Sudah Hujung Tahun Jangan Lupa Tunaikan Zakat Harta





MASYARAKAT Islam kini berada pada penghujung tahun 2021. Sudah sampai masanya ibadah zakat diberi perhatian terutamanya bagi individu yang menjadikan bulan Disember sebagai tempoh penuh dalam pengiraan zakat mereka.
Menyoroti Rukun Islam keempat itu, zakat dikelaskan kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan oleh semua masyarakat Islam sebelum 1 Syawal setiap tahun.
Bagi zakat harta pula, ia diwajibkan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Antara lain adalah cukup haul (tahun), sempurna milik, cukup nisab (melepasi paras minimum) dan harta yang disifatkan al-nama (berkembang).
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis zakat harta. Ia termasuklah hasil perniagaan, pertanian dan ternakan, harta ma’adin (galian), harta rikaz (temuan atau karun), emas, perak serta mata wang, hasil pendapatan, wang simpanan, hasil pelaburan dan saham.
Berdasarkan historiografi, pensyariatan zakat sangat unik berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain. Ini kerana kewajiban tersebut telah menggabungkan dua tanggungjawab iaitu terhadap ALLAH SWT dan juga manusia.
Justeru, maqasid (objektif) dan hikmah zakat terbahagi kepada dua iaitu mendekatkan diri kepada ALLAH SWT berdasarkan ibadah mahdah (semata-mata) yang bersifat pengabdian.
Satu lagi ibadah yang termasuk dalam kategori sedekah wajib itu bermatlamat untuk memenuhi kehendak fakir dan miskin yang lebih dikenali sebagai ibadah maliyah (harta).
Hikmah pensyariatan
Sesungguhnya, perintah melaksanakan zakat terselit pelbagai maqasid dan hikmah bagi memastikan maslahah dipelihara dan mafsadah (kerosakan) dicegah daripada menimpa kehidupan manusia.
Antaranya seperti berikut:
i. Membentuk kepatuhan dan ketaatan manusia kepada ALLAH SWT.
Imam al-Ghazali berpandangan, objektif utama pensyariatan zakat adalah untuk membuktikan sepenuhnya kepatuhan, ketaatan, pengabdian diri dan keimanan kepada ALLAH SWT.
Masakan tidak, segala harta adalah hak milik mutlak ILAHI, manakala manusia hanyalah sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir harta di sekeliling dengan sebaiknya.
Sebagai bukti menzahirkan tanggungjawab tersebut, maka setiap insan diuji dengan kewajipan berzakat iaitu dengan mengeluarkan kadar tertentu daripada harta yang dikurniakan kepada mereka.
ii. Manifestasi kesyukuran seorang hamba.
Begitu besar imbalan bagi mereka yang berbuat demikian sehinggakan ALLAH SWT berjanji untuk menyuburkan harta dan menambah nikmat bagi orang yang bersyukur.
Firman ALLAH SWT: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya AKU akan tambahi nikmat-KU kepada kamu…” (Surah Ibrahim, ayat 7)

iii. Menghapus dan membersihkan diri seseorang daripada dosa.
ALLAH SWT berfirman: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya ENGKAU membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)…” (Surah at-Taubah, ayat 103)

Seterusnya, terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menegaskan bahawa perbuatan mengeluarkan harta bertujuan untuk pembersihan daripada dosa.
Baginda SAW bersabda: “Sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
iv. Memupuk jiwa menjadi pemurah, melatih diri menunaikan amanah dan menyampaikan hak orang lain.
Secara tidak langsung, ibadah zakat dapat menghiasi akhlak dengan sifat dermawan dan pemurah, selain membuang sifat kikir dan kedekut kerana fitrah manusia sangat sayangkan harta benda.
v. Mewujudkan kesatuan masyarakat dan jaminan sosial.
Amalan zakat menjadi medium yang berperanan secara langsung kepada asas jaminan sosial. Harta yang terkumpul akan disalurkan untuk tujuan kebajikan dan keredaan ALLAH SWT sebagaimana yang terangkum dalam konsep jaminan sosial.
Ia adalah satu bentuk perkongsian menerusi kaedah mengambil harta daripada golongan kaya dan berada untuk diberikan kepada kelompok miskin, melarat serta melata termasuk mereka yang memerlukan.
Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam.
vi. Mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kehidupan masyarakat di dalam sesebuah negara.
Perkara itu boleh digambarkan melalui ketiadaan kes jenayah, rompakan dan sebagainya sekiranya golongan yang memerlukan kewangan dibantu dengan wang zakat.
Demikianlah manfaat zakat yang diperincikan dalam Islam agar seluruh umat Islam termotivasi dan cakna untuk melaksanakan kewajiban tersebut.
Sinergi institusi-institusi zakat di Malaysia yang berperanan dan bertanggungjawab dalam menguruskan zakat perlu lebih efektif dengan menjalankan kempen kutipan zakat.
Pada masa sama, bersedia membantu dan memberi khidmat terbaik kepada seluruh masyarakat Islam.
Kredit :
***Dr Azri Bhari ialah Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
SInarIslam
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2021/12/sudah-hujung-tahun-jangan-lupa-tunaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 186 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan UMNO supaya tidak mudah lupa diri dan kembali menjadi angkuh apabila mahu membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan rakan parti komponen kerajaan lain Presiden Bersa...
Tunaikan Zakat Lebih Mudah Dengan Online Perbankan Bank Rakyat Lembaga Zakat Selangor

Tunaikan Zakat Lebih Mudah Dengan Online Perbankan Bank Rakyat Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum w b t Zakat Wajib Bagi Yang Layak Mamayanie yakin ramai yang dah mulakan kehidupan harian seperti biasa dengan norma baru kan Sistem ekonomi The post appeared first on
Sekarang Dah Boleh Tunaikan Zakat Secara Online Di Rhb Bank

Sekarang Dah Boleh Tunaikan Zakat Secara Online Di Rhb Bank

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 290 hits
Korang tahu tak zakat ni sangat penting dan wajib untuk kita sebagai orang muslim Sebelum ni aku pernah ceritakan panjang lebar di entry yang lepas Tapi kali ni aku nak kongsikan dekat korang bagaimana fungsi Lembaga Zakat Selangor dapat me...
Hiburan Akhiri Zaman Solo Di Usia 60 Tahun Mak Wan Latah Sempat Tunaikan Umrah Sebelum Tiba Hari Bahagia

Hiburan Akhiri Zaman Solo Di Usia 60 Tahun Mak Wan Latah Sempat Tunaikan Umrah Sebelum Tiba Hari Bahagia

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 474 hits
Pelakon veteran khabarnya akan menamatkan zaman solo apabila dia akan mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2022 di usia 60 tahun Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud dia bersyukur kerana diberikan kesihatan ya...
Dea Ananda Hamil Anak Pertama Usai 12 Tahun Penantian

Dea Ananda Hamil Anak Pertama Usai 12 Tahun Penantian

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 233 hits
Dea dan Ariel Nidji ceritakan perjuangan agar bisa hamil keduanya ternyata sempat alami masalah reproduksi
7 Best Forex Broker Untuk Pemula Di Tahun 2021

7 Best Forex Broker Untuk Pemula Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 231 hits
The best forex broker untuk pemula menawarkan tiga keuntungan utama Yang pertama dan paling penting adalah bahwa itu adalah merek teregulasi dan tepercaya yang menawarkan platform berbasis web yang mudah digunakan Kedua mereka menawarkan be...
Akhir Desember Pemkot Solo Mulai Vaksinasi Anak Usia 6 11 Tahun

Akhir Desember Pemkot Solo Mulai Vaksinasi Anak Usia 6 11 Tahun

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 222 hits
Kendati masih menunggu kiriman vaksin putra sulung Presiden Jokowi itu memastikan jadwal penyuntikan dosis pertama tetap dilaksanakan akhir bulan ini
Tulus 1000 Tahun Lamanya Chord

Tulus 1000 Tahun Lamanya Chord

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 555 hits
C Am Dm GC Am Dm G C A7 Bila kau sanggup untuk Dmmelupakan dia G Biarkan aku hadir Cdan menata A7 Ruang hati yang Dm Gt lah tertutup lama C A7 Jika kau masih ragu Dmtuk menerima G CBiarkan hati kecilmu bicara A7 Kar na kutahu Dm Gkan datang...
Survei Indopol Kepuasan Terhadap 2 Tahun Kinerja Jokowi Ma Ruf Amin Capai 60 50

Survei Indopol Kepuasan Terhadap 2 Tahun Kinerja Jokowi Ma Ruf Amin Capai 60 50

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 216 hits
Tingkat kepuasan publik terhadap kinerja Jokowi Ma ruf Amin tergambar dalam survei dilakukan Indopol Survey adn Consultant periode 19 27 November 2021
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy