Suami Minta Kucing Doakan Saya Mengandung Akhirnya Saya Mengandung


Suami Minta Kucing Doakan Saya Mengandung Akhirnya Saya Mengandung! Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.
Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
“Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.
Heera dan suaminya Shidee memelihara seekor kucing berwarna hitam diberi nama Le Que.
“Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami.
“Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Pelbagai Usaha Telah Cuba
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
“Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.
“Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti,” katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang.
Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing.
“Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
“Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing,” ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
“Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata,” katanya.
Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
“Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul.
“Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
“Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
Buat Ujian Kehamilan
“Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka.
“Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya.
Pada 7 Februari lalu mStar Online ada menyiarkan kisah pemuda berusia 22 tahun iaitu Mihd. Fikri Iman Ridwan yang dua bulan menganggur mendapat tawaran kerja sehari selepas dia memberi makanan kepada beberapa ekor kucing.
Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Sumber: mStar
The post Suami Minta Kucing Doakan Saya Mengandung Akhirnya Saya Mengandung! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/suami-minta-kucing-doakan-saya-mengandung-akhirnya-saya-mengandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tediaa Puas Berusaha Suami Minta Kucing Berdoa Akhirnya Isteri Hamil Anak Pertama

Tediaa Puas Berusaha Suami Minta Kucing Berdoa Akhirnya Isteri Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 534 hits
Heera dan Shidee dikurniakan zuriat selepas memelihara seekor kucing TIDAK dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata Jika minggu lalu kisah seorang p...
Kalau Boleh Biar Sakit Orang Mengandung Suami Tanggung Fizi Ali Tak Sanggup Lihat Shakilla Sakit

Kalau Boleh Biar Sakit Orang Mengandung Suami Tanggung Fizi Ali Tak Sanggup Lihat Shakilla Sakit

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 323 hits
Tatkala isteri mengandung hati suami amat tersentuh Kalau boleh biarlah kesakitan yang dialami dipindahkan kepada suami Fizi Ali tidak sanggup melihat isteri Shakilla Khoriri yang sedang sarat hamil 8 bulan alami kesakitan Foto Shakilla yan...
Abang Doakan Kami Juga Ke Syurga Adik Perempuan Abdul Bari Luah Kata Kata Yang Buat Ramai Rasa Hiba

Abang Doakan Kami Juga Ke Syurga Adik Perempuan Abdul Bari Luah Kata Kata Yang Buat Ramai Rasa Hiba

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 645 hits
Abang doakan kami juga ke syurga bersama abang Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa 29 sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya Allahyarham Abdul Bari Asyraf 31 Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebu...
Abang Doakan Kami Juga Ke Syurga Bersama Abang

Abang Doakan Kami Juga Ke Syurga Bersama Abang

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 350 hits
Abang doakan kami juga ke syurga bersama abang Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa 29 sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya Allahyarham Abdul Bari Asyraf 31 Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebu...
Video Saya Doakan Isteri Diberi Minda Yang Cerdik Tapi Bila Saya Balik Tiba Tiba Dia Berubah Achey

Video Saya Doakan Isteri Diberi Minda Yang Cerdik Tapi Bila Saya Balik Tiba Tiba Dia Berubah Achey

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 589 hits
Siapa tak kenal Achey antara pelawak yang sering menjadi perhatian Selepas kejayaanya bersama di dalam kumpulan Bocey kejayaan demi kejayaan diraih olehnya Bukan sahaja pelawak malah dia turut menjadi peserta super spontan yang mengabungkan...
Doakan Urusan Saya Dipermudahkan Nabila Razali Tunai Umrah Bersama Keluarga

Doakan Urusan Saya Dipermudahkan Nabila Razali Tunai Umrah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 330 hits
Penyanyi wanita yang sedang meningkat naik Nabila Razali telah mengumumkan dirinya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah Pengumuman tersebut dilakukan menerusi muat naik di Instagram pada tengahari tadi Nabila Razali yang baru...
Video Sakit Bahu Saya 3 Kali Kena Hentak Zarina Zainuddin Menangis Lihat Azil Selebriti Netizen Doakan Moga

Video Sakit Bahu Saya 3 Kali Kena Hentak Zarina Zainuddin Menangis Lihat Azil Selebriti Netizen Doakan Moga

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 482 hits
VIDEO Sakit Bahu Saya 3 Kali Kena Hentak Zarina Zainuddin Menangis Lihat Azil Selebriti Netizen Doakan Moga Sebelum ini Zarina Zainuddin pernah berkongsi video anak anaknya yang diketahui ramai bahawa mereka menghidap penyakit Autism Malah ...
Telepon Sby Jokowi Dan Iriana Doakan Ibu Ani Lekas Sehat

Telepon Sby Jokowi Dan Iriana Doakan Ibu Ani Lekas Sehat

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 246 hits
Jokowi mengatakan telah memerintahkan Menteri Sekretaris Negera Pratikno dan tim dokter Kepresidenan untuk membantu pengobatan Ani
Ratusan Pedagang Pasar Gede Tumpengan Doakan Jokowi Jadi Presiden

Ratusan Pedagang Pasar Gede Tumpengan Doakan Jokowi Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 231 hits
Setelah selesai didoakan tumpeng nasi kuning dipotong dan dibagikan kepada pedagang tukang becak kuli gendong serta sejumlah pengunjung lainnya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities