15 Tahun Berlalu Masih Ada Saki Baki Mayat Mangsa Tsunami Belum Dikenalpasti
TAKUA PA: Lima belas tahun selepas tragedi tsunami Lautan Hindi yang mengorbankan lebih daripada 230,000 orang pada 26 Disember 2004.
Terdapat sebuah kargo di balai polis di selatan Thailand masih menyimpan saki-baki mayat mangsa yang belum dikenal pasti.
Barang-barangan peribadi seperti dompet, dokumen, elektronik dan banyak lagi yang dibungkus dan dilabel sebagai bukti telah disimpan rapi didalam kargo tersebut.
Menerusi laporan dari reuters, pihak polis berharap suatu hari nanti semua itu akan dapat diketahui pemiliknya.
Seterusnya membolehkan setiap identiti mangsa dapat diketahui di temapat pengebumian. Sekarang hanya menggunakan nombor menanda aras bagi mangsa yang terlibat.
“Masih banyak waris dan saudara-mara mangsa, sama ada jauh dan dekat, berharap untuk menemui orang kesayangan mereka yang hilang,” kata Timbalan Komander Polis daerah Takua Pa, Kolonel Khemmarin Hassini.
Kejadian tsunami itu tercetus daripada gempa bumi berkekuatan 9.1 magnitud yang menyebabkan lebih daripada 230,000 orang maut dan membawa gelombang setinggi 17.4 meter yang menghempas pesisiran pantai puluhan negara
Di Thailand, seramai 5, 000 orang telah dicatatkan maut dan seramai 3,600 orang sudah dikenalpasti identitinya dalam masa dua tahun hasil kepakaran pakar forensik dari 30 buah negara dan unit khas Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) bersama polis.
Kolonel Khemmarin adalah sebahagian daripada pasukan antarabangsa itu, namun menurutnya, banyak saluran komunikasi yang ditutup selepas 15 tahun, selain petunjuk yang semakin lenyap.
“Jika kita bersemangat untuk mengaktifkan semula operasi ini, saya rasa sebahagian daripada 340 mayat yang masih yang tidak bernama itu boleh dikenal pasti,” katanya.
Hin Temna, 76, yang tinggal di perkampungan Ban Nam Khem, pasrah dengan tujuh ahli keluarganya yang terkorban, manakala anak perempuan sulungnya tidak dijumpai sehingga kini. Mereka adalah antara lebih daripada 1,500 orang kampung yang terkorban sewaktu tsunami itu melanda.
“Tidak perlu untuk berharap (untuk menemui anak perempuan saya). Saya tidak rasa begitu,” katanya.
Sumber: Reuters
The post 15 Tahun Berlalu, Masih Ada Saki-Baki Mayat Mangsa Tsunami Belum Dikenalpasti appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/16/15-tahun-berlalu-masih-ada-saki-baki-mayat-mangsa-tsunami-belum-dikenalpasti/