Suka Berselfie Menunjukkan Anda Ada Penyakit Mental Kronik


Suka Berselfie Menunjukkan Anda Ada Penyakit Mental Kronik? Baca Penjelasan Ni! Berselfie atau berswafoto belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik di Malaysia bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan.

Pakar Perunding Psikiatri Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan. Setakat ini terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,’ katanya.

Selfitis Borderline Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik. Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya. Menurutnya, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, selfitis akut dan kronik akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto bahaya.

Mempunyai Penyakit Mental Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum. Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.

Mempunyai Penyakit Was-Was Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Lain

Tanda Anda Seorang Yang Pentingkan Diri Sendiri! Lebih parah apabila kejahilan itu sebenarnya berlaku tanpa sedar. Sifat berat sebelah atau mementingkan diri sendiri ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada di dalam perhubungan bersama pasangan, antara diri dan keluarga bahkan terhadap orang lain.

1. Sukar Berkorban Demi Orang Lain Yang ini memang tidak adil. hendak orang bersusah-susah untuk dirinya tetapi liat sungguh berkorban untuk orang lain. Sebagai contoh dalam percintaan, anda marah-marah mahu si dia luangkan masa dengan anda, tetapi waktu dia memerlukan semangat dari anda, entah ke mana anda menghilangkan.

2. Hanya Fikirkan Diri Jika anda hanya memikirkan tentang diri sendiri dalam apa situasi sekalipun tanpa mengambil kira perihal orang lain, sah anda sebenarnya jenis pentingkan diri. Ingat, ‘keutamaan’ tidak selalunya perlu diberikan kepada diri sendiri. Jika anda sejenis manusia yang memiliki hati mulia seperti Snow White, sudah tentu anda akan meminjamkan keutamaan itu pada orang lain, lebih-lebih lagi buat si dia dan kaum keluarga tersayang.

3. Tidak Memikirkan Kesan Sesetengah tindakan anda mungkin telah memberi kesan buruk terhadap orang lain, itu adalah perkara paling mustahak untuk diambil kira sebenarnya tahu? Jika ia memberi impak yang menjejaskan buat individu lain dan anda tidak pernah mempedulikannya, anda memang jenis keras hati dan sangat mementingkan diri.

4. Tidak Tahu Berterima Kasih Biarpun sedikit pengorbanan yang dilakukan orang itu untuk anda, itu tetap dikira pengorbanan menandakan dia benar-benar mengambil berat dan sayangkan anda. Tetapi, jika anda jenis yang tak tahu malu, tak tahu berterima kasih mahupun menunjukan penghargaan buat si dia, anda memang sengaja cari nahas dna boleh dilabel sebagai SELFISH!

5. Suka Sangat Mengawal Orang yang suka mengawal adalah mereka yang mahu kehendaknya sahaja dipenuhi. Dalam masa yang sama akan ‘menggunakan’ orang lain untuk mencapai kemahuannya itu.

6. Suka Memanipulasi Sebab anda rasa anda dah cukup bagus, cukup baik, cukup sempurna daripada orang lain, walhal? Suka sangat meracun fikiran orang untuk bertindak mengikut cara anda kerana anda rasa anda sahaja yang betul dalam satu-satu hal. Tapi itu bukan bijak namanya, itu pentingkan diri.

7. Memiliki Tahap Ego Angkuh dan gemar membangga diri dengan apa yang anda ada serta status diri yang popular itu sedikit sebanyak telah menunjukkan anda selfish. Lebih parah jika anda rasa, andalah yang paling mulia berbanding orang lain yang anda anggap ‘biasa-biasa’ itu.
The post Suka Berselfie Menunjukkan Anda Ada Penyakit Mental Kronik? appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/suka-berselfie-menunjukkan-anda-ada-penyakit-mental/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Najis Sembuh Penyakit

Air Najis Sembuh Penyakit

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 280 hits
Penduduk kampung di Xiangtan di wilayah Hunan selatan China ini telah menjadikan air najis sebagai minuman kerana mereka percaya ia boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser Ia adalah produk yang pelik yang menjadi bualan hangat ...
Diet Yang Sesuai Untuk Elak Penyakit Buah Pinggang

Diet Yang Sesuai Untuk Elak Penyakit Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 548 hits
Buah pinggang merupakan organ yang terpenting dalam tubuh kita selain fungsi organ lain Ia berfungsi sebagai penapis darah pengawal tekanan darah dan membantu kita memastikan kestabilan cairan dalam badan Selain itu buah pinggang mampu meng...
Tidur Kurang Daripada 7 Hingga 8 Jam Sehari Berisiko Terkena Penyakit Jantung Strok Dan Obesiti

Tidur Kurang Daripada 7 Hingga 8 Jam Sehari Berisiko Terkena Penyakit Jantung Strok Dan Obesiti

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 405 hits
Keadaan dunia hari ini memerlukan kita bekerja dari siang hingga ke malam bagi menyara kehidupan sehingga kita terlupa untuk rehat dan tidur Bagi sesetengah masyarakat setakat tidak tidur satu hari bukanlah perkara yang besar dan memberi ke...
Apakah Itu Penyakit Lupus

Apakah Itu Penyakit Lupus

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 305 hits
ilustrasi Infosehat us Penyakit Lupus adalah penyakit baru yang mematikan setara dengan kanker Tidak sedikit pengindap penyakit ini tidak tertolong lagi di dunia terdeteksi penyandang penyakit Lupus mencapai 5 juta orang lebih dari 100 ribu...
Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini Mereka Tidak Minta Jadi Begini Video Disediakan

Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini Mereka Tidak Minta Jadi Begini Video Disediakan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 418 hits
Mereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini Mereka Tidak Minta Jadi Begini Video DisediakanMereka Dipandang Jijik Oleh Orang Ramai Kerana Penyakit Ini Mereka Tidak Minta Jadi Begini Video Disediakan
Ada Luka Di Rongga Mulut Mirip Sariawan Jangan Anggap Sepele Bisa Jadi Itu Pertanda Penyakit Serius

Ada Luka Di Rongga Mulut Mirip Sariawan Jangan Anggap Sepele Bisa Jadi Itu Pertanda Penyakit Serius

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 333 hits
Luka di rongga mulut mirip sariawan tidak bisa dianggap sepele Biasanya sariawan akan sembuh dalam 4 hari namun jika sariawan tidak sembuh sembuh dalam hitungan minggu maka Anda harus waspada Sariawan yang berkepanjangan ditambah sakit teng...
Wajar Kelor Disebut Pohon Ajaib Khasiatnya Bisa Atasi Penyakit Sampai Jernihkan Air

Wajar Kelor Disebut Pohon Ajaib Khasiatnya Bisa Atasi Penyakit Sampai Jernihkan Air

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 345 hits
Sering kali kita mendengar ungkapan dunia tidak selebar daun kelor Memangnya seberapa lebarnya sih daun kelor itu Kita juga sering mendengar bahwa daun kelor dijadikan sebagai alat untuk mematikan orang yang mempunyai kesaktian The Guardian...
Menderita Penyakit Langka Anak Ini Berubah Jadi Batu

Menderita Penyakit Langka Anak Ini Berubah Jadi Batu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 293 hits
Masih ingat kisah Malin Kundang yang bercerita mengenai anak durhaka yang berubah menjadi batu Di Bangladesh ada kisah serupa Meski bukan mengenai anak durhaka namun ada seorang anak yang memiliki kondisi aneh lantaran tubuhnya berubah menj...
Perut Buncit Bukan Karena Hamil Artis Cantik Ini Ternyata Sedang Menderita Penyakit

Perut Buncit Bukan Karena Hamil Artis Cantik Ini Ternyata Sedang Menderita Penyakit

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 596 hits
Sudah cukup lama Ratna Galih tak lagi syuting Perut artis pemeran film Hantu Ambulance itu tampak membuncit Ada apa Awalnya wanita cantik berusia 30 tahun itu dikira sedang hamil delapan bulan Dalam beberapa kesempatan dia memang mengutarak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa