Sudah Lah Mahathir Anda Kini Keseorangan Kerana Orang Benci Kamu


 TAK HALANG??? 🤔




Ada benarnya kisah hang cerita ni, tapi tak semuanya betul PT95 ooi... Mai mana 66 MP tu? Oic....so betul lah apa kami kata dulu..Sekarang, Allah munculkan KEBENARAN. Hang nak 92 sokong 66 tapi tak boleh nak bagi 66 sokong 92? Tu pun hang dan balaci-balaci hang dok kata hang ada majoriti? Majoriti apa ni? This is kepala bana...!!


Yang hang dok tuduh macam-macam..... KUNUNnya...
- DSAI gila-gila nak jadi PM, DSAI liberal, 
- Tidak disokong oleh Melayu, - Tak boleh jadi PM sebab tak ketuai Parti Melayu,
- Tak mampu jadi PM dalam keadaan krisis Ekonomi...


tu BUKAN cuba halang ke namanya? Tu cuba sokong ke?? Kalau hang taknak halang, atleast mulut PUNGKOQ AYAM hang tu tutup la. DSAI boleh kata macam-macam kat hang tapi dia diam. Bukankah diam itu lebih bagus bila hang tak boleh nak berkata sesuatu yang baik pun berkenaan DSAI?


Tak mengaku jugak hang khianat??? Hadoii....Kalau betul hang sokong DSAI, LET IT GO....!!! Apahal kelapaq sangat nak jadi PM BERALASANKAN penyokong hang taknak ikut serta kalau hang tak jadi PM??? Memang TERBAIKLAH bila DSAI tak percaya. Apa barang hang nak jadi PM 6 bulan dalam 6 bulan tu hang nak buat apa? SAILANG DSAI lagi? Eh....kalau 22 bulan hang buktikan TIADA USAHA pun nak beri sokong pada DSAI, takkan kami nak kena percaya lagi 6 bulan? 


Cadangkan pada penyokong tu suruh sokong DSAI. Klau depa taknak takpelah. Maka DSAI tak jadi PM. Belum ada rezeki. Yang hang dok serang DSAI untuk apa? Dok diam-diamlah. Kata DSAI tak cukup sokongan nak jadi PM, tunggu je lah undian B2021 tu atau PRU15. 


Hang khianat dan kata "saya pun tak suka DAP...tak suka Anwar" kami tak lupa woo...so berhentilah SEMBANG KARI MAMAK KUTTY, TEMBERANG BERKATI-KATI KERALA MARI...😁


Manusia jenis apa bila diberikan peluang KEDUA, TETAP KHIANAT?? Sesuai tak lalau kita kata MUNAFIK..!! APANAMA?? TaK HALANG?? Tak halang kepala hangguk..!!


- Zus Din 
21 Novmber 2020
*********************************
APA DIA TULIS BOLEH BACA...JANGAN PERCAYA SEMUA SBB KOT MANA PUN DIA NAK BAGITAHU DIA LAH BETOI, DIA LAH SUCI GITU....


PERDANA MENTERI


1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.


2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.


3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.


4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.


5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.


6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.


7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.


8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.


9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.


10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.


11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.


12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.


13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.


14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.


15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.


16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.


17. Saya hanya dapat 66 ahli.


18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.


19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.


20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.


21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.


22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.


23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.


24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.


25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.


26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.


27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.


28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.


29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.


30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.


31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.


32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.


33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.


34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.
http://chedet.cc/?p=3260


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/sudah-lah-mahathiranda-kini-keseorangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sila Benci Mahathir

Sila Benci Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 178 hits
Kalau kau benci Mahathir jangan suruh orang lain benci sekali Kau nak kecam Mahathir tak payah paksa orang lain kecam sekali Banyak aku nampak statement ini Dari pemimpin utama sampai ke ahli biasa Persoalannya siapa suruh benci dan kecam M...
Mahathir Ingat Kubur Jangan Benci Anwar Hari Ini Penuh Fb Maki Kamu

Mahathir Ingat Kubur Jangan Benci Anwar Hari Ini Penuh Fb Maki Kamu

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 315 hits
NORSHDAH MOHD DAUDSusah jadi orang bernama Madey ni Masa muda sibuk jatuhkan PM sediada sebab mereka semua x layak jadi PM Msia Timbalan timbalan dia pun semua xde yang mampu galas tanggungjawab dia katanya Jibby yang dia naikkan sebagai PM...
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Secara Online Kini Dibuka

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Secara Online Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 551 hits
Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Secara Online Kini Dibuka Syarikat Perumahan Negeri Berhad telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Ra...
Jalan Khusus Untuk Menguji Kereta Swapandu Kini Diperkenalkan Di Cyberjaya

Jalan Khusus Untuk Menguji Kereta Swapandu Kini Diperkenalkan Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 227 hits
Perkembangan teknologi kini telah membawa kepada perkembangan kenderaan swapandu sekaligus memastikan jalan raya lebih selamat berbanding kebiasaan Selari dengannya kini Kementerian Pengangkutan dibawah National Regulatory Sandbox telah mem...
Microsoft Windows Kini Berusia 35 Tahun

Microsoft Windows Kini Berusia 35 Tahun

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 189 hits
Windows kini telah menjadi salah satu sistem operasi yang popular digunakan ramai untuk kegunaan harian selain turut digunakan sejumlah mesin termasuk mesin ATM Sistem operasi ini telah diperkenalkan melalui Windows 1 0 pada 20 November 198...
Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 248 hits
NORMAN RADZUAN MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd PH Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR Mari kita lihat bagaimana ia berlaku 1 Seperti dibica...
Anda Kini Boleh Menggunakan Tema Bts Pada Facebook Messenger Dan Instagram

Anda Kini Boleh Menggunakan Tema Bts Pada Facebook Messenger Dan Instagram

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 241 hits
Facebook Messenger dan Instagram kini menyokong penghantaran mesej rentas platform Bulan lepas aplikasi Facebook Messenger turut diberi nafas baru dari segi rekaan fungsi dan ciri Terkini Facebook memperkenalkan tiga lagi perkara baru untuk...
Umno Serang Umno Kini Umno Tak Serang Dap Kenapa

Umno Serang Umno Kini Umno Tak Serang Dap Kenapa

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 275 hits
Islam mengajar kita untuk bersyukur Sekiranya kita makan hanya sekali sehari kita kena bersyukur sebab ramai yang tak makan langsung Tetapi ramai orang Umno tak pandai bersyukur Pada bulan Mei 2018 Umno telah hilang kuasa sebab sikap bongka...
Pasir Gudang Kini Diisytihar Majlis Bandaraya

Pasir Gudang Kini Diisytihar Majlis Bandaraya

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 181 hits
YDP MPPG tukar gelaran kepada Datuk Bandar MBPG Sumber foto daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar BANGI Majlis Perbandaran Pasir Gudang kini diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Pengisytiharan itu diperkenankan oleh Sultan Johor S...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura