadillah

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 350 hits
AGENDA DAILY Kerja pembinaan dan yang berkaitan adalah dilarang dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Sebarang aktiviti kerja pembinaan dan yang berkaitan adalah dilarang dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Perg...
Polis Kenal Pasti Individu Lari Dari Kawasan Pkpd

Polis Kenal Pasti Individu Lari Dari Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 413 hits
POLIS telah mengenal pasti dua individu yang tular di media sosial berikutan melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam pada Ahad lalu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur
2 Lagi Kawasan Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 6 Julai

2 Lagi Kawasan Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 6 Julai

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 386 hits
2 Kawasan tersebut membabitkan Kampung Jambatan Baru di Membakut dan Blok 6 Kampung Titingan di Tawau KOTA KINABALU Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan selama dua minggu mulai 6 hingga 19 Julai kat...
Pkpd Dua Lelaki Lolos Dari Kawasan Pkpd

Pkpd Dua Lelaki Lolos Dari Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 281 hits
Polis sedang giat memburu dua individu dikatakan melarikan diri dari kawasan Projek Perumahan Rakyat Pantai Ria Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar
Mb Selangor Syor Sektor Ekonomi Di Kawasan Pkpd Kekal Tutup

Mb Selangor Syor Sektor Ekonomi Di Kawasan Pkpd Kekal Tutup

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 267 hits
MALAYSIA KINIKerajaan Selangor mencadangkan agar penutupan sektor ekonomi di kawasan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di negeri itu dikekalkan Menurut Menteri Besar Amirudin Shari cadangan itu dibangkitkan ketika mes...
Polis Kesan Wanita Curi Curi Masuk Kawasan Pkpd Dalam Video Tular

Polis Kesan Wanita Curi Curi Masuk Kawasan Pkpd Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 418 hits
Oleh Tular sejak semalam aksi seorang wanita menyusup masuk ke kawasan PKPD di Pantai Dalam ibu negara SEJAK semalam tular video bagaimana aksi seorang wanita dapat menyusup masuk melalui dawai besi Kejadian tersebut berlaku di kawasan Peri...
Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 318 hits
Khairy Jamaluddin berkata garis panduan pemantauan vaksin akan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin PETALING JAYA Polis sedang bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 untuk menyiasat dakwaan individu menjual...
Isu Pengiktirafan Vaksin Perlu Dibincang Di Peringkat Antarabangsa Kata Khairy

Isu Pengiktirafan Vaksin Perlu Dibincang Di Peringkat Antarabangsa Kata Khairy

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 330 hits
Isu pengiktirafan vaksin perlu dibincang di peringkat antarabangsa kata Khairy Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan p
Kenapa Pkpd Di Kl Dan Selangor Selepas Sebulan Lockdown Adakah Sebab Takut Buka Parlimen

Kenapa Pkpd Di Kl Dan Selangor Selepas Sebulan Lockdown Adakah Sebab Takut Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 364 hits
July 2 2021 1 Kenapa PKPD di Lembah Klang Selangor tidak dilaksanakan seawal 1 Jun dalam tempoh kononnya Total Lockdown dilaksanakan Kenapa laksana 1 Julai Mengapa terus mendera Rakyat apakah Bagi mengelakkan pembukaan Parlimen 2 Sudah past...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Poco Launches Poco F8 Series

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Kelantan Sinonim Dengan Islam

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026