Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 30, 2025 12:15 PM
Isu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilapannya

Menggesa semua pihak menghormati proses berkaitan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu, Malaysian Corruption Watch (MCW) berkata Najib harus diberikan peluang sama seperti orang lain.

“Walaupun kita berpegang teguh kepada usaha memerangi rasuah, kita juga mesti patuh dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Raja, seperti yang termaktub dalam perlembagaan kita,” kata Presiden MCW, Jais Abdul Karim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sumbangan besar Najib selaku bekas perdana menteri juga tidak boleh dinafikan.

Jais berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan masyarakat sivil berhubung pengurangan hukuman terhadap Najib.

Semalam, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) mengecam kemungkinan Najib menjalani baki hukumannya di rumah, dengan menyifatkannya sebagai “kelonggaran yang tidak wajar”.

Pertubuhan itu juga mengkritik kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat kurang komited dalam melaksanakan reformasi dan menunjukkan simpati terhadap mereka yang terlibat dalam kes rasuah, yang disifatkan sebagai membimbangkan.
Kumpulan terbabit juga menegur Anwar kerana mempertahankan keputusan untuk meberi pengampunan terhadap Najib, dengan mengatakan perdana menteri tidak sepatutnya menunjukkan simpati terhadap jenayah sebesar itu.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Najib untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum bagi membenarkan Najib menjalani tahanan rumah.

Titah itu merupakan tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib kepada hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM50 juta.

Najib dihukum penjara setelah disabit bersalah atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang dilanda skandal.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/najib-layak-dapat-peluang-seperti-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Najib Menderita Seperti Saya

Jangan Najib Menderita Seperti Saya

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR JAN 21 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kembali masa dia dipenjara untuk mempertahankan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah dalam kes RM4...
Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 288 hits
bharian com myOleh Januari 30 2025 7 14pmTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Razak BAGAN DATUK Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebag...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 277 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Amalan Biasa Bagi Peguam Negara Beri Taklimat Kepada Pm Kata Najib

Amalan Biasa Bagi Peguam Negara Beri Taklimat Kepada Pm Kata Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comBICARA 1MDB l Najib Razak dalam keterangannya hari ini memaklumkan bahawa adalah amalan biasa bagi peguam negara untuk memberi taklimat kepada perdana menterimengenai kes berkepentingan awam Bekas perdana menteri itu memberi...
Lain Kali Apa Pun Maafkan Saja Kata Brahim

Lain Kali Apa Pun Maafkan Saja Kata Brahim

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 210 hits
Aman MohamadMaksud Timbalan Presiden PAS kalau ada orang yang hina Islam dan minta maaf maafkan sahajalah mereka faham tak walaun
Nak Melingkup Bagi Ke Dia Sembang Semua Nak Buat Tu Pun Jangan Walau Kata Mb Kami Sempoi Kah

Nak Melingkup Bagi Ke Dia Sembang Semua Nak Buat Tu Pun Jangan Walau Kata Mb Kami Sempoi Kah

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 264 hits
Nak kuasa macam macam tapi ada kuasa pun nak buat apa Sanusi ni pun tak boleh uruskan Ni nak jaga beras pulak Aje Sanusi ni Nafsu besar kudrat kecil Otak lagi la Kerajaan pusat dah usaha macam macam Sarawak pun bakal jadi negara Tanam padi ...
Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 290 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata tarif elektrik perlu dinaikkan pada separuh kedua tahun ini Anwar mengakui langkah itu akan menyukarkan atau merugikan namun menyatakan kerajaan bersedia mendengar pandangan lain Keputusan itu ...
Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Sepasang Telekung Siti Khadijah

Barca Gah Di Puncak Liga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera

Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang