Kemas Kini Jumlah Kes Aktif Mulai Turun Kematian Meningkat 13 Jam Lalu


AGENDA DAILY
Data 7 September 2021.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 311 pesakit Covid-19 di seluruh negara meninggal dunia, meningkat berbanding 272 kes kematian yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu turut membabitkan 41 warganegara asing, menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu kepada 18,802 kes.
Daripada jumlah kematian terbaharu itu, 93 pesakit, termasuk 25 warganegara asing, meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID).
Mengikut data KKM, tujuh negeri merekodkan peningkatan kes kematian membabitkan Sabah sebanyak 45 kes; Kedah (43 kes); Pulau Pinang (34 kes); Perak (20 kes); Kelantan (14 kes); Terengganu (12 kes); dan Melaka (10 kes).
Beliau berkata dalam tempoh sama 18,902 pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,609,930 kes sembuh, berbanding 1,880,734 kes positif yang dicatatkan setakat ini.
Sehingga hari ini seramai 977 pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 447 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah pesakit yang dirawat di ICU dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan, tetapi disyaki dijangkiti Covid-19 serta masih di dalam siasatan adalah sebanyak 629 kes.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 252,002 kes Covid-19 masih aktif – jumlah yang semakin berkurangan berbanding 252,668 kes yang direkodkan semalam.
Data 7 September 2021.
Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat sedikit kepada 18,547 kes, berbanding tempoh sama semalam sebanyak 17,352 kes. Jumlah ini termasuk 2,276 warganegara asing.
“Daripada 18,547 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 308 kes atau 1.66 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 18,239 kes (98.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya.
Menurutnya secara keseluruhan sehingga 7 September 2021, daripada 1,880,734 kes positif Covid-19, 1,721,274 kes atau 91.5 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.
“Jumlah itu membabitkan 1,441,205 kes atau 76.6 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 peratus) adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi; dan hanya 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan 39 kluster baharu membabitkan 1,358 kes, dilaporkan dalam tempoh 24 jam itu menjadikan keseluruhannya 4,960 kluster dengan 3,495 telah ditamatkan dan 1,465 lagi masih aktif.
Beliau berkata daripada jumlah kluster baharu itu 23 membabitkan tempat kerja dengan 897 kes; Komuniti (13 kluster, 430 kes); dan masing-masing satu kluster pusat tahanan (9 kes); kumpulan berisiko tinggi (12 kes); dan pendidikan (10 kes).
Menurutnya, Johor merekodkan sembilan kluster; masing-masing lima kluster di Sarawak dan Pahang; masing-masing empat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; Kedah (tiga); Melaka (dua); dan masing-masing satu di Perak, Kuala Lumpur, dan Terengganu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kemas-kini-jumlah-kes-aktif-mulai-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Rekod 55 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

Sabah Rekod 55 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 241 hits
Terkini Sabah catat 55 rekod kematian jangkitan Covid 19 1 Kluster tempat kerja dicatatkan di Sandakan Hari ini Jumlah itu merangkumi 20 wanita 19 bukan warganegara 29 kes kematian dan 37 pesakit komorbiditi KOTA KINABALU Sebanyak 55 kes ke...
46 Kes Kematian Akibat Covid 19 Hari Ini Tertinggi Di Tawau Kk Sandakan

46 Kes Kematian Akibat Covid 19 Hari Ini Tertinggi Di Tawau Kk Sandakan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 203 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 46 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 11 kes di Tawau 10 kes di Kota Kinabalu sembilan kes di Sandakan dan tiga kes masing masing di Tuaran dan...
15 Kes Kematian Di Sabah Hari Ini

15 Kes Kematian Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 294 hits
Gambar Hiasan Foto Facebook Abam Botak KOTA KINABALU Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu empat kes di Penampang manakala Lahad Datu Tawau Beaufort Beluran Tenom dan Tuaran masing masing mencatat...
Hiburan Saya Tak Akan Keluar Rumah Selagi Kes Tak Turun Harap Semua Ambil Vaksin Fizz Fairuz

Hiburan Saya Tak Akan Keluar Rumah Selagi Kes Tak Turun Harap Semua Ambil Vaksin Fizz Fairuz

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 163 hits
Sedia maklum kes COVID 19 masih lagi dalam angka yang membimbangkan dan atas sebab itu pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga dan paranoid untuk keluar rumah melainkan mempunyai urusan penting ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut...
Potret Lawas Bamsoet Mulai Karier Jadi Wartawan Kini Ketua Mpr Ri

Potret Lawas Bamsoet Mulai Karier Jadi Wartawan Kini Ketua Mpr Ri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 128 hits
Sebelum menjadi Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat RI Bambang Soesatyo atau Bamsoet rupanya sempat melewati beragam perjalanan dan pengalaman karier yang berliku Siapa sangka jika salah satu profesi yang pernah ditekuni oleh orang nomor s...
Kes Baharu Turun Bawah 19 000

Kes Baharu Turun Bawah 19 000

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 107 hits
AGENDA DAILY Data 1 September 2021 Jumlah jangkitan baharu Covid 19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah paras 19 000 namun kes di enam negeri menunjukkan peningkatan Ketua Pengarah Kesihatan Tan...
Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN MASIDI MANJUNKOTA KINABALU Sabah hari in mencatatkan 41 kes kematian iaitu paling banyak direkodkan sejak pandemik Covid 19 melanda negara Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kematia...
Usahawan Didakwa Sebabkan Kecederaan Kini Berdepan Pertuduhan Kes Bunuh

Usahawan Didakwa Sebabkan Kecederaan Kini Berdepan Pertuduhan Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 171 hits
MALAYSIA NOW Tiada pengakuan bersalah direkodkan Ahmad Noor Azhar Muhammad 33 selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus Ahmad Noor Azhar Muhammad di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini Dia didakwa ...
Tahanan Di Depot Imigresen Punca Kes Meningkat Mendadak Di Kota Kinabalu

Tahanan Di Depot Imigresen Punca Kes Meningkat Mendadak Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 264 hits
GAMBAR hiasan Kes meningkat kepada 449 Kota Kinabalu Pengesanan kes Covid 19 dalam kalangan tahanan Depot Imigresen Kota Kinabalu menjadi penyumbang daerah Kota Kinabalu mencatatkan kenaikan jumlah kes paling tinggi di Sabah hari ini Juruca...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil