Suka Beli Kuali Periuk Kalis Lekat Ini Info Yang Anda Perlu Tahu


hi semua, siapa sini Suka Beli Kuali Periuk Kalis Lekat (Non-Stick Cookware)? Jom baca info mengenai peralatan memasak kalis lekat, info menarik yang mrs pip baca di Group FB MaMa



Komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu). Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur...) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi. 
Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak


Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium


Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. 
Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata. 

Apakah yang berlaku kepada peralatan memasak ini semasa dipanaskan?

Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat. 
Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. 
Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang. 

Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. 
Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. 
Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware)


Jenis-jenis lapisan  selaput pada kuali periuk non stick:

Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon. Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput ini untuk lebih jelas


PTFE

PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi. 

Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon. Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. 
Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan. 

Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah. 

Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. 

Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan. 

Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon. 

Seramik & Enamel

Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca. 

Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini. 

Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi. 

Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi


Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon


Silikon 

Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa. 

Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’. 

Graniteware

Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite. 

Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’


KESIMPULANNYA: kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing. 

Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat / Cara penjagaan yang betul untuk kuali periuk non stick cookware: 

• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak


• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku. 

• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua

Sumber asal: FB Fatimah Salim, Makmal Makanan (MaMa)
cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2020/06/cara-penjagaan-betul-kuali-periuk-non-stick-cookware.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Habis Berjelaga Periuk Wanita Ini Kongsi Cara Pastikan Api Kekal Warna Biru Tak Jejaskan Kuali

Habis Berjelaga Periuk Wanita Ini Kongsi Cara Pastikan Api Kekal Warna Biru Tak Jejaskan Kuali

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 380 hits
Sekiranya anda seorang yang gemar masuk ke dapur pastinya anda akan perasan kadang kala api pada bahagian dapur gas anda akan bertukar menjadi warna oren atau merah yang dikatakan boleh menyebabkan bahagian belakang kuali menjadi hitam Jika...
Minat Orang Perempuan Tak Sama Ada Suka Emas Set Periuk Simpan Duit Janganlah Pertikaikan

Minat Orang Perempuan Tak Sama Ada Suka Emas Set Periuk Simpan Duit Janganlah Pertikaikan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 444 hits
Sejak akhir akhir ini banyak perkongsian tentang kepuasan seorang wanita bila dapat beli emas Ada sesetengahnya bersetuju ada juga sebaliknya Ye sebenarnya jika dilihat ikutlah kemampuan masing masing Mungkin cara setiap orang tak sama Jika...
6 Rekomendasi Toko Online Di Jogja Untuk Beli Sayur Buah Dan Daging Segar Praktis Cepat

6 Rekomendasi Toko Online Di Jogja Untuk Beli Sayur Buah Dan Daging Segar Praktis Cepat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 335 hits
Daripada berdesak desakan di pasar karena ketemu banyak orang mending pesan online aja Kualitasnya nggak kalah ciamik
Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush

Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 469 hits
Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush Assalamualaikum guys perempuan dan benda free berpisah tiada haha lagi lagi benda free tu memang sangat berguna pada dia memang dia akan grab cepat sementara stok masih ada Macam sha la haha...
Cara Memohon Skim Perumahan Belia Untuk Beli Rumah Pertama

Cara Memohon Skim Perumahan Belia Untuk Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 472 hits
AssalamualaikumBismillahBSN MyHome Siapa di sini yang bujang ataupun baru berkahwin tetapi ada angan angan nak beli rumah sendiri Ada berita baik untuk golongan belia yang berumur antara 21 45 tahun korang boleh memohon BSN MyHome iaitu Ski...
T Menteri K Raya Letak Jawatan Menyesali Sertai Pn Ph Atau Kena Beli

T Menteri K Raya Letak Jawatan Menyesali Sertai Pn Ph Atau Kena Beli

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 392 hits
Ahli Parlimen Sri Gading itu memaklumkan beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional Gambar FailKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawa...
2 Idea Buat Bekal Ke Pejabat Tak Payah Keluar Beli Lunch

2 Idea Buat Bekal Ke Pejabat Tak Payah Keluar Beli Lunch

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 435 hits
Waktu masih lagi PKPB ni elok juga kita rajin rajinkan diri buat bekal makanan ke pejabat Tak perlulah kita kerap keluar membeli makanan untuk dimakan pada waktu rehat RASA berikan dua idea untuk dimasak sebagai hidangan makan tengah hari d...
Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 409 hits
Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru rumah cantik perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan Menurut perkongsian daripada pengguna Face...
Shiroipay Sediakan Kedai Beli Je Percuma

Shiroipay Sediakan Kedai Beli Je Percuma

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 339 hits
Shiroipay selain daripada sediakan kemudahan ewallet untuk pembayaran bill dan top up Ia juga sediakan Platform ecommerce untuk anda secara percuma Boleh jika anda belum tahu tentang Shiroipay Platform Beli je ni sesuai untuk anda memulakan...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law