Suka Duka Malay 9844



Malai - Ma'lay

Masalahnya negara ini bukan cuma ada Melayu selepas kedatangan penjajah yang membawa pendatang yang antaranya pesalah dan penjenayah di negara jajahannya. Dan bukan pula semua yang Melayu itu mahukan perkara yang sama. 

Rakus dengan punahnya Kerajaan PH - Pihak yang dikalahkannya telah berbunyi “...supaya tidak mengulangi kesilapan kerajaan Pakatan Harapan.” Maka orang xpandang dah xingat kesilapan dan kehancuran yang pernah dilakukan oleh parti yang pernah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun. Sekian. 

Ku Nan mengaku miliki hampir RM1 bilion aset
Executive Editor, Minda Rakyat
KUALA LUMPUR: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu perbicaraan rasuah di Mahkamah Tinggi hari ini, beliau mengisytiharkan hampir RM1 bilion aset miliknya kepada 3 bekas perdana menteri sejak menyertai kerajaan 19 tahun lalu.

Katanya, beliau mula menyertai Kabinet di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 dan beliau mengisytiharkan lebih RM900 juta aset.

Pada 2006, katanya, beliau mengisytiharkan memiliki aset lebih RM700 juta kepada Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik sebagai menteri pelancongan.

Tengku Adnan berkata, beliau mengisytiharkan antara RM600 dan RM700 juta aset dimilikinya kepada Najib Razak 2013 dan 2016.

MR :  Semasa zaman Mahathir dia ada 1 billion... hebat geng lama Mahathir ini... mana datang duit?

Sumber:
Ku Nan mengaku miliki hampir RM1 bilion aset - Minda Rakyat

Malaysia's new leader delays parliament to ward off no-confidence vote
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 4 hours ago[image: The Japan Times] - MAR 4, 2020 ARTICLE HISTORY - PRINT - SHARE - KUALA LUMPUR – Malaysia’s new leader has postponed the next session of parliament by more than two months, effectively delaying plans by Mahathir Mohamad’s former ruling alliance to seek a no-confidence vote against him. Lower house speaker Mohamad Ariff Mohamad Yusof said in a statement Wednesday that lawmakers will reconvene on May 18 instead of March 9 as originally scheduled. He said the decision was based on Prime Minister Muhyiddin Yassin’s order, but no reason was given for the postponemen..

Wednesday, March 4, 2020
PATUT PUN KENA LEPAS JAWATAN
W. Faudzin

Dia berada di Sheraton sewaktu segerombolan pengkhianat sedang berbincang-bincang untuk merampas kuasa dan mandat rakyat. Memang patut pun dia kena maki dan dicaci depan pejabat PKR Tropicana baru-baru ini. Dan, terbaru memang patut pun dia letak jawatan (dipecat?) dari menjadi Exco kerajaan P.Pinang.
Dr Afif letak jawatan selepas diarah Ketua Menteri P.Pinang?SITI NUR ZAWANI MISCON March 4, 2020 1:37 pmDr Afif BahardinAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dikatakan telah meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Memetik status Facebook aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin, Exco kesihatan itu diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
“Dr Afif Bahardin diarahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam muatnaik status terkininya di laman FB CheGu Bard Original. CheGu Bard yang memetik sumber dalaman, turut mendakwa perletakan jawatan itu selepas wujudnya desakan dari PKR. “Menurut sumber dari pejabat Ketua Menteri, arahan itu berpunca dari desakan Parti Keadilan Rakyat sendiri,” katanya. 
Sebelum itu, Dr Afif dijangka akan membuat pengumuman khas berhubung dakwaan perletakan jawatannya petang ini. Difahamkan, jemputan sidang media khas itu dibuat melalui kumpulan WhatsApp Team Media Keadilan PP pada jam 12.10 tengah hari tadi. Sidang media Solidariti Bersama Dr Afif Bahardin itu akan diadakan di kediamannya di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya pada jam 3.30 petang ini. Bagaimanapun, belum jelas sama ada Dr Afif akan mengekalkan jawatannya sebagai Adun. 
Berita penuh https://malaysiadateline.com/dr-afif-letak-jawatan-selepas-diarah-ketua-menteri-p-pinang/Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, March 04, 2020WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PATUT PUN KENA LEPAS JAWATAN
DULU KATA BOLEH, SEKARANG TAK BOLEH PULA??AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 4 hours agoIbrahim Mat Isa Kami bekas ahli Pas kenal lama dah dengan Pak Haji kuat tipu ini. Kenyataan beliau mengenai orang Pas dibolehkan menipu demi maslahat parti dalam isu "ana tahu" dahulu terserlah perangainya yang kuat menipu. Perjuangan hudud bukan agenda Pas. Cakap boleh la.. [image: Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, cermin mata dan teks]
Saya 25% mamak. tanya Inikah yang orang Melayu mahu?Pada 4 Mac 2020 oleh Izmil AmriRamai orang tidak tahu bahawa Hizbul Hurriyah wal-’Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan) pimpinan Almarhum Dr Mohamed Morsi adalah gabungan sebelas buah parti politik Mesir. Ya, sebelas. Jika mahu disenaraikan nama parti-parti Arab ini, jenuh juga tergeliat lidah kalau tak tahu membacanya. Tapi untuk suka-suka, nama sebelas parti ini ialah: Hizbul Hurriyah wal-’Adalah sebagai teraju utama, diikuti Hizbul Ghoda Al-Thaurah, Hizbul Karamah, Hizbul Amal Al-Masri, Hizbul Hadharah, Hizbul Islah Wan-Nahdhah, Hizbul Islah (ya, ada dua), Hizbul Jiil Dimuqrati, Hizbul Misri Arabi Al-Isytiraki, Hizbul Ahrar dan Hizbul Hurriyah Wal Tanmiyyah.
‘Pakatan’ Dr Morsi ini mengambil alih kerajaan Mesir daripada rejim Hosni Mubarak pasca revolusi 25 Januari 2011. Morsi menjadi presiden kelima Republik Arab Mesir setelah partinya menang pilihan raya 2012. Malangnya, kerajaan Morsi hanya bertahan selama 368 hari; dari 30 Jun 2012 sehingga 3 Julai 2013. Rampasan kuasa berlaku setelah protes tiga hari secara besar-besaran oleh rakyat Mesir terhadap kerajaan Ikhwanul-Muslimin dan kerusi presiden diambil alih oleh Jeneral Fatah As-Sisi. 
Revolusi Mesir pada awalnya dikatakan menuntut hanya tiga perkara: ‘aish (roti), hurriyah (kebebasan) dan ‘adalah ijtima’iyah (keadilan sosial). Berdepan tiga tuntutan ini, kerajaan Morsi sebaliknya menawarkan agama. “Diminta kerja, diberinya Quran; ya, pastinya marah,” ujar satu komen ringkas di media sosial ketika itu, yang saya ingat hingga ke hari ini. 
Berdepan tulisan Zul Fikri Zamir tentang kegopohan parti politik mahukan perubahan, komen di atas muncul semula ke minda saya. Adakah Pakatan Harapan dan tentunya parti Hizbul A’mal Ad-Dimuqratiy (Parti Tindakan Demokratik, DAP) telah bertindak bersalahan dengan keinginan rakyat sehingga menghalalkan rampasan kuasa yang baru sahaja berlaku beberapa hari lalu?
Psiki Melayu
Anthony Milner, dalam kajiannya yang dibukukan dengan tajuk ‘Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule’ memberi kita satu ringkasan yang baik tentang jiwa dan akal budi Melayu. Kajiannya pada 1977 berdasarkan Sejarah Nusantara itu menyatakan bahawa Melayu ini sebenarnya ‘Tidak Ada Rasa Kenegaraan.’ 
‘Alam Melayu’ itu begitu besar ertinya bagi sebuah bangsa yang budayanya suka merantau dan berpindah. Maka yang menyatukan Melayu adalah faktor makan pakainya, bahasa tutur budayanya, gaya hidupnya dan sehingga satu tahap, kepercayaannya. 
Hatta, pada pandangan ilmuan Barat, Melayu ini, institusi politik pun tidak ada. 
Pada zaman kesultanan Melayu lama, rakyat jelata tiada masalah untuk mengalih ketaatan mereka daripada satu raja ke satu raja, dan raja-raja ini pula ada waktunya tidak pun tahu di mana mula dan berhujungnya tanah jajahan mereka. Bahkan, tulis Milner, ketika Belanda aktif di kepulauan Sumatera sekitar 1860-an, mereka menemukan demikian banyak kerajaan kecil, dengan populasi sekitar ribuan dan aktiviti harian para elit pemerintahan adalah berbalah merebut takhta dan bergaduh tentang sempadan jajahan. 
Ada juga kisah tentang lanun dan bagaimana para raja memperoleh laba daripada hasil rampasan lanun-lanun ini, tapi tak apalah. 
‘Lain tahun kita cerita.’ 
Pendeknya, Melayu pada zaman dahulu, menurut kajian itu, sedikit benar mahunya; sekadar cukup makan pakai, taat beraja di mana mereka mencari rezeki dan diikat dengan akidah serta budaya. 
Tidak jauh beza sebenarnya dengan Melayu hari ini. 
Kita juga melihat bagaimana rakyat marhaen gigih bekerja dan mencari sesuap nasi saban hari; tidak lekang daripada beribadah dan menonton drama di waktu petang, serta merantau jauh ke negeri orang untuk mencari rezeki. 
Mujurlah demikian, kalau tidak jenuhlah kita perlu mencari nasi kerabu hingga ke Kelantan. 
Namun kebergantungan Melayu kepada kerajaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Hal kerajaan ini, jelas Milner lagi, adalah suatu konsep yang sukar difahami bangsa Eropah. Kata ‘government’, ‘state’ dan ‘kingdom’ diterjemah Alam Melayu sebagai ‘kerajaan’. Sedangkan ia tidaklah semudah itu. 
Orang Melayu memerlukan kerajaan yang menjaga kepentingan mereka. 
Leluhur Melayu juga begitu; menumpahkan taat setia kepada pemimpin yang diangkat sebagai raja. Kerana itulah selama zaman berzaman kita melihat wakil rakyat sebagai pemimpin, ketimbang kerja hakikinya sebagai anggota legislatif yang bekerja untuk rakyat dan bukan untuk disanjung-sanjung seolah-olah mempunyai sakti.
Akal budi Melayu tentang hal ini barangkali tidak difahami ramai orang.
“Hang masuk kampung, takkan nak bawak kereta Kancil,” ujar seorang sahabat yang dahulunya pernah bertanding di Kedah. “Orang nampak hang la’eh sangat, macam mana nak undi hang,” tegasnya. Maka untuk kelihatan berkepimpinan, beliau memandu kereta buatan Jerman. 
Atas sebab ini juga, pada pilihan raya umum lalu; Pakatan Harapan mengusung Dr Mahathir Mohamad sebagai sosok pemimpin Melayu. Itulah yang orang Melayu mahu. Ternyata model itu berjaya dan menanglah Pakatan Harapan menjadi kerajaan, meski buat seketika cuma.
Faham demokrat
DAP, sebagai sebuah parti demokrasi sosial, berpegang pada tiga tunjang besar faham tersebut: kebebasan, kesetaraan dan semangat setiakawan. Ia bekerja dalam kerangka untuk memastikan bahawa seluruh rakyat negara ini tidak dibelenggu rasa takut, dilayan tidak sekata dan terbiar tak terbela. 
Mudah bukan? Namun DAP tidak pernah sunyi daripada dimomokkan sebagai parti komunis, sekularis, Kristian, pro-Israel, menyimpan pengganas Sri Lanka dan sebagainya. Kerja momok-momok begini memang mudah. Dan orang Melayu pun mudah percaya. Kita memang sejak dahulu (juga dirakam Milner dalam kajiannya) dibentuk pandangnya tentang orang lain, berdasarkan apa yang dipersembahkan si penglipurlara.
Apabila DAP menganggotai Kabinet Dr Mahathir, apa yang dituntut oleh parti adalah reformasi institusi. Ini termasuklah penggubalan undang-undang, penambahbaikan kecekapan agensi kerajaan, hemat belanja, bantuan bersasar berasaskan keperluan dan beberapa agenda reformasi dasar kerajaan. 
Kebanyakan reformasi dan penambahbaikan ini tidaklah boleh dihidang atas meja untuk digaul bersama nasi. Demokrasi ini bukan boleh dimakan, kata orang. Namun inilah tujuan perubahan demokratik – supaya kesilapan boleh dibetulkan, dan menjadikan yang betul itu suatu kebiasaan baharu. 
Tapi iyalah, ini barangkali bukan yang orang Melayu mahu.
Masalahnya negara ini bukan cuma ada Melayu. Dan bukan pula semua yang Melayu itu mahukan perkara yang sama. Maka DAP hadir membawa suara keinginan warga kecil. Suara itu mungkin terlalu kuat. Maka DAP dimarahi. 
Nah, sekarang DAP sudah bukan kerajaan lagi, hasil kerja buat elit politik Melayu yang kini bahagia bersekongkol dengan para penyamun yang masih belum selesai bicara rasuah di mahkamah. Mungkin inilah yang akhirnya akan memuaskan hati Melayu. Mungkinlah, mungkin. Manalah saya tahu. Saya 25% mamak. Saya cuma mahu nasi kandar. – Roketkini.com
*Tulisan ini kali pertama disiarkan di The Malaysian Insight (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/225536)Sumber:Inikah yang orang Melayu mahu? | roketkini.com
Sabar dan Tawakal, Dua Tiang Keimanansukarja, Check Porsi Haji App. - 4 hours agoAllah swt berfirman : ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ “(yaitu) orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.” (QS.An-Nahl:42) Dalam ayat ini Allah swt menggandengkan antara sabar dan tawakal. Sabar adalah tawakal adalah tiang yang mengokohkan keimanan kita. Dalam beribadah perlu kesabaran, dalam berbuat baik perlu kesabaran bahkan dalam meninggalkan dosa dan rayuan setan … Continue reading Sabar dan Tawakal, Dua Tiang Keimanan
Perikatan Nasional masih longgar, sekretariat akan diwujudkan, kata Annuar MusaExecutive Editor Mac 04, 2020KUALA LUMPUR: Suatu sekretariat melibatkan setiausaha agung parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan ditubuhkan dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa. Perikatan itu, gandingan Umno, PPBM, PAS dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, perlu diperkukuhkan, katanya.
“Saya terima arahan daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi…antaranya setiausaha agung dikehendaki mewujudkan satu sekretariat dan menjalankan kerja-kerja eksekutif. “Kita masih gabungan yang longgar. Kita tidak ada manifesto, tidak ada lambang, tidak ada nama yang didaftarkan secara sah. Kita ‘beranak’ dahulu barulah fikir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno hari ini. Katanya, beliau menjangkakan pertemuan antara setiausaha agung parti komponen, termasuk PPBM diadakan setiap minggu supaya tidak mengulangi kesilapan kerajaan Pakatan Harapan.
“Kita harap kita dapat belajar daripada kejatuhan PH, ia berlaku kerana runtuhnya kerjasama di antara mereka. Barisan Nasional dan Muafakat Nasional terus berazam dan memperkasa serta memberikan perkhidmatan terbaik. “PN pula masih di peringkat awal, kita perlu wujudkan platform. Masih awal juga untuk kita laksanakan urusan logistik, di manakah pusat pentadbiran kita, siapakah yang akan kendalikan PN?” 
Mengenai Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 18 Mei dan bukanya 9 Mac ini, Annuar berkata, keputusan itu dibuat untuk memberi laluan kepada kerajaan dan pembangkang bersiap sedia menghadapi aturan mesyuarat. “Adalah mustahil bila kerajaan PN diwujudkan hendak terus bersidang pada Mac dan April. Kenapa saya katakan demikian? Kerajaan baru sudah tentunya mahu kemukakan notis untuk membuat pelantikan speaker yang baru. “Saya menjangkakan satu daripada agenda yang tidak ada dalam notis sekarang adalah pemilihan speaker Dewan Rakyat. Pelantikan speaker Dewan Rakyat ada proses tertentu, parti komponen kena berunding hendak calon siapa. “Bukan semua orang boleh hantar calon. Kedua, dulu saya pembangkang, saya hantar soalan untuk dijawab kerajaan, sekarang ini bila pentadbiran bertukar, pembangkang yang ada pula perlu hantar soalan kepada kerajaan,” kata ahli Parlimen Ketereh itu.
MR :  Bersatu masih dalam dilema, Muhyiddin kena tegas pecat aje yang busuk dalam BersatuSumber: https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/perikatan-nasional-masih-longgar.html
Ku Nan berang lepas asetnya hampir 1 bilion didedah di mahkamah
Situasi tegang ketika Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor disoal tentang pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika berada dalam kabinet.

Menurut Malay Mail, Tengku Adnan mula berang ketika disoal pihak pendakwaan mengenai perkara itu.

"Bila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan sendiri, kerana (jika buat) secara terbuka anda tahu mengapa.

"Kerana sekarang saya mempunyai masalah dengan hampir satu bilion aset. Kerana mereka merasakan mereka mahu mensensasikan, itulah sebabnya saya rasa saya telah ditindas," katanya dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan bagi kes rasuah Tengku Adnan supaya dokumen pengisytiharan harta dibuat secara tertutup.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa orang ramai harus dibenarkan mendengarkan perincian agar perbicaraan itu dilihat sebagai telus dan adil.

Ketika disoal oleh peguam bela Tan Hock Chuan, Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada tahun 2001 apabila Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri.

Pada tahun itu, Tengku Adnan dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Pada tahun 2006, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Perdana Menteri Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.

Tengku Adnan sedang menghadapi perbicaraan kerana didakwa menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada pemaju hartanah.

Strategi pasukan pembelaan melibatkan usaha membuktikan bahawa Tengku Adnan sangat kaya dan tidak memerlukan rasuah.

at 3/04/2020 09:30:00 PTG 
Sumber:
KERENGGA: Ku Nan berang lepas asetnya hampir 1 bilion didedah di mahkamah

Jauhilah Jin yang Suka “Membantu”
sukarja, Check Porsi Haji App. - 4 hours agoISTILAH khodam berasal dari kata Khodim yang artinya pembantu. Jin khodam berarti jin pembantu. Orang jawa bilang, prewangan. Disebut khodam, karena jin ini berinteraksi dengan rekan dekatnya di kalangan manusia, dan sedia untuk membantunya. Sehingga terkadang dia bisa melakukan hal-hal yang tidak bisa dilakukan oleh umumnya manusia. Tentu saja, dengan bantuan jin prewangan yang menjadi … Continue reading Jauhilah Jin yang Suka “Membantu”
Sembilan Tahun Ditutup Akibat Bencana Nuklir, Kota Ini Kembali Dibuka
Berlianto Rabu, 4 Maret 2020 - 15:10 WIB
Jepang [Jepun] kembali membuka kota Futaba setelah ditutup selama sembilan tahun akibat bencana nuklir Fukushima. Foto/ITV

TOKYO - Jepang kembali membuka kota Futaba setelah sembilan tahun ditutup akibat bencana reaktor nuklir Fukushima yang menghancurkan.

Sekitar 7.000 orang diperintahkan untuk meninggalkan kota Futaba setelah tiga reaktor nuklir meleleh karena kerusakan yang disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami berkekuatan 9.0 pada tahun 2011 lalu.

Pencabutan larangan masuk sebagian itu dilakukan beberapa minggu sebelum obor Olimpiade dimulai diarak dari kota lain di prefektur Fukushima.

Baca Juga:

Baru Ditetapkan Guinness World Records, Pria Tertua Meninggal Dunia
Virus Corona Meluas di Jepang, PM Abe Dituduh Bersembunyi

Akses tidak terbatas hanya diizinkan ke area satu mil persegi di dekat stasiun kereta utama Futaba, yang akan dibuka kembali akhir bulan ini untuk menghubungkannya kembali dengan bagian lain dari wilayah tersebut untuk pertama kalinya sejak kecelakaan nuklir itu.

Kehancuran tiga reaktor di pembangkit listrik tenaga nuklir kota Fukushima Daiichi memuntahkan sejumlah besar radiasi yang mencemari daerah sekitanya dan, pada puncaknya, memaksa lebih dari 160 ribu orang melarikan diri.

Gerbang di pos pemeriksaan dibuka pada tengah malam hari Selasa, dan para pejabat Futaba menempatkan papan nama di kantor kota baru mereka.

"Saya tak sanggup menahan emosi ketika kami akhirnya membawa sebagian operasi kota kami kembali ke kota asal kami," kata walikota Futaba, Shiro Izawa.

“Saya berjanji untuk terus mendorong pemulihan dan rekonstruksi,” imbuhnya seperti dikutip dari ITV, Rabu (4/3/2020).

Pejabat kota mengatakan mereka berharap melihat bekas penghuni Futaba datang kembali, tetapi prospeknya suram karena kekhawatiran tentang radiasi. (ian)

Sumber: international.sindonews.com/read/1545598/40/sembilan-tahun-ditutup-akibat-bencana-nuklir-kota-ini-kembali-dibuka-1583309402

Jangan biar segelintir individu rompak kekayaan negara, pesan Anwar
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 4 hours agoPresiden PKR, Anwar Ibrahim. PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pertamanya hari ini sejak kehilangan peluang memegang jawatan tertinggi kerajaan kepada Muhyiddin Yassin, mengingatkan rakyat bahawa kekayaan negara “tidak boleh dirompak oleh segelintir individu”. Anwar, yang merupakan bakal perdana Menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, juga menggesa mereka mengambil “jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita” dan mengukuhkan keadilan untuk melindungi hak rakyat. “Kami diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosa..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/suka-duka-malay-9844.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosnani Luah Suka Duka Anak Seni Jalan Ampas Dalam Showtime 1958

Rosnani Luah Suka Duka Anak Seni Jalan Ampas Dalam Showtime 1958

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 797 hits
Melalui Showtime 1958 seniwati Rosnani Jamil berkongsi kenangannya bersama arwah suami Jamil Sulong serta rakan rakan seperjuangan lain dalam menempuhi suka duka sebagai anak seni suatu ketika dulu Sebagai individu yang melihat sendiri peri...
Suka Duka Pakai Rx King Di Jalanan Dilabeli Motor Jambret Sampai Dikasih Jalan Tiap Mau Lewat

Suka Duka Pakai Rx King Di Jalanan Dilabeli Motor Jambret Sampai Dikasih Jalan Tiap Mau Lewat

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1161 hits
Katanya sih RX King itu benar benar raja di jalanan kalau menurutmu gimana Coba cerita sini
Keputusan Dipatuhi Tapi Bukan Semua Suka Mahathir Kekal Sampai Bila Bila

Keputusan Dipatuhi Tapi Bukan Semua Suka Mahathir Kekal Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 327 hits
Meskipun Majlis Presiden dalam mesyuaratnya semalam telah membuat keputusan agar Tun Mahathir Mohamad yang menentukan bila tarikh peralihan kuasa mahu dilakukannya kepada Anwar Ibrahim selepas selesai Sidang Apec pada November depan tetapi ...
Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 414 hits
Keputusan dan pengumuman yang ditunggu akhirnya sudah tiba Malam ini majlis presiden Pakatan Harapan memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu meletak jawatan dan bersara pada atau sebelum Mei ini Beliau boleh terus memegang jaw...
Aku Suka Lagu 7 Nasihat Oleh Siti Nurhaliza

Aku Suka Lagu 7 Nasihat Oleh Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 487 hits
Lirik Lagu 7 Nasihat oleh Siti Nurhaliza Aku suka this song Dah dengar belum Alah suka aku suka yang ni more than Anta Permana hahaha Rentaknya tu aku suka Kena dengan jiwa kot Dan terselit banyak nasihat Kat situ sebab tu aku sukaaa Moga t...
Tok Guru Suka Sebab Suara Adik Foto Kenangan Qari Qayyim Bersama Tgna Undang Sebak

Tok Guru Suka Sebab Suara Adik Foto Kenangan Qari Qayyim Bersama Tgna Undang Sebak

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 611 hits
Dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2020 qari istimewa dari negeri Kelantan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi sedang menjadi perhatian ramai kerana dan bacaan yang lancar walaupun mengalami masalah penglihatan Telah be...
Suka Marah Marah Bisa Buat Darah Tinggi Apa Betul

Suka Marah Marah Bisa Buat Darah Tinggi Apa Betul

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 265 hits
Menurut Spesialis Jantung dan Pembuluh Darah Ario Soeryo Kuncoro persepsi masyarakat mengaitkan darah tinggi dan kemarahan adalah salah kaprah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025