Suasana Sebelum Matahari Terbit Sebelah Barat
Suasana sebelum terbit matahari. Saya akan ceritakan tanda besar kiamat yang pertama. Suasananya begini tuan-tuan sekalian, sebelum terbit matahari di sebelah barat, matahari akan menghilangkan dirinya selama 3 hari. Ini juga ada satu hadis yang sahih. Kata Rasulullah, apabila kalian bangun pada pagi itu, macam biasa kita solat subuh masih gelap. Selalunya jam tujuh sudah cerah. Tetapi pada hari itu kita akan melihat, jam tujuh, lapan pagi, sembilan pagi, suasananya begini. Yang macam tuan-tuan ni. Kita pun tengok ish... ni start jam sembilan. Jadi kita pun tengok ke langit oh mungkin nak hujan kut.
Masa berlalu pukul sepuluh, pukul sebelas kita tengok, masih gelap. Ini bukan hujan ni. Tidak ada awan yang gelap, tidak ini bukan hujan. Maka ketika itu kita kata boleh jadi ini adalah tanda yang disebut oleh Rasulullah. Boleh jadi. Kita pun tunggu lagi. Selepas pukul satu suasana masih gelap. Tok Bilal datang masjid apa semua, ish nak azankah tidak ni? Bukan sekarang sudah masuk waktu tapi masih gelap. Azan. Wahai Bilal yang belajar ilmu hadis tentang kiamat, azan seperti biasa. solat macam biasa, walaupun gelap, manusia ketika itu sudahpun berkumpul di banyak tempat. Masing-masing tanya. Ini apa yang berlaku ini?
Masing-masing menunggu berita daripada TV dan sebagainya. Maka kita akan tengok dalam berita sebagainya, fenomena alam yang tiada huraian. Sekarang ini. sudah tunjukkan banyak fenomena alam yang tidak boleh dirungkai oleh sains dan ilmu. Kemudian tuan-tuan kita pun akan tengok manusia sudah mula berbincang di masjid, orang dah mula riuh. Kita tunggu esok. Keesokan harinya, malam itu semua tidur. Keesokan harinya semua bangun.
Hari kedua bila kita bangun. semua pakat tengok jam tujuh jam lapan suasana gelap seperti ini. Ketika itu yakinlah kita dengan hadis nabi sallallahu alaihi wassalam. Bahawasanya dalam masa sehari ataupun dua matahari akan terbit. Apabila hari kedua. kita pun tengok masih gelap sampai jam sepuluh, sampai jam sebelas. Gelapnya adalah seperti gelap malam yang matahari tidak keluar. Gelap itu sama ada dua atau tiga hari. Bukan tiga hari confirm. Dua atau sebab ada dua pendapat. Ada dua hadis tuan-tuan.
Kita pun bangun pada yang ke empat. kalau kita ambil pendapat hadis yang mengatakan bahawa tiga hari gelap itu kita pun bangun pada hari yang keempat seluruh manusia bangkit pada ketika itu dan melihat matahari itu terbit daripada sebelah barat. Apabila matahari terbit di sebelah barat, orang ramai akan menjerit itu dia, matahari tentang terbit di sebelah barat.
Kata Rasulullah semua beriman ketika itu. Seluruh penduduk bumi ketika itu beriman. Baru mereka yakin inilah kuasa Allah. Dan ketika itu iman tidak lagi boleh diguna pakai. Kerana apabila terbit matahari di sebelah barat. Itu bermaksud Allah telah pun menutup pintu taubat selama-lamanya. Kesemua orang berlari, ke kanan ke kiri, suasana. tidak terkawal. Ada yang balik ke rumah menyarungkan tudungnya. Baru menutup aurat. Ada yang berlari ke masjid? Terus mengambil wuduk dan terus solat. Tetapi solat itu tidak boleh dipakai lagi. Yang bertaubat baru nak tutup aurat. Ketika itu tutup auratnya tidak diterima.
Kata Rasulullah ada yang sedang memerah susu kambing ataupun lembunya. Dia meninggalkan perahan itu serta merta. Ada yang sedang meletakkan butter pada binaannya meninggalkan tetap mata itu serta-merta. Ada yang ketika itu sedang berjuang beli dan ketika itu juga. duit dan barang kata nabi. Inilah juga contoh. Mereka balik ke rumah. Mengambil emas masing-masing. Mencari orang-orang miskin. Ketika itu berlari ke rumah orang miskin. Lalu diletakkan di depan rumah orang miskin. Diketuk pintu mak cik, mak cik ambillah. Semua emas ni saya sedekah fi sabilillah.
Mak cik itu kata. alangkah baiknya kalau sedekah ini semalam kamu berikan kepada saya, ia masih bermanfaat. Tuan-tuan, beramallah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://detikislam.blogspot.com/2022/02/suasana-sebelum-matahari-terbit-sebelah.html