Suami Kejam Dicekup Selepas 38 Hari


 Oleh KOSMO!
SUSPEK (kanan) ditahan polis ketika keluar membeli makanan di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.PETALING JAYA – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selepas disyaki memukul isteri­nya sehingga koma dalam keja­dian di Johor pada 4 Mei lalu terpaksa hidup merempat dengan menumpang rumah kenalan selama 38 hari semata-mata mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.
Bagaimanapun, kelicikan ­suspek berusia 38 itu berakhir jua apabila dia ditahan polis semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Tangkapan ke atas lelaki itu adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.
Sumber berkata, semasa tangkapan dibuat, suspek turut bertindak agresif apabila me­langgar motosikal yang ditunggang anggota polis.
“Berlaku pergelutan di lokasi tersebut, namun tiada anggota yang mengalami kecederaan,” kata sumber kepada Kosmo! di sini semalam.
SUSPEK dipercayai bersembunyi di rumah kenalannya di Kuala Lumpur selama 38 hari.Menurut sumber itu, suspek yang berasal dari Alor Setar dan bekerja sebagai peniaga pakaian di pasar malam dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut dengan menumpang rumah kenalannya sepanjang 38 hari menjadi buruan polis Johor.
Katanya, sebaik ditangkap, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu dijangka dijalankan di IPD berkenaan.

MANGSA mula menunjukkan pemulihan selepas dibawa pulang ke rumahnya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu.Kosmo! pada 17 Mei lalu me­laporkan, seorang isteri yang juga penjawat awam berusia 43 tahun di Johor terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dipercayai dibelasah suaminya pada 4 Mei.
Lebih malang, mangsa yang ketika itu mengandung empat minggu telah dihantar ke HSA oleh rakan suaminya, manakala suspek melarikan diri ke Lembah Klang.
Mangsa yang baru tujuh bulan bernikah dengan suspek menga­lami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.
Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami 
Kejadian berlaku semasa mangsa berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Larkin.
Mangsa bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 1 Jun lalu.
Walaupun masih tidak sedarkan diri, namun keadaan wanita itu dilaporkan stabil.
Susulan kejadian itu, polis te­lah mengedarkan gambar suami mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/suami-kejam-dicekup-selepas-38-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Video Warga Emas Sebak Terduduk Selepas Balik Dari Pusat Kuarantin Baru Dapat Tahu Isteri Dah 3 Hari Meninggal

Tular Video Warga Emas Sebak Terduduk Selepas Balik Dari Pusat Kuarantin Baru Dapat Tahu Isteri Dah 3 Hari Meninggal

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 251 hits
Seorang warga emas kelihatan terduduk dan menangis apabila baru mengetahui berita akan kehilangan orang tersayang dalam hidupnya disebabkan Covid 19 Difahamkan warga emas itu baru saja keluar dari pusat kuarantin akibat Covid 19 dan menerim...
Dipanggil Suami Mithali Lelaki Ini Jadi Idola Selepas Kongsi Rutin Jaga Isteri Berpantang

Dipanggil Suami Mithali Lelaki Ini Jadi Idola Selepas Kongsi Rutin Jaga Isteri Berpantang

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 424 hits
Sudah semestinya di bawah tanggungjawab suami juga apabila isteri berpantang selepas bersalin segala rutin rumah dan penjagaan anak haruslah dibantu Hal ini kerana buka semua isteri dapat berpantang bersama ibu sendiri di kampung bukan Jadi...
Hiburan You Ll Never Walk Alone Sambut Hari Lahir Suami Tersayang Mira Filzah Beri Kejutan Kek Liverpool

Hiburan You Ll Never Walk Alone Sambut Hari Lahir Suami Tersayang Mira Filzah Beri Kejutan Kek Liverpool

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 328 hits
Pelakon disayangi ramai Mira Filzah baru baru ini ada mengadakan majlis sambutan hari lahir secara kecil kecilan buat suaminya Wan Emir Astar yang ke 31 tahun Perkara tersebut turut dikongsikan Mira menerusi sebuah hantaran di laman Instagr...
Pdpr Akan Lanjut Selama 25 Hari Selepas Cuti Penggal 13 Jun Ini

Pdpr Akan Lanjut Selama 25 Hari Selepas Cuti Penggal 13 Jun Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 377 hits
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal penularan wabak virus Covid 19
Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 304 hits
Mengikut interprestasi Ordinan Darurat 2021 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri perlu diadakan 60 hari selepas ordinan itu tamat Setiausaha politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri Syahredzan Johan berkata pada asalnya ordinan itu tidak...
Selamat Hari Suami

Selamat Hari Suami

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 323 hits
Suami itu macam Motorsikal Makin lama makin banyak masalah makin mahal utk di maintain dan makin susah dihidupkannya hahahahahahahaha LAKI LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUATDia membina MASA DEPAN mereka sekeluarga dengan hutang dan me...
Vide0 Tunjuk Beza Suami Sebelum Selepas Kahwin Ramai Terkeejut Melihatnya Ingatkan Bini Dia

Vide0 Tunjuk Beza Suami Sebelum Selepas Kahwin Ramai Terkeejut Melihatnya Ingatkan Bini Dia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 279 hits
Seakan sudah menjadi lumrah suami isteri selalunya pasti akan melalui perubahan yang ketara sebelum dan selepas perkahwinan Cont0hnya para suami yang selalu mengalami kenaikan berat badan selepas berkahwin gara gara masakan isteri Macam yan...
Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 268 hits
Seakan menjadi trend pula di aplikasi TikTok apabila ada segelintir isteri yang memuat naik gambar suami masing masing dengan menggunakan kapsyen before kahwin dan after kahwin sebagai satu bentuk hiburan sesama mereka Walaupun niat asal mu...
Hiburan Gembira Ada Masa Bersama Suami Mira Filzah Jawab Persoalan Populariti Menurun Selepas Berkahwin

Hiburan Gembira Ada Masa Bersama Suami Mira Filzah Jawab Persoalan Populariti Menurun Selepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 346 hits
Selepas bergelar isteri sepertinya Mira Filzah lebih senang meluangkan masanya bersama suami Wan Emir Pun begitu bukan lah sudah tidak aktif namun wanita itu nampaknya telah mengurangkan aktiviti seninya BACA AdvertisementMenyedari mengenai...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord