Suaram Pertikai Angka Kematian Dalam Tahanan Kdn


 

FMT Reporters -September 21, 2021 Pengarah Eksekutif SUARAM Sevan Doraisamy berkata, berdasarkan pemantauan, sekurang-kurangnya tujuh kematian berlaku dalam tahanan polis sehingga Ogos termasuk satu kes yang identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mempertikaikan angka kematian dalam tahanan yang dilaporkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kerana didakwa “mengelirukan”.
Ia susulan jawapan lisan menteri itu kepada pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pada 15 Sept di Parlimen yang berkata, terdapat enam kematian dalam lokap polis direkodkan bagi tahun ini sehingga Ogos.
Menurutnya, dari segi komposisi kaum, seramai dua orang berbangsa Melayu di Perak dan Johor, dua berbangsa Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, satu berbangsa India di Melaka dan satu melibatkan warga asing di Sabah.
Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya, sekurang-kurangnya tujuh kematian berlaku dalam tahanan polis sehingga Ogos termasuk satu kes yang identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.
“Ia membabitkan empat berbangsa Melayu, dua berbangsa India dan satu kes yang tidak dapat dikenal pasti identiti mangsa. Namun adalah membingungkan kami tentang bagaimana pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan jumlah kematian di dalam tahanan.

“Jumlah yang diberikan KDN tidak melibatkan beberapa kematian yang jelas merupakan kematian dalam tahanan pihak polis,” katanya yang merujuk kematian Sivabalan Subramaniam dan Umar Faruq yang tidak dimasukkan dalam laporan kematian dalam tahanan.

Sementara itu, beliau turut mempertikaikan definisi kematian dalam tahanan yang digunakan oleh KDN.
“Mengapa kematian Sivabalan yang jelas meninggal dunia kurang satu jam selepas penahanannya di IPD Gombak serta Umar yang meninggal di dalam IPD Klang Selatan tidak dianggap sebagai kematian dalam tahanan?
“Adakah ini kerana pihak KDN menganggap kematian di dalam tahanan adalah sebagai kematian yang hanya berlaku di dalam lokap polis? Sekiranya ya, ia jelas bertentangan dengan definisi kematian dalam tahanan oleh pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan.
Pihaknya turut menggesa KDN supaya menggunakan piawaian antarabangsa untuk mendefinisikan kematian dalam tahanan.
“Ini amat jelas apabila ada kes kematian mengikut definisi itu tidak direkodkan.
“Ia bukan hanya satu tafsiran yang amat dangkal tetapi sebagai taktik untuk menunjukkan kematian dalam tahanan semakin berkurang sedangkan ada kematian tidak direkodkan kerana tidak berlaku dalam lokap polis,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/suaram-pertikai-angka-kematian-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angka Kematian Harian Tinggi Berpunca Daripada Backlog Kata Khairy

Angka Kematian Harian Tinggi Berpunca Daripada Backlog Kata Khairy

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 240 hits
Menteri Kesihatan berkata penambahbaikan akan dibuat bagi proses mengumpul data supaya kematian yang diumumkan mengikut tarikh kematian Petugas kesihatan dan anggota pengurusan jenazah memakai PPE lengkap untuk mengebumikan jenazah Gambar B...
Khairy Jelaskan Kenapa Angka Kematian Harian Tinggi

Khairy Jelaskan Kenapa Angka Kematian Harian Tinggi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 239 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kes kematian tinggi akibat Covid 19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan backlog atau tertunggak dalam pengumpulan data Bercakap di s...
Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 440 hits
Jumlah kematian sebenar dari 592 yang dilaporkan semalam adalah 100 sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data Bilangan kematian 592 itu adalah bilangan pelaporan yang termasuk backlog Bilangan kematian mengikut tarikh sebenar iala...
Berhenti Berbohong Dan Memanipulasi Angka Kematian Covid 19 Berhenti Tutup Kegagalan Vaksinasi

Berhenti Berbohong Dan Memanipulasi Angka Kematian Covid 19 Berhenti Tutup Kegagalan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 210 hits
September 23 2021 1 Pada awal bulan Sept Khairy selaku Menteri KKM kata Angka kematian akan melandai dalam tempoh seminggu KJ berikan alasan berlaku Backlog data kematian lama Jadi aku sengaja menunggu hampir 2 Minggu untuk melihat trend pe...
Sabah Rekodkan 324 Kematian Covid Hanya Dalam Seminggu

Sabah Rekodkan 324 Kematian Covid Hanya Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 252 hits
Foto fail menunjukkan pekerja kesihatan bersiap untuk dikebumikan Foto Bernama Sandakan Catat Kematian Tertinggi Akibat COVID 19 Di Sabah KOTA KINABALU Sabah mencatatkan lebih daripada 300 kematian Covid 19 dalam jangka masa lebih dari 1 mi...
Jawa Timur Sumbang Kasus Kematian Covid 19 Tertinggi 11 September 2021

Jawa Timur Sumbang Kasus Kematian Covid 19 Tertinggi 11 September 2021

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 261 hits
Daerah dengan kasus kematian harian tertinggi berikutnya adalah Jawa Tengah dengan angka kematian sebesar 31 kasus Aceh 25 kasus serta DKI Jakarta 20 kasus
Kemas Kini Jumlah Kes Aktif Mulai Turun Kematian Meningkat 13 Jam Lalu

Kemas Kini Jumlah Kes Aktif Mulai Turun Kematian Meningkat 13 Jam Lalu

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 252 hits
AGENDA DAILY Data 7 September 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 311 pesakit Covid 19 di seluruh negara meninggal dunia meningkat berbanding 272 kes kematian yang dilaporkan sema...
Polri Pastikan Penganiayaan Tahanan Di Rutan Tak Terulang Lagi

Polri Pastikan Penganiayaan Tahanan Di Rutan Tak Terulang Lagi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 195 hits
Menurut Rusdi ketika seseorang telah jadi tahanan Polri hak hak tahanan harus dijaga seperti layanan kesehatan termasuk hak mendapatkan keamanan
Wakil Ketua Lpsk Minta Sel Muhammad Kece Harus Dipisah Dari Tahanan Lain

Wakil Ketua Lpsk Minta Sel Muhammad Kece Harus Dipisah Dari Tahanan Lain

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 263 hits
Kace mengalami penganiayaan di Rutan Bareskrim Polri Edwin berpandangan bahwa pemisahan sel Kace dari tahanan lain dapat mencegah terulangnya aksi penganiayaan terhadap tersangka penistaan agama tersebut
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Steven Sim Sahut Cabaran Lebai Kelaqah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Berlumba Lumbalah Dalam Melakukan Hal Hal Kebaikan