Sukan Malam Pembunuh Senyap




Aktivi bersukan seperti bermain futsal, beriadah di gimnisium dan bermain badminton pada waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa akibat bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Ini kerana, tanpa disedari individu berkenaan mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Zubaidi Ahmad berkata, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
“Secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat. Aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Menurut beliau, aktiviti bersukan pada waktu malam juga boleh membuatkan badan seseorang menjadi letih dan mengganggu waktu tidur.
“Bersenam atau melakukan aktiviti sukan berat berat digalakkan pada waktu pagi, mengikut kemampuan serta umur seseorang dan tidaklah keterlaluan.
“Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang diluar kemampuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes kematian mati mengejut ketika bersukan.
Terbaharu, Exco Majlis Belia Jajahan Gua Musang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain futsal di Gelanggang Futsal KESEDAR, Gua Musang, malam tadi.
Mohd Khairi Harun, 31, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang 10.10 malam tadi.
Mengulas mengenai perkara itu, Dr Zubaidi berkata, mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal bukanlah perkara baharu serta perlu diambil perhatian serius dan tidak dipandang remeh.
Katanya, kematian ini sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukanlah jaminan seseorang itu selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah.
“Punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur darah koronari jantung.
“Keadaan ini dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan doktor dan ujian jantung yang teliti sebelum giat bersukan untuk mencegah kematian di gelanggang sukan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kebanyakan masyarakat mengambil ringan pemeriksaan kesihatan sedangkan sebaiknya seseorang itu mengetahui status kesihatan mereka sebelum bersukan.
“Masyarakat kita hari ini terlalu mengambil ringan soal pemeriksaan kesihatan kerana ada yang beranggapan hanya orang berusia sahaja berpenyakit, orang muda tidak.
“Mereka yang bersukan ini kadang-kadang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan sebab mereka ingat mereka sihat, muda dan tidak ada penyakit.
“Apabila mereka bersukan yang memerlukan banyak tenaga menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat serta tidak mampu mengepam lebih baik dan akhirnya terhenti akibat serangan jantung,” katanya.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/23/sukan-malam-pembunuh-senyap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Yang Dari Malaysia Penggemar Ari Lasso Kecewa Konser Malam Ini Batal

Ada Yang Dari Malaysia Penggemar Ari Lasso Kecewa Konser Malam Ini Batal

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 155 hits
Ada yang dari Malaysia Penggemar Ari Lasso Kecewa Konser Malam Ini Batal Katanya ia selalu datang ke manapun ada konser Ari Lasso Sebab ia sudah jatuh hari ke Ari Lasso sejak usia 16 tahun
Rahsia Susu Membuak Buak Ibu Kena Disiplin Rajin Supply Lewat Malam Pada Anak

Rahsia Susu Membuak Buak Ibu Kena Disiplin Rajin Supply Lewat Malam Pada Anak

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 376 hits
Menjadi satu kegusaran kepada para ibu yang menyusukan jika susu badan kurang Tertanya tanya cukupkah susu untuk anak Bertenang ya ibu anda boleh selesaikan masalah ini dengan mengenal pasti sebab ia berkurangan Biasanya susu badan menjadi ...
Socar Menawarkan Potongan 50 Untuk Sewaan Kenderaan Pada Waktu Malam

Socar Menawarkan Potongan 50 Untuk Sewaan Kenderaan Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 215 hits
tahun lalu Mereka menawarkan perkhidmatan menyewa kenderaan menggunakan aplikasi Mereka kini menawarkan promosi menarik NightCraving yang membolehkan kenderaan disewa pada waktu malam dengan potongan harga 50 Pengguna hanya perlu menyewa ke...
Shalat Malam Itu Kebiasaan Orang Saleh

Shalat Malam Itu Kebiasaan Orang Saleh

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 385 hits
Tiga hadits akan jadi bukti bahwa shalat malam itu jadi kebiasaan orang saleh Lihat saja sampai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengajak putri dan anak pamannya untuk shalat malam Posting ditampilkan lebih awal di
Jangan Paksa Malam Je Pukau Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni Tahu Tahu Tidur

Jangan Paksa Malam Je Pukau Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni Tahu Tahu Tidur

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 394 hits
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak anak tidur lama dan nyenyak Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membant...
Pengacara Wanita Di Surabaya Mengaku Disekap Diintimidasi Manajemen Klub Malam

Pengacara Wanita Di Surabaya Mengaku Disekap Diintimidasi Manajemen Klub Malam

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 206 hits
Dalam kasus yang menimpanya ini dia ditekan oleh sebuah manajemen klub malam di Surabaya agar mau melepaskan diri sebagai kuasa hukum Monalisa
Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 1 3

Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 1 3

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 388 hits
Malam Bersamamu Palestin dan Syria Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Inasis TM Universiti Utara Malaysia
Ini Yang Akan Dibahas Prabowo Dan Cak Imin Malam Nanti

Ini Yang Akan Dibahas Prabowo Dan Cak Imin Malam Nanti

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 283 hits
Ditanya soal akseptabilitas PKB terhadap Gerindra di koalisi Daniel lagi lagi menyerahkan keputusan kepada Jokowi bersama pimpinan partai
Tempat Menarik Di Hatyai Waktu Malam

Tempat Menarik Di Hatyai Waktu Malam

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 1080 hits
Bercuti bersama keluarga atau rakan rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan Ini kerana banyak sekali yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi Tidak kirang siang mahupun malam Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik ...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri