Keputusan Dipatuhi Tapi Bukan Semua Suka Mahathir Kekal Sampai Bila Bila




Meskipun Majlis Presiden dalam mesyuaratnya semalam telah membuat keputusan agar Tun Mahathir Mohamad yang menentukan bila tarikh peralihan kuasa mahu dilakukannya kepada Anwar Ibrahim selepas selesai Sidang Apec pada November depan, tetapi nampaknya ramai yang terus berbelah lagi dengan perkara itu.Sementara keputusan itu harus dihormati, lebih ramai yang sangsi bahawa Tun Mahathir benar-benar seorang yang jujur, ikhlas dan berpegang kepada janji.Jika sebelum ini janji dua tahun sudah dimungkirinya, kini tidak ada jaminan janji serah kuasa selepas Sidang Apec juga tidak akan dimunafikinya.Demi kuasa, Tun Mahathir telah terbukti sanggup melakukan apa saja bagi matlamat itu.Apatah lagi dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden malam tadi, ternampak benar keangkuhan dan kesombongannya di sebalik usianya yang sudah menuju 95 itu.“Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Apec.“Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan yang dipersetujui oleh Majlis Presiden kepada saya,” katanya.Dalam hal ini, memang benar persetujuan diberikan kepadanya menentukan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Apec, tetapi apakah “terpulang kepada saya sama ada nak lepas atau tidak” itu juga merupakan perkara yang dipersetujui oleh Majlis Presiden?Dari segi logik, setelah Majlis Presiden menyetujui agar Tun Mahathir menentukan tarikh peralihan kuasa selepas selesai Sidang Apec, tentulah mustahil mereka juga menyetujui agar “terpulang kepadanya sama ada nak lepas atau tidak”.Jika itu dipersetujui, bermakna Anwar yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan sendirinya tidak mahu Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.Kalau mahu diserah kepadanya samaada nak lepas atau tidak, memang sah Tun Mahathir akan pegang jawatan Perdana Menteri ini sehingga mati.Tidakkah itu sesuatu yang mustahil sebenarnya, sedangkan kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir adalah ketetapan dan perjanjian dalam PH yang sudah dimuktamadkan sebelum PRU14 lagi?Tetapi, mengapa Tun Mahathir dengan selamba masih menyebut “terpulang kepada saya sama ada nak lepas atau tidak” dalam sidang medianya?Hakikatnya, itulah Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang dan sentiasa lapar bila ada kuasa.Kalau sebelum ini beliau berdolak-dalik berhubung tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang, kini beliau meneruskan lagi agendanya ingin kekal berkuasa dengan mengatakan “terpulang kepadanya sama ada nak lepas atau tidak” walaupun perkara itu mustahil dipersetujui dalam mesyuarat.Maka itu, tidak ramai yang dapat menerima keputusan mesyuarat Majlis Presiden malam semalam, walaupun menghormati keputusan tersebut.Ramai yang percaya, Tun Mahathir memang tidak mahu menunaikan janji peralihan kuasa itu dan sedang mencari masa dan alasan lain untuk memungkirinya.Sehingga November nanti, macam-macam perkara boleh berlaku dan dirancangnya bersama kuasa yang masih terkumpul atas jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.Dalam hal ini, sementara keputusan mesyuarat Majlis Presiden itu dihormati, gerakan menuntut janji peralihan kuasa dikekalkan pada Mei haruslah terus berjalan dan digerakkan.Gerakan seperti itu, tidak kira diusahakan oleh siapa jua, setidak-tidaknya menunjukkan tidak semua tidur lena dan gembira dengan keputusan mesyuarat semalam.Yang lebih penting, tidak semua suka Tun Mahathir ada lebih lama sebagai Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 22/02/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/keputusan-dipatuhitapi-bukan-semua-suka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Ikut Suka Hati Dia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 414 hits
Keputusan dan pengumuman yang ditunggu akhirnya sudah tiba Malam ini majlis presiden Pakatan Harapan memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu meletak jawatan dan bersara pada atau sebelum Mei ini Beliau boleh terus memegang jaw...
Mukhriz Mahathir Kekal Sebagai Mb Kedah

Mukhriz Mahathir Kekal Sebagai Mb Kedah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 291 hits
Mukhriz Mahathir Kekal Sebagai MB Kedah YAB Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar Kedah Menurut laporan media Sultan Sallehuddin Badlishah iaitu Sultan Kedah hari ini perkenan Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri be...
Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 243 hits
Perutusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad chedetofficialTerlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tua...
Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 471 hits
Hadi bagaimanapun berkata terdapat penakut ketika berdepan usul percaya pada kepimpinan Mahathir
Buruknya Perangai Mahathir Sikap Baik Hati Anwar Tak Dihargai Tapi Kerja Jahat Pas Yang Dialu Alukannya

Buruknya Perangai Mahathir Sikap Baik Hati Anwar Tak Dihargai Tapi Kerja Jahat Pas Yang Dialu Alukannya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 379 hits
Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh ...
10 Kelakuan Zaman Sd Yang Sebenarnya Polos Tapi Juga Ngeselin Semua Orang Pasti Pernah Begini

10 Kelakuan Zaman Sd Yang Sebenarnya Polos Tapi Juga Ngeselin Semua Orang Pasti Pernah Begini

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 316 hits
Dari sekian banyak kelakuan polos dan ngeselin khas anak SD ini mana yang pernah kamu lakukan
Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 442 hits
Kuala Lumpur 24 Feb Parti Tindakan Demokratik menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar terus Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang medi...
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 278 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Amerika Kecewa Dengan Mahathir Tapi Kami Salute Keberanian Tun

Amerika Kecewa Dengan Mahathir Tapi Kami Salute Keberanian Tun

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 282 hits
Kedutaan Amerika Syarikat di sini kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Presiden negara itu Donald Trump agar meletak jawatan Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam kedutaan itu berkata kenyataan Pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa