Sudahlah Ceroboh Secara Haram Berani Mengugut Kerajaan


Berapa banyak lagi tanah kerajaan harus dikorbankan
KAJIAN mesti dilakukan keperluan rumah ibadat mengikut keperluan populasi. Terlalu banyak rumah ibadat haram atau kuil yang didirikan di kawasan yang bukan milik mereka, akhirnya menjadi milik kekal, tidak boleh disentuh dan diusik lagi.
Malah ubah suai dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak berkuasa, sehinggakan menyalahi undang-undang

Struktur bangunan dibina sehingga sampai ke longkang, mencecah jalan. Penipuan juga dibuat atas alasan membina rumah banglo di sebelah rumah ibadat, sebaliknya ada transaksi perniagaan yang berlaku demi mengaut keuntungan

Apakah kita buta tanpa dapat melihat itu semua

Katakanlah yang berada di gua tersebut adalah masjid/surau, notis pengosongan telah diterima daripada pihak berkuasa atas faktor keselamatan atau tanah tersebut milik kerajaan, apakah ketika itu masjid akan dipertahankan atau masjid ini akan dikosong

Jawapan pasti, masjid tersebut akan dikosongkan. Inilah kebaikan dan kemuliaan nilai Islam, sentiasa taat dan patuh kepada undang-undang, meskipun mereka berhak mempertahankannya, atas nama kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan

Ini tidak, sudahlah status tanah bukan milik persendirian tetapi tanah kerajaan, minta dikosongkan, berkeras mempertahankan, sehingga nyawa pihak berkuasa yang tidak bersalah seperti Allahyarham Adib menjadi korban. Sehingga kini, keadilan untuk Allahyarham masih menjadi tanda tanya. Apakah erti semua ini

Saya mahu ingatkan pihak berkuasa, terutama Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya atau apa jua nama diberikan ke atas PBT tersebut, bahawa rumah ibadat kini, tidak lagi menjadi tempat ibadat semata-mata, ia sudah menjadi suatu perniagaan

Mereka menggunakan rumah ibadat untuk membuat keuntungan. Pergilah buat siasatan. Tengok siapa yang tinggal dalam gua tersebut. Ada permit ke tidak

Terbaharu, berkaitan banyak gua di Kinta yang dijadikan kuil secara haram, telah menimbulkan kontroversi apabila Majlis Daerah mengeluarkan notis supaya dikosongkan. Mereka tetap berdegil, atas alasan telah beratus tahun

Inilah alasan basi sekian lama dilakukan. Bila mahu dirobohkan, sudah beratus tahun, mesti dijadikan tapak warisan. Warisan apa yang diperkatakan, sedangkan ia dibina secara haram

Tidak kiralah berapa tahun, haram tetap haram. Lebih-lebih lagi struktur tidak selamat. Suatu hari nanti, jika berlaku matapetaka di gua-gua tersebut, pasti pihak kerajaan pasti akan dipersalahkan. Kerajaan akan dituduh tidak membuat kajian atas struktur gua tersebut. Sedangkan mereka berdegil

Malapetaka ini tidak mustahil berlaku di banyak kawasan gua yang dijadikan kuil/tokong, termasuk di kawasan Batu Caves

Dalam kes ini, apabila notis diberikan, maka ultra kiasu pun sibuk mahu menjadi juara. Sedangkan mereka tahu ia tidak selamat. Masih mahu pertahankan, malah lebih dahsyat lagi mahu diwartakan menjadi tapak warisan negara

Ultra kiasu mendesak supaya notis pengusiran ditarik balik

Untuk makluman, Daerah Kinta mempunyai lebih 14 tokong berdekatan di dalam gua. Ada yang selamat digunakan, ada yang tidak

Bagi yang tidak selamat, ultra kiasu begitu berani mendesak, supaya kerajaan negeri perlu meneliti cara untuk menyediakan sokongan dan bukannya mengusir mereka

Sudahlah ceroboh secara haram, berani mengugut kerajaan

Ada ultra kiasu yang berkata, negara lain seperti China dan India juga mempunyai kuil, “jadi ia boleh dipulihara dengan baik dan selamat menerusi kerja-kerja pembaikan.”
Saya bersetuju dengan pendapat ultra kiasu tersebut, memang wajar dijaga sebab namanya negara China dan India, itu memang negara kuil/tokong

Isunya, ini negara Malaysia, negara Islam. Tidak cukupkah lagi deretan kuil dan tokong yang melimpah ruah banyaknya. Mahu apa lagi

Bukan tidak ada kuil di situ, sudah ada banyak, dibina di tanah kerajaan, kenapa mahu memperkatakan yang satu ini, sedangkan banyak lagi yang ada, didirikan secara haram dan telah disahkan. Berapa banyak kuil diperlukan untuk menampung keperluan penganut yang tidak seberapa

Negara Islam tidak akan membina surau atau masjid secara bersebelahan atau berderetan. Jika sudah ada satu, pasti anak kariah tidak akan meminta untuk didirikan satu lagi bersebelahan atau berderetan

Tetapi berlainan dengan kuil dan tokong, ia boleh didirikan berderetan, berpuluh berderetan sekali gus seperti mana yang berlaku di Sentul, Kinta dan tempat-tempat lain

Kita perlu ada garis panduan. Jika tidak, negara ini akan terkenal dengan negara kuil/tokong, bukannya negara majoriti Islam

Kita tidak menafikan hak bukan Islam, itu sudah sememangnya ada, tetapi berpada-padalah dalam sebuah negara Islam

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/sudahlah-ceroboh-secara-haram-berani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tak Berani Angkat Muka Depan Dong Zong

Kerajaan Tak Berani Angkat Muka Depan Dong Zong

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 341 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Perpaduan kaum takkan berlaku dengan adanya vernakular BANGI Meskipun kerajaan bersilih ganti namun masih tidak ada yang berani tampil dalam memastikan negara yang puluhan tahun merdeka ini mencapai perpaduan n...
Polemik Sprm Abim Mahu Janji Tranformasi Mou Ph Kerajaan Persekutuan Dilaksana

Polemik Sprm Abim Mahu Janji Tranformasi Mou Ph Kerajaan Persekutuan Dilaksana

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 146 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia menyeru agar kerajaan BN PN segera melaksanakan agenda tranformasi sebagaimana yang dipersetujui dalam memorandum kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan tahun lalu Hal itu menurut Presiden AB...
Untuk Apa Dilantik Penasihat Khas Kerajaan Bn Pn Ada Duta Khas

Untuk Apa Dilantik Penasihat Khas Kerajaan Bn Pn Ada Duta Khas

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 257 hits
Tindakan Menteri Luar Kerajaan BN PN Datuk Saiffudin Abdullah melantik Penasihat Khas dalam hal ehwal Asia Timur dan hal kebajikan antarabangsa mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean...
Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

Wartawan Tua Minta Kerajaan Pahang Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 300 hits
BENTONG Aktivis alam sekitar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad a k a Wartawan Tua yang menjalankan misi mencari punca sebenar becana tsunami balak melanda Kampung Sri Telemong disini baru baru ini mendakwa b...
Rentasan 1046 Panas Tsunami Balak Sentap Kerajaan Dikecam Kini Pe

Rentasan 1046 Panas Tsunami Balak Sentap Kerajaan Dikecam Kini Pe

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 227 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10461 BENCANA DARI HUTAN BALAK BUKAN PUNCANYA 2 BENCANA BANJIR DI MELAKA 3 PECAT MENTERI BUKAN ATLET 4 PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN SEDANG BUAT APA
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey