Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan


Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan| Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Selamat Hari Raya. Masih lagi mood raya ni nak menulis blog pun malas dah setelah lama bercuti sejak rumah sedang baik pulih aritu. Tambahan pulak ada tragedi berlaku sebelum raya iaitu laptop suami Cik Ash terjatuh akibatnya screen ada rosak sedikit masih boleh guna tapi tak  nak lawa la nampak bintik-bintik hitam.   
Sebenarnya sebelum ni Cik Ash berbelah bagi nak balik kelantan raya baru ni sebab difikirkan rumah yang belum siap sepenuhnya lagi, suruh suami paksa tokey suruh orang pasang pintu cepat-cepat. korang nak tahu 3 hari nak raya baru diaorg pasang semua  Itu pun masih ada lagi yang belum siap pasang dapur masak belum pasang lagi.
Lagi pulak raya puasa kali ni Cik Ash kena balik juga sebab adik bongsu Cik Ash nak kahwin pada hari raya kedua aritu. Last dah majlis besar-besaran ni, dah tak ada dah majlis kahwin dah. Tu kena balik memeriahkan majlis adik. Alhamdulilah pada hari raya kedua aritu selesai sudah majlis adik dengan pasangannya. Nanti gambar adik Cik Ash buat entri lain.. hihihi.
Kami bertolak balik kelantan pada 4 Jun 2019 dalam jam 11 pagi, bertolak lewat sikit sebab nak bagi suami rehat dulu bagi dia tidur sejam dua ke untuk mengelakkan dia mengantuk. Alhamdulilah kami sampai di kelantan pada jam 5 petang. Sempat la berbuka puasa dengan aboh,ma,athirah dan kak poh family. Kami berbuka makan sup tulang, ayam goreng dan ayam tempayan Cik Ash beli. Untuk kuih muih pulak sempat rasa segala jenis kuih muih kelantan yang manis hahaha... sedappp nikmat rasa dapat makan kuih muih kelantan. 
Hari raya pertama aboh order roti jala 3 kg dan gulai kakak Cik Ash yang buat pada malam tu untuk cicah esoknya. Ma ada juga order nasi dagang lauk ikan tongkol. Aduhhh menu yang lama dah tak makan dan teringin nak makan. Makan tak ingat hahaha, Selepas beraya dekat rumah Cik Ash dan suami pergi beraya rumah pak muda (pak saudara suami). Dekat rumah dia dijamu dengan nasi gulai daging dengan mee goreng. Lepas belah malam pulak kami pergi beraya pulak rumah mak saudara suami (mokcik) kami dijamu dengan nasi dagang juga.. Ya Allah lama sungguh tak makan nasi dagang akhirnya dapat makan puashati sungguh.. hihihi..

Kami kenyang makan beransur-ansur balik hantar mok dekat rumah pak muda semula, lepas tu kami suami isteri balik rumah tidur dekat rumah ma, suami Cik Ash balik rumah terus baring sampai tertidur kepenatan la tu sebab tak cukup rehat, manakala Cik Ash ada agenda buat kerja rebus telur nak letak dekat bunga telur. Gosok baju yang mana nak pakai esok, siap kakak Cik Ash suruh tampal belian atas tudung dia, cabaran lama dah tak mengosok benda alah tu mujur menjadi kakak Cik Ash kata lawa pandai la tampal. 

Siap semua kerja lebih kurang pukul 2.00 pagi Cik Ash tidur, pukul 5 dah bangun suami kejut, awal la suami bangun sebab dia tidur awal, kita ni yang mengantuk tak cukup tidur. Sambil tunggu suami solat subuh tu sempat lagi lelap mata jap hahaha, kebetulan waktu tu ABC hihihi. Suami siap mandi sembayang Cik Ash pulak cepat-cepat pergi mandi, nak kejar masa bilik mandi pagi sibuk semua nak mandi sebab akad adik bongsu Cik Ash pada jam 9.00 di masjid Al-Salam pengkalan chepa, wahhh untungnya Adik Cik Ash dapat bernikah di masjid besar tu, masa zaman Cik Ash dulu di masjid panchor tu, dengar adik Cik Ash bagitaw masjid tu dalam proses pembaikpulih. 

Untung adik Cik Ash semasa majlis akad nikah hanya dia seorang pasangan pengantin. Tak ada sampai pening tok iman hahaha...Majlis pernikahan selesai kami pun balik kerumah untuk bersedia seisi bersanding pulak. Memang sibuk la aritu kalut sangat mana tertamu yang datang yang sempat Cik Ash tegur ada yang tidak. Gagahkan diri juga jadi orang kuat majlis adik lagi pulak adik yang last kahwin kan hihihi.. lepas ni Cik Ash nak rehatkan diri dah sibuk jadi orang kuat kenduri nak goyang kaki dan bergambar hahaha...

Keesokan hari Cik Ash duk mengemas barang-barang nak balik kedah, ambik segala makanan dekat rumah nak bawa balik kedah, pulut kuning, gulai daging kenduri, doorgift,kerepek ubi pedas dan plastik pakaian kotor. Kami suami isteri sarapan dulu alas perut sebelum bertolak makan lauk lebih kenduri kemalrin juga. Dalam pukul 10 lebih kami pun siap simpan barang dalam kereta lepas tu pergi ambil mok dekat rumah pak muda, lepas tu kami singgah rumah mokcik. Dalam jam 11 lebih baru kami bertolak balik. Perjalanan balik kedah kali memang memcabar sangat 12 jam kami berada di jalan raya. 11.30 malam baru sampai kedah punyanya lama akibat jam di jalan raya. Raya tahun ni pecah rekod kami sampai malam. Selalunya awal jer dari kelantan ke kedah dalam 5-6 jam jer kami dah sampai. Memang penat sungguh balik kedah kali ni..

Ok la korang Cik Ash nak berhenti menulis dulu panjang sangat bercerita pasal raya hahaha, lama sangat bercuti dari menulis blog gara-gara sibuk dengan urusan rumah dan jaga ibu mentua sakit masa bulan puasa aritu. Jumpa lagi nanti entri lain ya. Maaf terlebih mengarang entri kali ni jemput la baca hahaha... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikash.com/2019/06/suasana-hari-raya-aidilfitri-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Journal Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Di Kampung

Journal Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Di Kampung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 509 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1440 bersamaan raya ke 6 Ada antara kita yang sudah bekerja tetapi saya masih lagi bercuti memandangkan cuti sekolah belum berakhir Khabarnya jalan jem melampau semal...
The Alley Tawar Diskaun 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Hari Ini

The Alley Tawar Diskaun 50 Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 545 hits
Ini berita baik buat anda penggemar minuman The Alley anda kini boleh dapatkan minuman tersebut dengan harga promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri The Alley tawar diskaun 50 untuk minuman kedua Promosi ini sah ditebus di semua cawangan The A...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kisahsidairy Com

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kisahsidairy Com

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 391 hits
Selamat Hari Raya AidilFitri dari Kisahsidairy com Pengumuman raya dah pun dibuat Takbir raya dah berkemundang Seronok bila berada di kampung kan Malam The post appeared first on
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim Seronoknya

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 Keluarga Panjang Taharim Seronoknya

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 471 hits
Setiap keluarga pasti ada salasilah kehidupan yang terdahulu Tak terkecuali aku yang mempunyai salasilah keturunan yang kini telah berkembang besar Jadi untuk mengekalkan ikatan silaturrahim keluarga besar ini satu Majlis Hari Raya Aidilfit...
Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2019 1440h

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2019 1440h

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 632 hits
Pengumuman Hari Raya AidilFitri 2019 1440H Umi pasti ramai yang menanti pengumuman tentang raya ni kan Walaupun sibuk dengan persiapan hari The post appeared first on
Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Irdk 2016

Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Irdk 2016

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 444 hits
majlis perjumpaan hari raya IRDKtarikh 29 julai 2016 masa 3 petanglokasi Lundangpakaian bebasbayaran Percumajemputan Semua dijemputobjektif mengeratkan talisilaturahim sesama kitaapowered by iRdK radio CBoX page website i fb info fb santai
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 503 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 931 hits
Wishing all Muslim visitors and followers of Turbineman s log a bless Ramadan
25 Baju Raya Sedondon Artis Selebriti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

25 Baju Raya Sedondon Artis Selebriti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 2424 hits
Bila tibanya raya ramai mengenakan busana baru berbaju kurung atau baju melayu Tidak kurangnya para selebriti yang menjadi tumpuan tiap kali raya baju raya warna apakah yang digayakan tahun ini Antara artis artis yang dah belanja baju raya ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp