Sukan Ekstrem T Ganu Jadi Hab Lokasi
SUKAN
KEMAMAN, 6 Januari - Penganjuran Monsoon Motocross Kerteh 2019 bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memajukan sukan ekstrem ke peringkat antarabangsa dan menjadikan Terengganu sebagai hab acara itu di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Besar, Dr. Ahmmad Samsuri Mokhtar yang mahu setiap kawasan mempunyai sukan ekstrem sendiri seperti di Kemaman, acara Motocross berkenaan.
“Kami berharap sukan ini akan diadakan secara tahunan dengan penganjuran yang menarik dan hadiah yang lebih lumayan,” katanya ketika merasmikan Monsoon Motocross Kerteh 2019 di Pantai Kuala Kerteh, di sini, semalam.
Pertandingan disertai 250 peserta dari seluruh negara melibatkan enam kategori yang dipertandingkan iaitu Mx Veteran, Cubcross, Mx Novice, CKD Open dan acara utama Mx Open.Penganjuran edisi kelima itu dianjurkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dengan kerjasama Kerteh Motocross (KTHMX), turut menampilkan pelumba negara, Mohd Khairul Afif Ghazali dari Icon Motosports yang mengungguli tempat kedua MX Open di belakang pelumba Rezeki MX, Mohd Fadzil Bachok.
Wan Sukairi turut memberitahu, Terengganu akan terus mempelopori sukan ekstrem seperti itu dan menambah baik penganjuran sedia ada sebagai sokongan kepada .
“Difahamkan ini merupakan penganjuran kali pertama di trek pasir pantai seperti ini dalam negara.
"Saya mewakili kerajaan negeri, suka untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur dan penyertaan orang-orang lama dalam kategori veteran kerana memberi satu galakan kepada anak-anak muda yang menggemari sukan ini,” katanya.
Turut hadir sepanjang pertandingan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaimi. (Teganukita)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/sukan-ekstrem-tganu-jadi-hab-lokasi.html