Barisan Nasional Bangkit Kembali Beraja Di Melaka


Walaupun ramai yang menjangkakan PH akan menang berikutan pertembungan tiga penjuru, tetapi BN membuktikan sebaliknya. Bahkan parti tertua di Malaysia itu mencipta sensasi dengan menang 21 daripada 28 kerusi dalam PRN Melaka.
Strategi berani BN memperkenalkan 86 peratus pengundi muka baharu akhirnya memberi hasil lumayan kepada koalisi itu apabila menang besar pada PRN Melaka
PILIHAN Raya Umum ke-14 (PRU14) sememangnya menjadi igauan buruk buat kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu.
Setelah lebih 60 tahun diberi mandat untuk mentadbir negara, BN akhirnya tumbang di tangan Pakatan Harapan (PH) yang diperkuatkan dengan ‘aura’ bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terpalit dengan skandal 1MDB, protes pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tuduhan amalan kleptokrasi, BN gagal mempertahankan ‘mahkota’ Putrajaya disandangnya selain turut terlepas genggaman beberapa kerajaan negeri termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Sejak itu, jangka hayat BN menjadi tanda-tanya pemerhati politik, sehinggalah koalisi itu kembali bernafas setelah terlibat dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi ‘Langkah Sheraton’.
Meskipun didakwa tidak lagi relevan dengan pemimpin utamanya termasuk Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib terpalit dengan kes mahkamah, BN yang dikemudi UMNO dengan tidak semena-mena mencipta fenomena kebangkitan luar biasa.
Bermula dengan strategi mengambil alih kerajaan negeri Melaka, Perak dan Johor, BN tidak berpaling ke belakang apabila percaturan politik mereka membolehkan kerajaan Pusat dikuasai semula koalisi itu dalam tempoh setahun.
Terkini, BN dan UMNO berjaya mengekalkan momentum kebangkitan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila koalisi yang turut disertai MCA dan MIC itu memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Dengan kemenangan bergaya itu, BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan majoriti dua pertiga memandangkan jumlah keseluruhan DUN Melaka adalah 28 kerusi.
PH pula mengalami kalah teruk apabila hanya meraih lima kerusi, manakala jangkaan PN diwakili Bersatu dan Pas bakal melakukan kejutan turut meleset apabila sekadar memenangi dua kerusi DUN.
Berdasarkan keputusan rasmi, BN berjaya mengekalkan DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Merlimau, Rim, Serkam, Sungai Rambai, Rembia dan Pantai Kundor.
Selain itu, koalisi itu berjaya merampas DUN Gadek, Durian Tunggal, Machap Jaya, Duyong, Telok Mas, Kelebang, Paya Rumput, Pengkalan Batu dan Ayer Molek daripada tangan PH.
 
STRATEGI MUKA BARU BN BERHASIL
Perkara menarik untuk diperhatikan pada PRN Melaka kali ini adalah strategi berani BN menampilkan 86 peratus calon muka baharu berjaya membuahkan hasil di samping kemampuan MCA dan MIC menyumbang tiga kerusi di DUN Machap Jaya, Kelebang dan Gadek.
Kejayaan mengejut dua parti komponen BN itu sekali gus mengenepikan jangkaan DAP bakal menyapu bersih sejumlah lapan kerusi DUN majoriti bukan pengundi Melayu.
Dengan kadar peratusan keluar mengundi daripada keseluruhan 476,037 pengundi berdaftar hanya mencecah 61 peratus, apakah faktor sebenar menjadi pelengkap kepada momentum kebangkitan BN pada PRN Melaka?
Ramai pemerhati politik berpandangan faktor utama kemenangan BN adalah disebabkan kadar peratusan keluar mengundi yang rendah, sekali gus menjadikan potensi undi ‘penyokong tegar’ sebagai indikator utama.
Zahid (tiga dari kanan) bersama kepimpinan parti dan calon BN pada PRN Melaka selepas sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Sabtu
 
Hal ini disebabkan ‘mood’ keterujaan pengundi luar terutama pengundi atas pagar dan bukan Melayu untuk balik mengundi agak lemah, dipercayai berpunca daripada rasa muak dengan politik selain tanggapan mereka perlu mengundi sekali lagi bagi menentukan kerajaan negeri pada PRU15.
“Apabila kadar peratus keluar mengundi sangat rendah, senario itu akan menguntungkan parti yang mempunyai undi teras kukuh dan besar.
“Berdasarkan situasi itu, kemenangan besar BN sememangnya dijangka kerana parti itu diakui mempunyai undi ‘penyokong tegar’ yang besar di kawasan kerusi tradisi dan DUN majoriti pengundi Melayu
“Untuk PH mengulangi kejutan pada PRU14, mereka memerlukan undi kelompok atas pagar dan pengundi bukan Melayu dengan jumlah besar untuk melakukan ‘swing vote’. Namun perkara itu sama sekali tidak berlaku,” kata Pengurus Besar Bahagian Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Abdul Munir kepada Sinar Premium.
Selain itu, kegagalan PN yang hadir sebagai blok ketiga untuk memecahkan dominasi undi etnik Melayu yang dikuasai BN juga menyumbang kepada kemenangan besar koalisi diterajui UMNO itu.
Berdasarkan hasil unjuran dan data Ilham Centre, sekiranya PN gagal mencuri undi etnik Melayu melebihi 40 peratus di setiap kawasan pertembungan koalisi itu dan BN, maka BN akan tampil sebagai pemenang mutlak.
“Namun, senario yang paling dibimbangi adalah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka yang ketat juga dianggap punca pesta demokrasi di Melaka serta keterujaan rakyat untuk mengundi terencat.
“Jangkaan Ilham Centre adalah sekiranya SOP ketat ini terus diguna pakai pada proses pilihan raya lain termasuk PRU15, senario sama akan berulang dan ia tidak memberi keadilan kepada parti-parti yang tidak mempunyai sokongan akar umbi kuat seperti BN,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hishommuddin Bakar.
MASA DEPAN PAS DAN MN
Selain itu, Hisommuddin turut melihat kemenangan bergaya BN pada PRN Melaka bakal memberi implikasi besar di peringkat kerajaan Pusat, terutama berkenaan teka-teki hala tuju pendirian Pas yang menjadi parti komponen kepada PN.
Pandangan beliau adalah berasas memandangkan terdapat laporan yang mengatakan ada sebahagian akar umbi Pas difahamkan memberi undi kepada calon BN di beberapa kerusi DUN tertentu atas kehendak mahu parti itu kembali kepada Muafakat Nasional (MN).
“Bagi saya, Pas perlu membuat keputusan jelas, sama ada parti itu mahu meneruskan kerjasama dengan PN atau kembali bersama MN bersama UMNO bagi menghadapi PRU15.
“Susulan prestasi buruk PN di PRN Melaka, Pas perlu mengambil kira untung rugi ketika bersama Bersatu dan Gerakan kerana akar umbi Pas pastinya kecewa melihat parti itu kehilangan taring setelah tidak lagi menggunakan lambang pilihan raya ‘bulan’.
“Pas perlu melihat kerjasama dengan MN lebih menguntungkan kepada mereka. Bagi PN diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, kekalahan di Melaka adalah isyarat mereka perlu bermuhasabah dengan PN perlu mempertimbangkan kembali kerjasama dengan BN,” katanya.
Pada masa sama, kemenangan besar BN di PRN Melaka dijangka memberi tonik keyakinan kepada koalisi itu untuk mempercepatkan pelaksanaan PRU15, sekurang-kurangnya selepas pelaksanaan PRN Sarawak.
Hal ini diyakini menjadi fokus utama pucuk kepimpinan BN dan UMNO yang diketuai Ahmad Zahid susulan parti itu sememangnya bertekad menjadikan PRU15 sebagai medan ‘menguburkan’ parti serpihan mereka, Bersatu.
“Apa jua keputusan PRN Melaka juga bakal memberi implikasi kepada kestabilan kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Hal ini kerana beliau berkemungkinan bakal menerima tekanan daripada rakan-rakan menteri Kabinet daripada PN susulan kegagalannya menyelesaikan konflik rundingan kerusi pilihan raya di antara UMNO-Pas-Bersatu sebelum ini.
“Sama ada PN akan bertindak menarik sokongan terhadap beliau atau terus kekal bersama dalam kerajaan, segalanya terserah kepada reaksi balas Muhyiddin dan pemimpin koalisi itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Barisan Nasional bangkit kembali ‘Beraja’ di Melaka
Baca Artikel Menarik:
PAS harus kembali kepada UMNO – Ahli akademik PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka Walaupun tewas saya tak akan kembali kepada UMNO – Muhyiddin Selepas tewas, Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah PRN Melaka: Rauf tewaskan ‘Katak Politik’ Sudah salah jalan buat ‘keras’ pula Menyamar jadi doktor sakit puan minta gambar alat sulit pesakit Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO] Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video) PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka

The post Barisan Nasional bangkit kembali ‘Beraja’ di Melaka appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/21/barisan-nasional-bangkit-kembali-beraja-di-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Barisan Nasional Sah Menang Prn Melaka

Hiburan Barisan Nasional Sah Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 228 hits
Sejak beberapa minggu ini kita terus diperdengarkan dengan pelbagai informasi dan kemas kini maklumat mengenai Pilihan Raya Negeri di Melaka 2 minggu laluDira Abu Zahar Ikut Jejak Langkah Bapa Bertanding PRN MelakaAdvertisementSetelah lama ...
Barisan Nasional Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 Adun Melaka

Barisan Nasional Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 Adun Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 180 hits
AYER KEROH Barisan Nasional berjanji akan menyediakan peruntukan kepada semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk bukan kerajaan sebagai langkah memakmurkan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan...
Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 437 hits
PRESTASI PRN MELAKA16 NOVEMBER 2021BN MENDAHULUISimulasi Disediakan OlehCIKGU LINBAHAGIAN A ANDAIAN MENANG HINGGA KINI 1 Menang 0 01 ke atas BN mendahului PH dan PN 2 Menang Sukar Digugat BN DAP dan PN BAHAGIAN B KALAH TAPI MAMPU MENANG1 Ka...
Ucaptama Anwar Terbaru Ph Akan Bangkit Selepas Pru Melaka Kejayaan L

Ucaptama Anwar Terbaru Ph Akan Bangkit Selepas Pru Melaka Kejayaan L

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 155 hits
UCAPTAMA ANWAR TERBARU PH AKAN BANGKIT SELEPAS PRU MELAKA KEJAYAAN LALU PEMANGKIN KEBANGKITAN PH SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB ANWAR IBRAHIM
Bila Ph Kembali Memerintah Kita Lakukan Yang Terbaik Untuk Melaka Mat Sabu

Bila Ph Kembali Memerintah Kita Lakukan Yang Terbaik Untuk Melaka Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 103 hits
Pengundi diseru mengembalikan pemerintahan Pakatan Harapan di Melaka untuk menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negeri untuk tempoh 5 tahun ke hadapan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata tekad PH dalam Pilihan Raya Negeri Melaka jela...
Adly Zahari Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi Prn Melaka Ph Akan Bangkit Semula

Adly Zahari Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi Prn Melaka Ph Akan Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 233 hits
Terima kasih kepada semua pengundi yang telah memenangkan 5 kerusi Pakatan Harapan Terima kasih kepada semua rakyat Melaka yang telah keluar mengundi Terima kasih kepada pengundi di DUN Bukit Katil Terima kasih kepada SPR yang telah menjala...
Muhyiddin Terima Kekalahan Perikatan Nasional Di Melaka Dengan Hati Terbuka

Muhyiddin Terima Kekalahan Perikatan Nasional Di Melaka Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu kepada pemimpin pemimpin Parti Perikatan Nasional ketika hadir pada Malam Melaka Bangkit Gemilang di Shah Alam baru baru ini GAMBAR Abd Razak Aid PENGERUSI Per...
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 248 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 324 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau