Pelajar Pintar Jadi Anak Angkat Rosol


Oleh ROSALINDA MD. SAID ROSOL Wahid (kanan) menjadikan pelajar pintar, Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong sebagai anak angkatnya semasa lawatan di Kampung Losong Haji Mat Shafie di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLIKUALA TERENGGANU: Kesempitan hidup pelajar pintar yang bakal menyambung pengajian ke Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat perhatian ramai termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.
Rosol yang bersimpati dengan nasib menimpa Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong, 13, dari Kampung Losong Haji Mat Shafie di sini turut berhasrat menjadikan remaja itu sebagai anak angkatnya.
Katanya, sebagai alumni Kolej Islam Klang (KIK) bersama bapa pelajar pintar itu, Mohamad Yong Awang, 61, dia tidak mahu melihat ahli keluarga rakan seniornya tercicir dalam pelajaran.
“Saya secara peribadi mengambil keputusan untuk menjadikan Muhammad Mu’az Zhofri sebagai anak angkat kerana kemiskinan yang dihadapi keluarga ini di samping potensinya yang kita nampak boleh pergi jauh.
“Jadi kita akan memantau perkembangan pendidikannya dari semasa ke semasa dan memastikan dia dapat belajar setinggi yang boleh,” katanya selepas melawat keluarga itu hari ini.
Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan keresahan keluarga Muhammad Mu’az Zhofri yang kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajian pelajar itu ke KGI selepas lulus ujian kelayakan yang dikategorikan pintar oleh institusi tersebut.
Bagaimanapun laluan bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Nilam di Kuala Terengganu itu untuk menyambung pengajian ke institusi berprestij tersebut cerah kerana ramai pihak yang sudi menghulurkan sumbangan di samping memperoleh bantuan Tabung Kebajikan Murid KGI.
Dalam pada itu, Mohamad Yong terharu dengan keprihatinan Rosol yang juga merupakan alumni sekolahnya di samping pihak-pihak lain yang mengambil cakna keperluan persekolahan Muhammad Mu’az Zhofri.
“Kalangan alumni KIK tidak mahu melihat ‘adik-beradik’ mereka ditimpa kesusahan, terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Rosol dan sehingga kini tidak putus bantuan dihulurkan orang ramai ,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pelajar-pintar-jadi-anak-angkat-rosol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 490 hits
Google Family Link adalah aplikasi terbaik untuk parental control pantau anak anak menggunakan telefon pintar yang ibu bapa kena download Sejak perlaksanaan PdPR ni anak anak lebih kerap menggunakan telefon Jadi macamana kita nak pantau dan...
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 300 hits
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan HP Atalia Kamil Angkat BicaraKetua Tim Penggerak PKK Jawa Barat Atalia Praratya Kamil prihatin dengan kasus anak anak yang kecanduan ponsel dan gamePasalnya seiring berjalan...
Wanita Larang Jenazah Anak Didera Diurus Keluarga Angkat

Wanita Larang Jenazah Anak Didera Diurus Keluarga Angkat

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 396 hits
Ibu angkat Norlida Abu Hassan 50 menunjukkan gambar mangsa ketika ditemui di Batu Berendam Melaka semalam Foto BernamaMELAKA 31 Jan Keluarga angkat kanak kanak lelaki yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jay
Tanggapi Penangkapan Sang Anak Atas Kasus Yang Sama Rhoma Irama Papa Angkat Tangan

Tanggapi Penangkapan Sang Anak Atas Kasus Yang Sama Rhoma Irama Papa Angkat Tangan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 256 hits
Menangis meminta maaf karena mengulangi kesalahan yang sama Rhoma meminta Ridho mengatasi masalahnya sendiri
Ada Kelebihan Dari Segi Faktor Kewangan Proses Ambil Anak Angkat Jadi Lebih Mudah

Ada Kelebihan Dari Segi Faktor Kewangan Proses Ambil Anak Angkat Jadi Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 367 hits
Siapa tengok The Sherry Show ahad baru ni K fiezz jarang tengok Tengok topik juga lah apa yang akan dibincangkan Kalau menarik k fiezz tengok Tapi tengok juga kalau macam sekarang ni ada penggiliran kerja Kalau kebetulan Isnin giliran k fie...
Ini Cara Terbaik Mengawal Telefon Pintar Android Milik Anak Sepanjang Pkp

Ini Cara Terbaik Mengawal Telefon Pintar Android Milik Anak Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 300 hits
Sejak PKP 2 0 berkuat kuasa dan PdPR menggantikan waktu sekolah kami menerima banyak mesej dari ibu bapa yang risau anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa menghadap peranti Dalam kes serius ada yang pasrah anak yang mengakses kandunga...
Hiburan Hanya Serah Soal Jodoh Pada Takdir Hafiz Hamidun Tak Terfikir Nak Kahwin Walaupun Ada Anak Angkat

Hiburan Hanya Serah Soal Jodoh Pada Takdir Hafiz Hamidun Tak Terfikir Nak Kahwin Walaupun Ada Anak Angkat

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 484 hits
Penyanyi Hafiz Hamidun yang ditemui media baru baru ini mengakui bahawa dirinya tidak terlintas untuk berumah tangga sekali lagi meskipun sudah mempunyai seorang anak angkat bernama Hamdee sejak hampir setahun yang lalu Sumber Instagram Haf...
Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 709 hits
Hari ini warganet dikejutkan dengan satu perkhabaran gembira daripada penerbit terkenal Sheila Rusly yang telah memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram memaparkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih ...
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisu Di Hadapan Pembantaian Wartawan Gaza

Amalkan Budaya Pelajar Cemerlang Dalam Menjalani Kehidupan Dan Urusan Mencari Rezeki

Resepi White Macadamia Cake

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian