Sukan Ekstrem Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda
Sukan Ekstrem Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda | Sukan adalah satu aktiviti yang biasa dilakukan sama ada untuk mengisi masa lapang mahupun untuk pertandingan. Malah dengan bersukan juga tubuh badan menjadi sihat dan bertenaga serta dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental. Sekumpulan gadis ini membuktikan bahawa tiada halangan untuk bersukan walaupun berpakaian purda ini seperti ninja, yang penting aurat dan batasan terjaga. Kata mereka…
Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Sejarah Islam dan Wanita dalam SukanSejarah silam telah membuktikan adalah cabang kesihatan fizikal dan mental (fizikal cergas, mental cerdas). Zaman Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah Isteri nabi sendiri pernah berlumba lari dengan Rasulullah S.A.W ketika bermusafir. Ada ketikanya Saidatina Aisyah menang dan ada ketikanya kalah dalam perlumbaan tersebut. Safiyyah, ibu saudara Rasulullah S.A.W dan kakak kepada Saidina Hamzah telah membuktikan ketangkasan dalam tindakkannya semasa menyertai Perang Uhud. Ketika orang Islam ditimpa kekalahan, sebahagian dari mereka mula melarikan diri dari medan perang. Melihat keadaan ini dan demi maruah Islam, Safiyyah bersama tombak di tangannya terus memukul muka mereka dengan tombak sambil menyemarakkan semula semangat mereka untuk terus berjuang. Semasa Perang Khandak, sekali lagi membuktikan ketangkasan dan kecergasan Safiyyah. Pada ketika itu, Safiyyah dengan pancang di tangan mengetuk kepala pengintip Yahudi sehingga mati.
Kehebatan wanita Islam terdahulu bukan setakat menyertai perang, malah ada yang bertanggungjawab sebagai perisai kepada Rasulullah S.A.W di medan pertempuran. Contohnya Ummi Ummarah, seorang wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam. Beliau menyertai peperangan Uhud, Hudaibiyyah, Khalbar, Ummratul-qadha, Hunain dan Yamamah. Beliau menjadi perisai kepada Rasulullah S.A.W apabila ada musuh yang menghampiri baginda. Kisah kehebatan, semangat perjuangan, keberanian, sumbangan dan pengorbanan wanita Islam di zaman silam tiada tolok bandingnya. Islam adalah agama yang meletakkan wanita setaraf dengan lelaki.Ketangkasan, kecergasan fizikal dan mental mereka membuktikan mereka melakukan latihan fizikal dan mental yang berulang sama seperti apa yang dilakukan dalam bersukan atau bersenam. Islam sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi.Dilihat dari sudut kematangan Negara Malaysiakini, kaum wanita jauh lebih hebat malah martabat kaum wanita terus dijulang sehingga mampu memegang tampuk pimpinan Negara. Persidangan Dasar Wanita Negara bukti betapa kerajaan tidak pernah mengabaikan wanita malah kebajikan dan maruah wanita terbela. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan negara kaum wanita tidak pernah ketinggalan dalam apa jua aspek sama ada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, politik, ekonomi, sosial dan sukan selagi berlandaskan syariat Islam. Dalam bidang sukan, wanita tidak ketinggalan malah harum di persada dunia seperti pemain Nur Suryani Mohd Taibi atlet menembak Malaysia. Berpakaian menutup aurat dan beliau pernah merangkul pingat emas pertama dalam acara 50 meter rifle 3 posisi wanita akhir di lapang sasar,Jakabaring,Palembang.
Hal demikian menunjukkan bahawa Islam sebagai agama syumul bukan sahaja menekankan aspek peribadatan semata malah satu cara hidup yang merangkumi peraturan dan panduan dari segenap aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan sukan. Dunia mengetahui bahawa sukan menjana kecergasan fizikal dan mental, bermakna dengan bersukan badan sihat otak cerdas (cergas cetus cerdas).Pepatah Arab ada menyebut bahawa ‘al-aql salim fi jism as-salim’ ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Walau bagaimanapun dan dalam apa juga bidang termasuk bidang sukan, Islam tetap menetapkan beberapa syarat dan peraturan sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya terutama dalam kalangan wanita agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki. - SumberSaksikan Video Dibawah:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://digitaldakwah.blogspot.com/2018/02/sukan-ekstrem-papan-luncur-jadi-pilihan.html