Suami Tidak Marah Ke Jadi Penulis Upahan Ghost Writer


   Suami tidak marah ke jadi Penulis Upahan/ Ghost Writer |  Bila ada job menulis sebagai penulis upahan, ada pula gangguan. Ini bukan keluhan atau rungutan ya.  Biasa nya gangguan daripada Yusuf yang berumur hampir 2 tahun. Aku faham, budak besar tu perlukan perhatian lebih dari mak nya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, memang tidak di nafikan lagi. Semakin menjadi, dan bila aku bercakap bertentang mata kami. Yusuf seperti faham apa yang aku sampaikan. Aku dah kenyangkan perut, mandikan serta tidurkannya sebelum aku memasuki ke ruang bilik menulis ku. 
 
 




    Sebagai penulis upahan, aku tidak boleh terus hanyut dengan masalah. Benda boleh settle kan? jadinya, aku bangun pagi seawal mungkin untuk elakkan gangguan daripada anak bongsuku itu. Pagi tu dalam lingkungan jam 3.30 pagi. Aku tidak terus menghadap laptop sebaik sahaja bangun. Pernah di sebutkan dalam ayat al-quran surah al-Qashash ayat 77:
 
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
  Carilah pahala negeri akhirat dengan harta kekayaan yang di kurniakan Allah kepada kita, sebab kehidupan ini hanya sementara dan kehidupan akhirat itu yang kekal abadi. 


    Lantas aku mengerjakan solat sunat untuk ketenangan jiwa dan banyak meminta kepada allah. Masya-allah tabarakallah. Selepas solat dan mengaji Al-Quran, baru lah aku On kan Wifi serta membuka laptop. Kerja-kerja menulis sebagai penulis upahan, aku mulakan setelah selesai berjumpa dengan allah. Masa ini, baru lah terasa begitu banyak idea-idea kreatif muncul satu persatu. Segala idea yang muncul di mindaku, terus ku catat dalam buku nota secepat mungkin.Manakala, kerja rumah pula ku siapkan pada pagi hari sampai ke malam.



    Sebagai penulis upahan, dalam masa  sama merupakan suri rumah tangga sepenuh masa perlu bijak membahagikan masa. Jika tidak, kerja entah kemana serta tidak boleh fokus sepenuhnya. Aku sebagai penulis upahan, setahun menceburi dalam bidang ini baru lah dapat rentak yang betul. Iaitu aku menulis 2 kali sehari. Waktu sebelum subuh dan petang selepas zohor. Ini jika jadual kerja aku padat. Aku susun begini.




Suami Tidak Marah ke jadi Penulis Upahan?

    Pernah di tanya oleh prospek. "Suami tidak marah ke kerja macam ni?" Masya allah, tabarakallah. Suami menyokong 100% minatku dari kerja blogger lagi. Cuma sekarang, aku utamakan kerja sebagai penulis upahan. Sebab salah satunya, aku suka menulis untuk client. Suka sangat! kadang kala duduk sahaja, dapat idea untuk client. Jadi, mengapa tidak aku jualkan terus idea tersebut.
 
    Dan, mungkin suami ku juga berbisnes. Jadinya, faham dengan aktiviti bisnes bagaimana. Kepercayaan itu yang penting sebenarnya. Lagi pun, aku bekerja untuk membantu mak abah dan keluarga kecilku. Aku tidak suka duduk di rumah tanpa mempunyai pendapatan. 



Bahkan, jika ada client perlukan perjumpaan bersama. Suamiku temankan, dengan membawa anak-anak sekali. Ya allah, sesungguhnya semua client memahami. Bawa anak-anak, tetapi mereka pergi bersiar-siar dengan suami selepas menghantar ku dalam setiap perjumpaan. Apa pun, sebelum melakukan sesuatu pastikan dapat reda suami terlebih dahulu. Jika tidak, sukar dalam urusan mencari rezeki.
 
Jaga Iktilat sebagai Penulis Upahan 
    Nampak macam mudah. Tetapi sebenarnya agak berat jika berurusan dengan client berlawanan jantina. Bagi ku, sangat mudah jika diizinkan. Pokok pakalnya, ia bermula dengan niat. Jika niat kita betul, demi mencari rezeki. Allah pasti mudahkan jalanku.
 
    Berbalik kepada menjaga ikhtilat, aku memang akan sediakan satu group bersama client bagi perbincangan.  Dalam tu juga ada sang isteri client. Jadinya, tiada lah isu yang akan timbul di belakang hari. Biasanya jika melibatkan proses kerja yang panjang seperti menulis manuskrip dan content writer. 
 
Masya allah, tabarakallah. Ini lah pekerjaan yang paling dekat dengan jiwa aku sebagai seorang suri rumah. Last aku bekerja pada tahun 2012 di bengkel kereta sebagai kerani sparepart, menguruskan bill, mencatat kerosakan kereta dan pelbagai lagi berkaitan masalah kereta. Dan, tahun 2013 sehingga 2018 berbisnes dengan tiada hala tuju akhirnya sia-sia. Tahun 2019 kembali bangkit dengan menjadi penulis blog dan seterusnya menyambung menulis sebagai penulis upahan.


    Bila reda dalam sesuatu perkara, allah pasti buka jalan rezeki kepada umatnya. Benar janji allah! hanya cepat atau lambat sahaja sebenarnya. Oh ya, berbalik kepada tajuk  Suami tidak marah ke jadi penulis upahan atau Ghost Writer. Untuk berikan kepercayaan kepada suami, sebagai seorang isteri mestilah buat bersungguh-sungguh. Dari sisi lain ialah tanpa bantuan modal, terutamanya dari sini suami akan mula percaya penuh kepada kita. Kelas-kelas berbayar semua menggunakan modal sendiri termasuk membeli laptop iaitu alatan utama sebagai penulis upahan.


    Jika ada yang bertanya, mengapa tidak belikan tab untuk jimatkan kos? buat pengetahuan korang, sebagai penulis upahan adalah tidak wajar memiliki tab bagi menyiapkan kerja-kerja menulis client. Begitu juga dengan ruangan menulis. Jika anda menulis di meja makan. Serius kah korang menulis? seakan tidak professional. Bahkan kelihatan korang tidak serius dalam bidang penulisan. Dari sini, korang akan di nilai untuk berikan korang job atau sebaliknya. Mungkin risau korang adalah scammer. Siapa tahu?



    Akhir sekali, menjadi penulis upahan ada proses nya. Tidak mudah dan tidak juga sukar. Apa pun, perlu dapatkan reda sang suami untuk bekerja walau pun dari rumah sahaja. Dan, jangan lupa, hasil menulis tadi kongsikan bersama keluarga. Jangan sesekali kedekut untuk di belanjakan kepada mereka yang berhak.













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2021/12/suami-tidak-marah-jadi-penulis-upahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias

3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 327 hits
3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 256 hits
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Tinggalkan dua anak masih kecil Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi...
Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Buat Tuntutan Cer4i Terhadap Suami

Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Buat Tuntutan Cer4i Terhadap Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 173 hits
Kisah pergolakan rumahtangga Siti Saleha dengan pasangan bukan rahsia lagi apabila pelakon itu memfailkan tuntutan cer4i terhadap suaminya Oktober lalu Azmi Mohd Rais peguam yang mewakili Siti Saleha memaklumkan antara punca pelakon tersebu...
Wanita Koma Dibelasah Suami Selamat Lahirkan Bayi Ini Foto Anak Kepada Wanita Tersebut

Wanita Koma Dibelasah Suami Selamat Lahirkan Bayi Ini Foto Anak Kepada Wanita Tersebut

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 390 hits
Selepas tiga hari dilahirkan foto anak sulung kepada mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin dikongsi oleh adiknya Fazariah Nordin di laman Facebook hari ini Menerusi satu posting dimuat naik Fazariah bersyukur atas kehadiran bayi lela...
Terkini Penyanyi Terkenal Datuk Nora Ariffin Seiamat Bergeiar Lsteri Kpd Shabat Baik Arwh Suami

Terkini Penyanyi Terkenal Datuk Nora Ariffin Seiamat Bergeiar Lsteri Kpd Shabat Baik Arwh Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 427 hits
Kuala Lumpur Penyanyi Datuk Nora Ariffin 48 sah bergeIar isteri kepada Rushdi Ramli yang juga sahabat baik kepada Allahyrham suaminya J0han Nawawi dalam satu majlis pernikahan malam tadi
10 Tips Mencari Calon Suami

10 Tips Mencari Calon Suami

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 440 hits
Oh No My mr perfect belum jumpa yang sesuai Umur pun makin meningkat ni sekarang ni la ramai orang booking time untuk kahwin Tapi I tak sedia lagi la Belum jumpa lagi my mr perfect I tak nak laki yang tak ada kerja tetap kerja yang merapu y...
Allah Answered My Prayer Throwback Gambar Kahwin Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami

Allah Answered My Prayer Throwback Gambar Kahwin Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 385 hits
Selepas kembali ke pangkuan suami pelakon Nynaa Harizal telah memuat naik hantaran foto perkahwinan mereka sambil melu4hkan rasa syukur Menerusi ruangan kapsyen Nynaa berkata perasaan gembiranya kini tidak tergambar dengan kata kata apabila...
Hiburan Tak Jadi Cerai Pelakon Nynaa Harizal Kembali Berbaik Bersama Suami

Hiburan Tak Jadi Cerai Pelakon Nynaa Harizal Kembali Berbaik Bersama Suami

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 509 hits
Kisah rumah tangga antara pelakon dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas nampaknya sudah mencapai kata persetujuan apabila keduanya mengambil keputusan untuk berbaik semula seperti biasa 1 minggu laluRela Lepaskan Nynaa Harizal Suami Dakwa A...
Saya Suka Suami Orang Penangan Hellbound Ramai Buat Pengakuan Di Laman New Truth Society

Saya Suka Suami Orang Penangan Hellbound Ramai Buat Pengakuan Di Laman New Truth Society

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 283 hits
Nampaknya hebat betul penangan Hellbound sampaikan laman untuk ajaran pseudo iaitu New Truth Society turut menjadi perhatian ramai Kalau anda perasan watak Song So hyeon turut ada menggunakan laman berkenaan dalam salah satu episod siri Net...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Top Business Growth Strategies

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Kecemasan Bapa Hidap Kanser Usus Amir Raja Lawak Tuntut Stesen Tv Segera Langsai Hutang Rm18 000

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri Watie Tampil Bersuara Anak Saya Semua Jenis Beradab Amp Menghormati

Lelaki Warga Asing Ditahan Kelar Leher Bekas Teman Wanita

Wartawan Cnn Diserang Pendatang Haram Yahudi Di Tebing Barat

Pemikiran Kusut

Pas Leaders Usually Remain Until Death Takiyuddin