Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya
Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya
Aku selalu didatangi oleh kawan-kawan yang selalu mengadu dia dah usaha macam-macam tapi masih belum berjaya. Selalunya bab kerja la. Pendek kata usaha tentang mencari rezeki dalam kehidupan. Mengadu bukanlah bermaksud mengeluh dan tak bersyukur, cuma mencari jalan keluar untuk baiki lagi kehidupan.
Entah, aku bukan orang arif kalau nak ulas bab usaha dan rezeki ni. Tapi aku percaya, bila Allah dorongkan sesuatu dan terjadi ke atas diri itu adalah takdir dan rezeki yang Allah tetapkan. Bila kawan-kawan datang bertanya dan berbincang, aku yakin itu salah satu jawapan yang Allah beri untuk segala persoalan.
Tipulah kalau kata aku tak pernah tanya soalan yang sama. Terutama bila gagal dapat apa aku nak lepas habis berusaha. Apa lagi yang tak cukup ya? Usaha aku tak cukup baik ke? Aku dah buat sehabis baik kot, tak dapat macam apa aku nak pun. Dan persoalan tu akan berlarutan sampai la aku penat nak fikir. Selalunya diakhiri dengan perasaan sebal dan cuba untuk positif.
5 Sebab Dah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya
Ada beberapa situasi yang aku alami minggu lepas berjaya buka mata aku tentang usaha
#1 Usaha Tapi Masih Belum Cukup
Antara sebab kita gagal dapatkan apa kita mahu adalah masih belum cukup usaha. Kita selalu sangka kita dah buat banyak benda tapi pernahkan kita semak cukup atau tidak syarat nak berjaya. Cara paling senang nak semak adalah minta pasangan atau kawan nilaikan tahap usaha kita.
#2 Usaha Tapi Bukan Rezeki Kita
Selalu aku pujuk hati aku dengan ayat “bukan rezeki aku lagi, mungkin giliran aku selepas ni”. berapa banyak kita berusaha tapi kalau belum masanya maka tetaplah bukan jadi milik kita. Allah menjawab doa hambaNya dalam tiga cara;
Ya ~ Allah memberi apa yang kita Inginkan
Tidak ~ Allah akan memberi sesuatu dengan menggantikan yang lebih baik
Tunggu ~ Allah akan memberi yang terbaik pada waktunya
#3 Usaha Tapi Tak Faham Apa Kita Nak
Antara faktor penting sebelum nak dapatkan sesuatu kena la faham betul-betul apa kita nak capai. Usaha macam orang gila tapi tak tahu arah mana nak tuju. Gagal tetapkan dengan betul apa yang nak dicapai. Kan sia-sia. Sit down dan fikir semula apa nak capai.
#4 Tak cukup ilmu dan Dorongan
Aku pernah dengar ceramah usahawan di Radio Bernama. Antara faktor kegagalan usahawan dalam perniagaan ialah tak cukup ilmu dan dorongan. Tiada mentor atau pun silap pilih mentor. Sama dalam kehidupan juga, cari lah mentor yang baik untuk ditiru.
#5 Usaha Tapi Tak Sepenuh Hati
Usaha tapi tak sepenuh hati terjadi bila kita nak cepat dapat keputusan. Kita tak peduli step by step yang diperlukan. Sesuatu perkara yang dibuat dalam keadaan tergopoh gapah hasilnya pastilah tidak setanding apa yang kita harapkan.
#6 Tak Bersyukur
Soalan paling banyak aku akan tanya diri sendiri adakah aku ni dikategorikan dalam golongan yang tak bersyukur. Orang yang rugi adalah orang yang tidak bersyukur dengan apa adanya dia. tak mahu la tergolongan dalam mereka yang rugi.
Pucuk pangkalnya, sebanyak mana kita meletakan usaha dalam sesuatu yang kita amat inginkan, keizinan itu hanya datang dari Dia yang satu. Adakah kita sebagai hamba ada perasaan marah pada Tuhan yang menciptakan kita? Nauzubillah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Pesan bijak pandai, 7 kali jatuh kena bangun 8 kali. Begitu dan teruskan sahaja jangan putus asa.
Sungguh banyak lagi sebab dan alasan untuk kita terus gali dan cari. Anggap saja kelemahan datang dari kita sendiri. Jangan pernah bersangka dengan takdir Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/12/sudah-usaha-tapi-masih-belum-berjaya.html