Suami Rajin Bantu Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal
Irene Nadia, blogger & instafamous yang dikenali. Pada usia 27 tahun sudah ada 4 anak. Bantuan suami dalam mendidik & menjaga anak membuatkan ibu muda ini tidak kisah ada anak ramai.
Perkahwinannya sebelum ulang tahun kelahiran ke-21, Irene awalnya merancang untuk menangguhkan dulu hasrat memiliki cahaya mata kerana masih bergelar pelajar. Namun selepas bernikah, ada perasaan ingin memiliki anak sendiri. Pelan asal bertukar, dia dan suami, Mohd Amirul ingin segera memiliki anak pertama.
Belajar dengan suami cara jaga anak
“Irene memang suka anak ramai. Suami jenis melayan anak. Budak-budak pun mudah rapat dengan dia. Mak mertua Irene dulu pengasuh. Suami dah terbiasa dengan situasi ramai dikelilingi ramai kanak-kanak. Jadi dia tumpang sekali jaga budak-budak.
“Sampaikan budak-budak yang mak dia mengasuh tu pun memang rapat dengan dia. Kakak ipar pun pelik, macam mana budak-budak boleh rapat dengan dia ni. Mungkin dari situ pun support untuk Irene. Setengah orang kan tak nak anak ramai sebab isteri kena jaga sendiri. Tapi bagi Irene anak ramai bukan Irene seorang yang jaga, suami pun bertanggungjawab menjaga bersama-sama,” kata ibu muda ini.
Jaga pemakanan kekalkan kesuburan
Memiliki 4 anak dengan mudah, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Irene mengekalkan kesuburan.
“Irene dulu pun bersalin secara caesar, tapi tetap amalkan pemakanan sihat. Dengn banyakkan makanan seperti fastfood dan sebagainya, memang susah nak lawan. Irene ambil makanan tambahan untuk dalaman Irene. Even macam masa bersalin tu pun Irene memang jaga daripada pantang untuk make sure luka dalaman betul-betul sembuh.
Bila badan sihat, emosi akan baik
Ibu muda ini tahu setiap kali nak bersalin, dia perlu menjaga anak-anak yang yang lain selain bayi yang baru lahir. Maka dari situ dia bermotivasi untuk kekal cergas & sihat. “Irene tak boleh dalam keadaan beremosi. Apabila badan tidak sihat, kita akan jadi emosi sebab anak kita ramai. Menjaga pemakanna & kesihatan amat penting supaya sentiasa positif. Mungkin dari situ situ juga Irene maintain kesuburan & senang untuk conceive,” kata Irene kepada Pa&Ma.
Suami jaga masa berpantang
Irene juga turut berkongsi rutin berpantang yang diamalkan. “Anak pertama Irene bersalin secara pembedahan caesarean. Ibu mertua yang jaga dan kalau di sebelah utara, berpantang memang betul-betul. Ada semua step seperti bertungku dan berbengkung.
“Bila anak kedua lahir, ibu mertua jaga tetapi sekejap sahaja. Suami yang jaga sehinggalah bersalin anak ketiga. Ketika kelahiran anak keempat, Hud Hydar saya berpantang sendiri kerana ibu mertua tak berapa sihat ketika itu. Ada juga mendapatkan perkhidmatan perawat pantang. Husband pun boleh jadi confinement lady juga,” kata Irene sambil ketawa.
Murahnya rezeki pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata comel dan pintar pada usia yang muda. “Dulu anak pertama lahir caesar & tak sampai 2 tahun pregnant balik. Anak nombor 1 umur 1 tahun 3 bulan Irene hamil lagi. Dan masa anak nombor 2 tak sampai 2 tahun Irene hamil anak nombor 3. Dan anak nombor 3 tak sampai 2 tahun Irene hamil anak keempat, Hud Hydar ini pula. Jadi anak yang seterusnya saya dan suami nak betul-betul rancang,” kata Irene berseloroh.
Anak rapat dengan ayah
Irene tidak menafikan ramai yang bertanya bagaimana anak-anak rapat dengan suaminya. Keprihatinan suaminya mungkin menjadi punca. “Kalau anak menangis, dia yang pergi dulu. Maksudnya anak-anak faham keprihatinan ayah mereka. Kalau anak sakit pun, dia yang berjaga malam yang ambil tugas. Mungkin suami faham Irene menjaga bayi & menyusukan, jadi dia ambil tugas lain termasuk menjaga anak-anak yang lain.
Bagi memgetahui persiapan raya Irene, boleh dapatkan Pa&Ma edisi Jun 2018 yang menampilkan anak keempatnya, Hud Haydar sebagai bayi muka depan.
The post Suami Rajin Bantu, Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai. Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suami-rajin-bantu-irene-nadia-tak-kisah-anak-ramai-jaga-pemakanan-supaya-emosi-terkawal/