Subang Dipakai Anak Tersangkut Pada Jaring Kipas Cuping Telinga Terkoyak


Sebenarnya pemakaian aksesori seperti gelang, gelang kaki, rantai atau subang pada anak-anak ni tak digalakkan terutamanya yang masih kecil dan belum tahu apa-apa lagi. Memang nampak cantik tetapi risau keselamatan anak jika berlaku perkara diluar jangkaan.
Malah sebelum ini dah pernah ada beberapa artikel yang dikongsikan untuk peringatan ibu bapa yang ingin memakaikan barang kemas pada anak atau pun aksesori agar sentiasa berhati-hati.

Seperti kisah adik Delisha Diana yang telinganya terkoyak akibat subang yang melekat pada kipas boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Sama-samalah beringat
Menurut ibu adik Delisha, Puan Dewi Diana Samsudin, apa yang berlaku ini langsung tak terfikir sama sekali. Namun syukur alhamdulillah walaupun kecederaan agak teruk,  semuanya dipermudahkan. Pengalaman ini benar-benar buat kami serik!
Subang yang dipakai Delisha pada hari kejadian Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan Delisha Diana. Maaf jika perkongsian ini nampak salah saya tapi tujuan saya berkongsi adalah untuk peringatan bersama.
Kipas yang menyebabkan subang anak tersangkut pada jaringnya Kenapa dipakaikan subang untuk anak? Ramai yang tanya kan. Sebenarnya sebagai ibu, tak terlintas pun nak berlaku perkara yang diluar jangkaan.
Dari mula-mula bertindik dekat klinik dan dipakaikan pelbagai jenis subang memang saya selalu perhatikan. Maklumlah dia masih kecil. Jika nampak macam tak kena, saya akan bertindak cepat menukar subang yang lebih selamat.
Kita tak akan terfikir bila benda ni akan terjadi, kalau saya tahu, saya tak pakaikan. Dan saya tak akan suka-suka nak sakitkan anak. Siapa yang tak sayang anak kan?
Tersangkut subang pada jaring kipas 
Apa yang berlaku, dia berdiri pegang kipas (kipas tak hidup, kipas bawah), nak capai apa tak tahu belakang kipas, dia terduduk dan menangis (rupanya subang tu dah tersangkut pada jaring kipas. Suami tak sempat nak pegang kepala dia. Dia dah panik masa tu (terus dia rentap telinga dia dekat kipas tu) dan menangis.

Cuping telinga terkoyak
Waktu kejadian saya di dapur terus ambil dia. Sbb dia dekat bilik dengan ayah dia (selalu tak ada apa berlaku, bila kata nak jadi, jadilah kejadian itu). Kalau boleh putar masa, saya tak adalah nak biarkan. Saya ambil dia, seba dia menangis tak berhenti. Tengok-tengok cuping telinga dia dah terkoyak. Darah mengalir je.

Terus bawa pergi klinik (sampai klinik doktor tak boleh jahit sebab Delisha bawah umur 2 tahun). Terus rujuk hospital. Sampai hospital (kecemasan), terus masuk dalam, tunggu lagi (Delisha dah tak menangis sebab luka tu dah kebas, dah tak rasa apa).
Doktor dah tengok lukanya (pihak kecemasan tak boleh buat sebab koyaknya besar kena rujuk pakar telinga. Dapat appoiment dengan pakar jam 2 petang.  Jam 2 petang, saya masuk seorang sebab suami tak boleh masuk. Ketika masuk jumpa doktor, doktor tengok besar lukanya.

Doktor jahit tempat luka
Doktor cakap boleh buat (kita bagi ubat tidur) dan dia orang cakap nak gam je. Saya cakap bagi jahit (sebab Delisha sekarang aktif, bila-bila dia boleh tarik telinga dia tu. Doktor ambil keputusan untuk lakukan pembedahan dan biuskan satu badan.
Hampir satu jam Delisha dalam bilik pembedahan, alhamdulillah semuanya selamat. Selepas Delisha sedar dia tak nangis cuma minta air kerana kehausan.
Disebabkan kes Delisha ini, doktor pakar hampir-hampir nak hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bahagian kanak-kanak Malaysia sebab mereka ingat kes Delisha ini adalah penderaan.
Pihak hospital masih lagi keliru dan berkali-kali cakap tak logik macam mana boleh tersangkut dijaring kipas dengan kesan koyakan yang besar itu. Bila saya terangkan semula apa yang berlaku dan tunjuk cara Delisha kena masa itu, barulah semuanya faham.
Jahitan yang telah dibuka dan beransur pulih Jahitan telinga dah dibuka
Alhamdulillah juga selepas hampir seminggu kejadian ini berlaku, doktor telah memeriksa semua telinga Delisha dan berpuas hati dengan keadaannya. Doktor juga bersetuju membuka jahitan tersebut.

Moga perkongsian saya ini dapat dijadikan peringatan buat ibu bapa lain. Benda nak jadi sekejap sangat dan tanpa kita sangka pun. Jika rasa membahayakan anak, sama-sama lah kita elakkannya.
Kredit: Dewi Diana Samsudin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Subang Dipakai Anak Tersangkut Pada Jaring Kipas, Cuping Telinga Terkoyak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/subang-dipakai-anak-tersangkut-pada-jaring-kipas-cuping-telinga-terkoyak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Cantik Ni La Makannya Cuping Telinga Anak Dibelah Gara Gara Subang Jenis Skru

Nak Anak Cantik Ni La Makannya Cuping Telinga Anak Dibelah Gara Gara Subang Jenis Skru

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 366 hits
Oleh Cuping telinga terbenam dek kerana subang jenis skru yang dihiaskan pada anak Eyra Shira berkongsi pengalaman ngeri di laman sosial miliknya Jelas Eyra disebabkan subang yang dikenakan pada telinga anaknya sering hilang dia mengambil k...
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 420 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Doktor Terpaksa Belah Gara Gara Subang Paku Ibu Trauma Tengok Anak Sakit

Doktor Terpaksa Belah Gara Gara Subang Paku Ibu Trauma Tengok Anak Sakit

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 396 hits
Bila terjadi sesuatu perkara pada anak pasti ramai yang akan menunding silapnya pada ibu bapa Tapi kita kena juga fikir ibu bapa mana nak anaknya menanggung sakit Cuma jika sesuatu kejadian itu nak berlaku kadang ia diluar jangkaan Begitu j...
Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 394 hits
Makan macam macam tapi berat anak susah naik Sebenarnya anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik Secara asasnya adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan ...
Pesanan Penting Buat Anak Untuk Mak Ayah

Pesanan Penting Buat Anak Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 480 hits
Bila makayah dah meninggal dunia Nanti jangan lupa bersedekah utk makayah setiap hari Sebab dulu makayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang Jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak ayah setiap malam Nanti ada juga peneman mak ayah di k...
Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 255 hits
39 total views 23 views today KLUANG Seorang ibu tunggal berniaga dalam talian dan tujuh orang anaknya mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah dengan berkongsi satu satunya telefon pintar milik keluarga itu Umi Naza Osman 36 berkata ...
Taktik Pakai Tudung Menjadi Anak Takut Nak Masuk Dekat Kacau Ayah Buat Kerja

Taktik Pakai Tudung Menjadi Anak Takut Nak Masuk Dekat Kacau Ayah Buat Kerja

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 316 hits
Cabaran bila bekerja di rumah dan ada anak kecil ia agak sukar sedikit kerana anak tak faham perjalanan tugasan yang sepatutnya dibuat Lagi satu bila anak lihat ibu atau ayahnya dirumah bermakna mereka menganggap ada peluang untuk bermain b...
Dory Dan Anak Anak Di Serang Kuasa Ghaib

Dory Dan Anak Anak Di Serang Kuasa Ghaib

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 312 hits
Dory Dan Anak anak Di Serang Kuasa GhaibPermulaan kisah ini berlaku pada tahun 1974 tentang seorang ibu tunggal bernama Doris Bither yang tinggal di Culver City California bersama empat orang anaknya
Pelajar Pintar Jadi Anak Angkat Rosol

Pelajar Pintar Jadi Anak Angkat Rosol

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID ROSOL Wahid menjadikan pelajar pintar Muhammad Mu az Zhofri Mohamad Yong sebagai anak angkatnya semasa lawatan di Kampung Losong Haji Mat Shafie di Kuala Terengganu hari ini UTUSAN PUQTRA HAIRRY ROSLIKUALA TERENGGANU ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid