Bin Zaihan Ungguli Sukan Merentas Desa Sktu 2020
31/01/2020, Jumaat, Seri Kembangan
Pagi ini saya dihubungi salah seorang sahabat yang juga menjadi pucuk pimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) bahawa anak-anak saya mengungguli acara Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan.
Sejurus mendapat berita tersebut saya terus bergegas ke sekolah untuk menghadiri acara penyampaian hadiah demi untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak.
Saya sentiasa percaya bahawa sukan, permainan dan aktiviti fizikal di sekolah atau di luar sekolah adalah wadah untuk membentuk kesihatan dan kecerdasan anak-anak. Malah, saya turut percaya akan falsafah bahawa sukan juga membentuk sahsiah anak-anak ini untuk menjadikan mereka sebagai seorang warganegara yang baik.
Teori "Mind Body Problem"
Teori Mind Body Problem atau dalam bahasa Melayu disebut teori Masalah akal dan badan dikenalkan oleh Proffessor Dr Sigmund Freud seorang pakar psikologi terulung di dunia.
Melalui teori ini, Sigmund Freud mengatakan bahawa seseorang yang sihat tubuh badan akan menghasilkan otak yang cerdas. Dan sekiranya seseorang manusia itu menghadapi masalah kesihatan badan, maka minda mereka juga turut terjejas.
Atau dalam erti kata lain, Freud menjelaskan bahawa seseorang perlu cergas tubuh badan untuk menjadi sihat akal dan fikiran.
Atas sebab itu, saya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, menjaga pemakanan dan nutrisi, tidak merokok, tidak meminum minuman keras dan sebagainya bertujuan untuk menjadi contoh kepada anak-anak saya.
Justeru, saya sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak saya yang berminat dengan pelbagai acara sukan dan permainan.
Tidak Takut Anak Ketinggalan Pelajaran
Saya sendiri merupakan seorang yang dibesarkan dengan aktiviti sukan dan permainan. Saya mula mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam aktiviti sukan sejak darjah 6. Diantara sukan yang saya minati adalah bolasepak dan acara larian jarak jauh.
Walaupun saya terlibat dalam pelbagai kem latihan sukan di pelbagai peringkat sepanjang tahun, namun saya masih boleh cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Justeru, saya percaya bahawa penglibatan anak-anak dalam aktiviti sukan dan permainan langsung tidak ada kena mengena dengan prestasi akedemi mereka. Yang penting sebagai ibubapa saya dan isteri-isteri perlu menyusun jadual mereka dengan lebih baik dan efisyen.
Ilmu Keibubapaan atau "Parenting"
Saya dan isteri-isteri mengamalkan ilmu parenting moden dan klasik. Kami mendidik anak-anak kami dengan cara memberikan pengalaman dan refleksi kepada anak-anak.
Apabila mereka ingin tahu akan sesuatu perkara, kami menggalakkan mereka mencuba dan rasa. Misalnya dalam sukan, mereka mahu tahu bagaimana gembiranya apabila mengecapi kemenangan, maka mereka kena berusaha untuk menang dan selepas itu menikmati pengalaman kemenangan itu.
Selain itu, kami sentiasa memberikan jawapan kepada soalan-soalan anak-anak ini. Ini termasuk soalan-soalan yang agak seksual. Misalnya, beberapa minggu lalu anak sulung saya yang berumur 12 tahun bertanya mengenai mimpi basah (wet dream).
Dan saya menerangkan mereka mengenai perihal mimpi basah itu secara bahasa mudah dan bahasa kanak-kanak.
Di waktu lapang seperti cuti umum dan cuti sekolah kami akan mengambil kesempatan untuk pergi ke tempat-tempat percutian untuk tujuan bonding diantara saya, isteri-isteri dan anak-anak.
Kami akan lakukan pelbagai acara secara bersama.
Menang Acara Merentas Desa SKTU
Saya mempunyai 7 orang anak yang sedang bersekolah di sini. Seorang darjah 6, 3 orang darjah 5, seorang darjah 4, seorang darjah 3 dan seorang darjah 2.
Hari ini acara merentas desa hanya dikhususkan kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6.
Bersama dengan YDP PIBG SKTUAlhamdulillah, anak sulung saya Zaifique menjadi Johan Darjah 6 Lelaki, manakala anak kembar saya Zairey (adik kembar) Johan Darjah 5 Lelaki dan Zairyl, kembarnya pula mendapat tempat ke 6 Darjah 5 Lelaki.
Zaifique kiri (Johan Tahun 6 L) dan Zairey kanan (Johan Tahun 5).Kemudian, anak perempuan saya Zairith Sephia pula mendapat tempat ke 3 Darjah 5 Perempuan. Dan Zairique pula adalah wakil saya di peringkat tahun 4 hanya mendapat tempat ke 20 (tiada medal).
Bersama dengan anak perempuan saya Zairith Sephia tempat ke 3 tahun 5 Perempuan.Pencapaian mereka dalam acara sukan merentas desa hari ini benar-benar membuatkan saya berasa bangga.
Seperti ibubapa lain di luar sana sudah pasti mahukan anak-anak mereka berjaya didalam apa sahaja bidang yang mereka sertai.
Begitu juga saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zackzaihan.com.my/2020/01/bin-zaihan-ungguli-sukan-merentas-desa.html