Sugarbomb Mega Bootcamp 2021 Bangkit Dan Bersiap Sedia Laksana Resolusi 2022
SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022 | SugarBomb Boot Camp berlangsung selama dua hari iaitu 27 November dan 28 November 2021 di Setia City Convention Centre bermula seawal 9 pagi.
Ia adalah acara yang dinantikan buat semua pasukan SugarBomb di seluruh Malaysia. Program Bootcamp ini adalah budaya yang diterapkan oleh SugarBomb sejak awal penubuhannya. Ia dapat memberi sokongan penuh kepada pasukan dan menaikkan semangat keusahawanan dikalangan mereka.
Jika join banyak kali pun pasti seronok sebab stail SugarBomb Bootcamp adalah jenis yang mempunyai aktiviti mengenal wangian, mempunyai kerusi meja sepanjang dua hari program dan lokasi yang stratergik serta ruang parkir yang banyak.
SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022
SugarBomb Bootcamp 2021 bantu 300 peniaga tempatsn bangkit selepas pandemik. Susulan musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas
Bagaimanapun, harus diakui bahawa ramai anak muda pada saat ini begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka
Oleh itu, SugarBomb Malaysia selaku jenama yang sinonim dengan memperkasakan lagi golongan usahawan dan peniaga tempatan dengan produk wangian buatan sendiri, bertindak menganjurkan program ‘Bootcamp’ yang bertemakan “BANGKIT SUGARBOMB” bagi tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari bin Rosli, “SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan.
Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan rakan media lain turut sama menyertainya. Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagi-lagi dalam musim pandemik COVID-19.
Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka”
Aktiviti Yang Membina Keyakinan Diri
Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai ‘marketing’ dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri.
Turut memeriahkan ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”
Daftar Sebagai Dropship, Agent, Stockist
Jika anda berminat untuk menyertai pasukan SugarBomb, sudah tiba masanya untuk anda mendaftar dan mula meneroka perniagaan wangian. Klik url ini https://wearesugarbomb.com/become-a-reseller/. All the best! #NakWangiSugarBombJelah
Budaya SugarBomb Luar Biasa!
Pertama kali Ruby mengenali SugarBomb, bukan dari wangian. Tetapi dari papan iklan di lebuh raya DUKE. Anak Ruby, selepas hampir dua tahun tidak keluar. Kami keluar pulang ke kampung. Di Damansara je pun. Hahaha.
Sepanjang perjalanan, dua kali papan tanda Mr Bomb tu muncul. Anak Ruby cakap itu Marshamallow. Ruby cakap, mana mungkin marshamallow warna merah?
Pulang dari kampung, kami berempat double check papan tanda Mr Bomb dan Nabil Ahmad dan Achey tu. Okay itu SugarBomb. Kami berdekah-dekah ketawa. Perfume la
Kemudian, Ruby dan suami dengar lagu kolabrasi SugarBomb dan Ruffedge. Weiiiiiiii next level betul jenama SugarBomb ni. Bukan biasa-biasa. Lagu fav dan kumpulan kesayangan rakyat Malaysia tu.
Banyak betul kebetulan tentang SugarBomb yang Ruby minat. Lagi bertambah minat, apbila join Bootcamp. Suka aktiviti mereka sediakan. Kita dapat kenali bau dan profail. Lagi bertambah syok apabila dapat berjumpa founder iaitu Boss A dan maskot Mr Bomb. Anak-anak paling happy tengok ibu bergambar dengan Mr Bomb. Tetapi Ibu lebih suka sesi wawancara 5 minit bersama Boss A. Beliau sangat bersemangat ingin membantu para pasukan SugarBomb
Ruby dah berbincang dengan suami. InsyaAllah kami join Stokis SugarBomb. Kami sedang baca dan memahami semua modul plan perniagaan SugarBomb. Doakan ya?
SUGARBOMB | FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE SUGARBOMB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/11/sugarbomb-mega-bootcamp-2021-bangkit.html