Sufie Rashid Tak Pernah Khatam Al Quran



Penyanyi, Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah khatam al-Quran dia kini dalam proses membaca dari Iqra' satu.
Sufie, 29, atau nama sebenarnya Muhammd Sufi Rashid berkata, atas inisiatif sendiri dia mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi dan Tadabbur (TNT) secara dalam talian anjuran stesen TV AlHijrah dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd pada setiap Rabu.
"Sewaktu kecil saya pernah masuk madrasah mengaji, tapi saya tidak khatam dan terus berhenti. Memang ada niat nak belajar tapi apabila sering memberikan alasan ia sering tertunda.
"Saya fikir sampai bila tak pandai membaca dan mengaji al-Quran. Itu yang saya terbuka hati nak belajar semula. Apa lagi pada 28 Januari depan umur sudah 30 tahun. Jadi, sejak sebulan lalu saya ambil inisitif mengikuti kelas dalam talian bersama seorang Ustaz Iman pada setiap Selasa, selepas maghrib selama 15 minit.
"Kemudian, TV Alhijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka. Jadi, saya ada tambahan ustaz yang mengajar selama sejam. Bukan belajar baca Iqra' saja, tapi saya boleh bertanya semua perkara seperti solat, bacaan dalam solat dan persoalan mengenai bab agama.
"Alhamdulillah, saya sudah habiskan bacaan Iqra' satu dan dua. Sekarang saya masuk Iqra' tiga. Saya memang tidak boleh baca langsung. Nak kenal huruf pun lupa. Saya nak jadikan azam 2021 yang mana boleh baca dan khatam al-Quran," katanya.
Sufie yang juga juara program Akademi Fantasia 2015 berkata, tidak ada apa yang perlu dimalukan apabila berkongsi perkara itu.
"Nak kata malu, mesti ada rasa malu sebab kita manusia. Apa lagi perkara macam ini. Tapi sampai bila nak malu dengan orang sedangkan dengan Allah tak malu? Itu yang sepatutnya dahulukan.
"Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdulillah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi," katanya.
Kelas Ngaji Online Talaqqi dan Tadabbur (TNT) yang bermula sejak bulan lalu adalah bagi mewujudkan satu platform dalam talian bagi rakyat Malaysia mempelajari al-Quran dari rumah sambil dibimbing Qari dan Qariah terkenal.
Antara terbabit adalah seperti Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Tirmizi Ali, Ustazah Farhatul Fairuzah Panut dan ramai lagi.
Selain berpeluang mendalami ilmu al-Quran, peserta turut akan diberikan ujian pada setiap sesi kelas bagi memastikan peserta betul-betul memahami dan mendapat ilmu sepanjang kelas berjalan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/12/sufie-rashid-tak-pernah-khatam-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

Hiburan Tak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 250 hits
Penyanyi kelahiran Singapura dan bekas juara program Akademi Fantasia 2015 Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah berpeluang untuk khatam Al Quran dan kini sedang dalam proses belajar membaca ayat ayat suci tersebut Sufie 29 mendedahkan dia...
Hiburan Terinspirasi Dengan Anak Norman Hakim Bangga Berjaya Khatam Al Quran Pada Tahun 2020

Hiburan Terinspirasi Dengan Anak Norman Hakim Bangga Berjaya Khatam Al Quran Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 384 hits
Pelakon Norman Hakim baru baru ini telah berkongsikan berita gembira di mana dia khabarnya telah berjaya khatam naskah suci Al Quran pertama kali untuk tahun ini menerusi akaun Instagramnnya Meskipun tahun ini hanya sekali dia berjaya khata...
Hiburan Penutup Tahun 2020 Yang Indah Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al Quran Untuk Kali Ke 3

Hiburan Penutup Tahun 2020 Yang Indah Ammar Alfian Dedah Telah Khatam Al Quran Untuk Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 460 hits
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi melibatkan hal rumah tangga dan sebagainya pelakon bertubuh tegap Ammar Alfian mendedahkan bahawa dia ingin menutup tahun 2020 dengan perkara yang indah dan bermanfaat Terus memberi inspirasi buat pemi...
Muat Naik Gambar Dakap Al Quran Ammar Alfian Syukur Berjaya Khatam Kali Ketiga

Muat Naik Gambar Dakap Al Quran Ammar Alfian Syukur Berjaya Khatam Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 246 hits
Sudah pasti di penghujung tahun ini ramai yang mulai mengingati kembali azam azam yang pernah diucapkan pada awal tahun kelmarin Persoalan sama ada sudah tercapai ataupun belum azam tersebut sudah tentu dipertanyakan kembali kepada diri sen...
Hebat Nur Madeena Baru 5 Tahun 4 Kali Khatam Al Quran Ni Tip Dikongsikan Ibunya

Hebat Nur Madeena Baru 5 Tahun 4 Kali Khatam Al Quran Ni Tip Dikongsikan Ibunya

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 327 hits
Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak anak yang baik soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati Anak anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu ...
Teringat Nora Khatam Al Quran Masa Ramadan Haritu

Teringat Nora Khatam Al Quran Masa Ramadan Haritu

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 166 hits
Sejak beberapa lalu perkongsian di Instagram Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu dilihat tiak lokek untuk berkongsikan fgambar gambar percutiannya bersama rakan rakan di Langkawi Namun ramai yang kurang senang dengan pen...
Instagram Tiktok Adalah Pesaing Yang Paling Menggerunkan Pernah Ditemui

Instagram Tiktok Adalah Pesaing Yang Paling Menggerunkan Pernah Ditemui

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 199 hits
TikTok sedia mencuri perhatian ramai anak muda membuatkan sejumlah perkhidmatan lain mula meniru beberapa ciri sama seperti yang terdapat pada TikTok Perkara ini sekaligus turut memberikan tekanan kepada pihak Instagram Terbaru dalam temura...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram