Diet Yang Sesuai Untuk Elak Penyakit Buah Pinggang


Buah pinggang merupakan organ yang terpenting dalam tubuh kita selain fungsi organ lain. Ia berfungsi sebagai penapis darah, pengawal tekanan darah dan membantu kita memastikan kestabilan cairan dalam badan. Selain itu, buah pinggang mampu mengawal hormon, memastikan kesihatan tulang terjaga dan memberi arahan kepada badan untuk penghasilan sel darah merah dengan sempurna.
Amalan yang terbaik dalam menjaga diri daripada penyakit buah pinggang adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan pengambilan diet seimbang.
Dalam mengelakkan penyakit buah pinggang, terdapat beberapa jenis diet yang sesuai diamalkan oleh semua orang terutama mereka yang berisiko untuk menghidap penyakit ini. Disini Butterkicap kongsikan diet yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian anda demi menjaga kesihatan yang lebih baik dan sihat.
Amalkan masakan berasaskan ikan
 
Dalam diet pemakanan untuk mengelak daripada penyakit buah pinggang, anda disarankan mengambil ikan dalam menu harian anda. Ini kerana ikan diperkaya dengan tinggi protein dan kandungan lemaknya bersifat anti-radangan, iaitu kandungan Omega-3. Omega-3 berupaya juga melawan penyakit kronik lain seperti penyakit kanser dan jantung.
Sekaligus, ia juga mampu menurunkan kadar kolestrol yang tidak baik (LDL-Low Density Lipiprotein) dan meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL-High Density Lipoprotein).
Kadar nutrisi dalam 3 auns ikan salmon dinilaikan bersamaan dengan 50mg sodium, 368mg potassium, dan 274mg phosphorus.
Dengan mengamalkan diet ikan bagi mencegah penyakit buah pinggang sangat membantu dan ia juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil. Selain itu, Persatuan Jantung Amerika dan Persatuan Diabetes Amerika sangat menyarankan pengambilan ikan sekurangnya dua kali seminggu. Pengambilan minyak ikan yang mengandungi Omega-3 yang baik juga boleh diamalkan sebagai makanan tambahan.
Amalkan pemakanan buah-buahan beri
Buah beri juga mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita termasuklah ia juga sesuai dijadikan menu diet yang baik untuk mengelak penyakit buah pinggang. Terdapat pelbagai jenis beri yang boleh anda temui, antaranya raspberry, blueberry, strawberry dan lain-lain jenis buah beri lagi.
Bagi pengambilan buah raspberry, ia mengandungi sejenis sebatian asid ellagic yang dapat membantukan anda meneutralkan bakian radikal bebas dalam badan. Pewarna merah asli yang ada pada raspberry kaya dengan anti-oksida dikenali sebagai anthocyanins. Nutrient yang ada pada buah ini dengan kandungan serat, vitamin C, B dan mangan serta asid folik yang tinggi.
Selain mengelakkan penyakit buah pinggang, ia juga mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu pembiakan sel kanser dan pembentukan tumor yang pantas. Cadangan hidangan yang baik untuk raspberry, ia boleh dicampurkan bersama buah-buahan lain dalam sajian salad, bijiran dan minuman smoothies tanpa menambahkan gula atau manisan lain.
Buah strawberi juga diperkaya dengan dua jenis anti-oksida dan mempunyai kadar vitamin C, mangan dan serat yang tinggi. Ia bersifat anti-keradangan, anti-kanser dan juga berupaya merawat penyakit jantung. Sajian yang sesuai disediakan untuk elakkan penyakit buah pinggang dengan penggunaan strawberi ialah bijiran dan minuman smoothie bersama campuran beri yang lain serta sebagai hidangan pencuci mulut dengan menggunakan jem strawberi tanpa gula tambahan.
Blueberry mempunyai sebatian anti-oksida yang sama dengan raspberry dan mampu mengurangkan keradangan dalam tubuh anda. Ia kaya dengan vitamin C dan serat serta nutrient mangan yang dapat menyihatkan tulang anda. Penyediaan bijiran untuk sarapan pagi atau boleh dijadikan bahan dalam kek muffin, ia tentu lebih enak dan dalam masa yang sama menyihatkan tubuh anda.
Kerap melakukan senaman fizikal dan pengambilan sayuran segar
Amalkan gaya hidup yang sihat juga antara kunci kepada diet yang sesuai supaya dapat mengelakkan penyakit buah pinggang. Anda perlu kerap melakukan senaman fizikal dan ia berpotensi dalam mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat membantu dalam penurunan tekanan darah dan sekaligus membantu mengelakkan risiko berbahaya untuk menghidapi penyakit kronik lain.
Proses rembesan bahan kumuhan oleh buah pinggang juga akan berfungsi dengan baik dengan pengambilan kadar air yang mencukupi. Untuk hasil yang baik untuk penjagaan kesihatan, anda disarankan untuk melakukan senaman fizikal sekurangnya selama 30 minit setiap hari. Senaman ini termasuklah berbasikal, berjogging dan lain-lain aktiviti sukan yang dapat membantu fungsi organ dalaman bekerja dengan baik dan sempurna.
Selain penjagaan diri dengan bersenam dan aktiviti sukan, anda juga digalakkan mengambil sayur-sayuran segar seperti cili benggala dan kobis. Ini kerana, cili benggala mengandungi kadar natrium sebanyak 1mg, kalium sebanyak 88mg dan 10mg fosforus. Sumber vitamin A dan C yang baik, vitamin B6, asid folik serta serat yang diperlukan oleh badan. Kandungan lycopene dan anti-oksida juga boleh melindungi badan daripada penyakit kanser.
Bagi sayur kobis pula, ia diperkaya dengan fitokimia, sebatian kimia dalam buah-buahan atau sayur-sayuran yang memecahkan radikal bebas sebelum ia dapat melakukan kerosakan. Bahan fitokimia juga dapat melindungi dan melawan kanser, serta memupuk kesihatan kardiovaskular. Kadar kandungan yang tinggi dengan vitamin K, vitamin C dan serat, kubis juga merupakan sumber vitamin B6 dan asid folik yang baik.
Elakkan pengambilan garam yang berlebihan Bagi memastikan diet yang diamalkan tersebut benar-benar berkesan dan baik untuk kesihatan tubuh anda, anda perlu memastikan setiap sajian yang anda sediakan tidak menggunakan kadar garam yang tinggi. Justeru, pengambilan garam yang berlebihan dan makanan yang mengandungi natrium yang harus dikawal kerana sekiranya ia diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Tetapi jangan buang terus pengambilan garam dalam diet harian kerana sedikit garam masih diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan. Dalam menu harian, anda hanya perlu elakkan dan kurangkan kebiasaan menambah perisa tambahan seperti kicap atau sos yang sememangnya mempunyai kandungan garam yang tinggi. Jika masakan anda sudah meletakkan garam, jika anda masukkan perisa lain.
Amalkan pengambilan herba dan rempah ratus bagi menggantikan perasa tambahan yang mempunyai kadar garam yang tinggi seperti lada hitam, kulit kayu manis, dan lain lain rempah. Kalau anda gemar makan di luar sama ada restoran atau gerai, seeloknya pesan makanan atau cari makanan yang disediakan tanpa meletakkan kuantiti garam yang banyak atau penambah perasa MSG.
Jika makanan perlu disediakan dengan sos atau apa-apa perasa tambahan, minta peniaga letakkan dalam bekas berasingan. Dengan itu, anda boleh tentukan kadar yang minimum seperti yang anda mahukan. Untuk kurangkan kadar penggunaan sodium dalam makanan, kurangkan pengambilan kiub perasa, MSG, sos (cili, tomato atau tiram), asam jawa proses, serbuk penaik, makanan pencicah seperti belacan, budu, dan taucu.
Makanan yang telah diperap dengan garam seperti telur masin, ikan masin, sayur masin,sotong kering, udang kering, ikan bilis, jeruk buah-buahan dan lain-lain makanan yang anda sedia maklum penggunaan garam yang banyak dalam proses pembuatannya dilakukan.
Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol 
Tabiat merokok dan pengambilan alkohol perlu dikurangkan jika anda tidak mahu berisiko untuk menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, jantung, radang paru-paru dan sebagainya yang melibatkan organ dalaman. Tabiat ini sangatlah berbahaya dan pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada penyakit dan penyumbang tertinggi kepada kadar kematian.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 4,000 kandungan kimia yang ada dalam rokok dan 250 daripadanya berisiko merosakkan kesihatan manusia. Kadar 1.3-Butadine, iaitu bahan kimia dalam pembuatan getah, ia akan meningkatkan risiko kanser perut, darah dan juga kanser limfa.
Selain itu, kandungan Acrolein, formaldehida dan kromium VI (bahan utama dalam pembuatan logam padu, cat dan pewarna) yang tinggi berisiko kepada kanser paru-paru dan penghalang utama kepada penghasilan DNA dalam tubuh anda. Kandungan arsenic (bahan pengawet kayu) yang tinggi juga menjadi penyumbang utama kepada pelbagai jenis kanser dan leukemia yang berpunca daripada bahan benzene yang tinggi serta kerosakan pada buah pinggang yang teruk dan pelbagai penyakit lain lagi yang boleh dihidapi oleh perokok dan juga mereka yang berada disekitarnya.
Bagi tabiat pengambilan minuman beralkohol pula, ia berisiko dalam peningkatan tekanan darah dan kadar kolestrol yang tinggi dalam darah. Dalam menjaga kesihatan tubuh, elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan dan risiko penyakit buah pinggang juga dapat dikurangkan. Kerosakan saraf yang teruk akan berlaku kerana alkohol akan menjadi toksik kepada sel saraf yang dikenali sebagai neuropati alkohol.
Ia akan menyebabkan kesakitan pada anggota badan, otot menjadi lemah dan kerap untuk membuang air kecil serta gangguan dalam fungsi ereksi dan pelbagai simptoms lain akan berlaku kepada tubuh badan. Pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan gangguan sistem saraf simpatetik yang berfungsi dalam mengawal saluran darah untuk beredaran ke seluruh badan.
Jika tindak balas tidak berlaku, tekanan darah tinggi akan berlaku akibat daripada tekanan dalam saluran darah dan tenaga yang banyak akan digunakan sepanjang proses itu berlangsung dan keadaan ini akan berlanjutan kepada penyakit buah pinggang kerana darah gagal beredar dengan baik ke kawasan organ lain.
Kurangkan pengambilan makanan proses dan sejuk beku Dalam menu pemakanan, anda disarankan untuk menggurangkan atau sebaiknya menghentikan pengambil makanan yang diproses dan sejuk beku. Makanan ini adalah penyumbang utama kepada penyakit kanser dan lain-lain penyakit berbahaya. Ini kerana, kandungan natrium dan nitrat yang tinggi. Seeloknya pilih ayam atau daging segar berbanding yang daging yang telah diproses.
Hadkan pengambilan makanan proses seperti nugget, sosej, kentang segera, dan lain-lain makanan proses lain. Penyakit yang boleh disebabkan oleh pengambilan makanan proses ialah kanser, obesiti, dan penyakit jantung serta berisiko kepada penyakit buah pinggang.
Kandungan bahan kimia sintetik bersifat karsinogen sering dimasukkan dalam daging proses seperti hotdog yang dibuktikan menjadi punca utama kepada kanser sebanyak 67% dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik di Universiti Hawaii terhadap 200 ribu respoden yang kerap mengambil daging proses. Kebiasaannya makanan proses mengandungi kandungan gula, lemak, dan garam yang tinggi serta rendah kandungan nutrient dan serat.
Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan proses sememangnya penyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik dihidapi oleh masyarakat seluruh dunia. Seterusnya, kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak berbahaya
Hal ini kerana, ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses berpontensi dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
Penjagaan diri daripada mengelakkan penyakit bukan sahaja dalam pemakanan, akan tetapi anda perlu mengelakkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan garam yang tinggi, tabiat merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Cara hidup yang sihat akan membawa anda kepada gaya hidup yang bebas daripada sebarang penyakit.
Penyakit buah pinggang boleh berpunca dari pelbagai faktor sama ada faktor keluarga, faktor sekeliling atau punca yang tidak dapat dikenalpasti. Yang pasti, ia akan menyebabkan fungsi buah pinggang akan terjejas dalam menyalurkan darah ke seluruh tubuh yang menjurus kepada kerosakan kepada buah pinggang. Faktor lain adalah individu yang telah menghidapi penyakit lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan menpunyai sejarah lampau dengan penyakit buah pinggang.
Langkah berjaga yang lebih perlu diambil bagi mengelakkan ia berlaku dan penjagaan makanan perlu ditingkatkan bagi memastikan tiada makanan yang boleh menjadi penyumbang kepada penyakit ini. Amalkan gaya hidup yang sihat supaya hidup anda kan selesa dan dapat melakukan apa jua aktiviti harian tanpa sekatan dan bimbangkan apa-apa gejala akan berlaku akibat penyakit yang berbahaya.

The post Diet yang sesuai untuk Elak Penyakit Buah Pinggang appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/uncategorized/diet-yang-sesuai-untuk-elak-penyakit-buah-pinggang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 594 hits
Anda seorang wanita Tahukah anda wanita lebih cenderung menghidap penyakit buah pinggang kronik Statistik Penyakit Buah Pinggang Kronik di MalaysiaMenurut Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia seramai 600 000 kematian di kalan...
Cara Kawal Kencing Manis Dan Selamatkan Buah Pinggang Daripada Rosak

Cara Kawal Kencing Manis Dan Selamatkan Buah Pinggang Daripada Rosak

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 812 hits
Nak cari ubat kencing manis paling berkesan Dah puas usaha macam macam tapi tak berhasil Memang la sebab ubat tak boleh menyembuhkan kencing manis Ia cuma boleh turunkan bacaan gula untuk sementara je Jom baca Cara Pulihkan Kencing Manis di...
Kencing Berbuih Mesti Anda Risau Buah Pinggang Rosakkan Jom Ikhtiar Dengan 5 Cara Ni

Kencing Berbuih Mesti Anda Risau Buah Pinggang Rosakkan Jom Ikhtiar Dengan 5 Cara Ni

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 485 hits
Masalah kencing berbuih ialah antara petunjuk kepada masalah buah pinggang atau buah pinggang rosak Walaubagaimanapun bagi sesetengah keadaan ia mungkin adalah perkara normal
Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 946 hits
Aiskrim yogurt buah buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah buahan dan yogurt sebagai bahan tiada gula garam digunakan jadi ia mesra bayi Tidak salah jika an...
Kebaikan Buah Mengkudu Untuk Rawat Penyakit Jantung

Kebaikan Buah Mengkudu Untuk Rawat Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 400 hits
Buah mengkudu juga dikenali dengan nama Morinda Citrifolia dalam bahasa Latin merupakan sepohon pokok yang bersaiz sederhana dan kebiasaannya tinggi pohon ini hanya mencapai antara tiga hingga 8 meter sahaja Khasiat yang ada pada buah mengk...
Organ Reproduksi Wanita Rentan Terkena Penyakit Kanker Berikut Ini

Organ Reproduksi Wanita Rentan Terkena Penyakit Kanker Berikut Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 315 hits
Organ Reproduksi Wanita Info Kesehatan Kanker adalah penyakit yang ditandai dengan kelainan siklus sel khas yang menimbulkan kemampuan sel untuk tumbuh tidak terkendali menyerang jaringan biologis di dekatnya bermigrasi ke jaringan tubuh ya...
Awas Jangan Merebus Botol Susu Ini Penyakit Berbahaya Yang Bisa Ditimbulkan

Awas Jangan Merebus Botol Susu Ini Penyakit Berbahaya Yang Bisa Ditimbulkan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 415 hits
Sebagian ibu percaya dengan merebus botol susu bayi dan balita mereka itu akan membuatnya semakin steril Padahal itu cara yang salah untuk membuat botol menjadi steril Merebus botol susu dengan air panas hanya akan menyebabkan berbagai peny...
Rakan Hidap Penyakit Tibi Punca Housemate Selalu Hisap Rokok Dalam Rumah

Rakan Hidap Penyakit Tibi Punca Housemate Selalu Hisap Rokok Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 456 hits
Rakan hidap penyakit Tibi punca housemate selalu hisap rokok dalam rumahHendak ditegur ada pula yang sentap tak boleh menerima teguran Lebih teruk lagi si penegur dimarahi si pelakunya Hendak dibiarkan akhirnya kesihatan diri terjejas semen...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu