Suami Kecewa Cuma Dapat 2 Hari Cuti Balik Kerja Nampak Isteri Berpantang Kaku Di Sisi Bayi


Majikan jenis apa ni? Kejam. Isteri 'pergi' lepas 4 hari bersalin 😭 anak pulak nangis tak dapat menyusu 😢 Story lanjut 👇
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Hanya Dapat Cuti Paterniti 2 Hari, Lelaki Terkilan Isteri Meninggal Dunia Dalam Pantang Seorang suami dari Sabah berkongsi kisah memilukan apabila kehilangan isteri tercinta yang meninggal dunia selepas empat hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Exly Jailon menemukan jasad isterinya telah kaku dengan bayi menangis di sisinya sebaik sahaja pulang dari tempat kerja pada 9 Mei lalu.

Kegembiraan seorang bapa, Exly Jailon yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata bertukar menjadi tragedi apabila diuji dengan pemergian isterinya pada 9 Mei lalu, selepas hanya empat hari melahirkan anak mereka.

Kisah sedih tersebut dikongsikan oleh Exly menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Menurut Exly, setibanya di rumah selepas pulang dari kerja, dia mendapati isterinya sudah tidak lagi bernyawa. Bayinya pula yang berada di sisi mendiang sedang menangis kelaparan.

Berdasarkan pemerhatian, difahamkan Exly Jailon hanya diberikan dua hari cuti paterniti iaitu cuti khas bagi golongan suami apabila isteri bersalin berbanding tujuh hari sekiranya di Semenanjung.

Berkerja di sebuah syarikat di Sabah yang baru beroperasi selama enam bulan, Exly hanya diberi cuti paterniti selama dua hari sahaja sebelum disuruh kembali ke tempat kerja.
Sumber: Exly Jailon/ Facebook
Majikannya dilaporkan berkata ‘bagus lagi kalau kau turun kerja’ ketika Exly memohon untuk mengambil cuti paterniti. Dia juga terpaksa menggunakan cuti tahunannya pada 8 Mei untuk membawa isteri dan anaknya ke pemeriksaan kesihatan. Meninggal dunia ketika berpantang Akibat kekangan masa bagi menjaga kedua-dua insan tersayang, lelaki berusia 30 tahun itu terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mei lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Exly memuat naik pelbagai hantaran meluahkan rasa sedih dan terkilan selain turut menceritakan situasi dialami sejak insiden tersebut.



Mengulas lanjut, lelaki berketurunan Dusun itu mendakwa, majikannya seolah-olah tiada sifat empati kerana masih memintanya hadir memenuhi tuntutan kerja sewaktu mendiang isteri bersalin.
“ Kamu boleh bayangkan balik-balik dari kerja, isteri sudah tidak bernyawa. Anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu disamping ibu dia yang sudah berbaring berkeras tidak bernyawa! “Ketika isteri saya bersalin, kamu (majikan) suruh juga datang kerja. Bila isteri saya meninggal baru kamu senang-senang cakap kami turut bersedih dgn pemergian isteri kamu. “Kamu telefon bah. Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima.. saya ni terpaksa kerja bah gara-gara komitmen kerja. Saya balik kerja, isteri sudah tidak bernyawa.” ” Exly Jailon


“ Saya mahu cuti pun dicakap ‘lagi bagus juga kalau dapat datang kerja’. Apa lah tu! kerja mati-mati (bersungguh-sungguh) gaji tidak setimpal. Kamu bayar berapa banyak pun dapat ke kembalikan nyawa isteri saya? “Saya mati-mati kerja… gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah keras (kaku) tidak bernyawa! Kamu fahamkah perasaan saya?” ” Exly Jailon



Itu antara luahan sebak Exly yang membuatkan netizen turut bersimpati atas nasib menimpanya sehingga seorang individu, Harayanie Haraa tampil bersuara meminta pihak bertanggungjawab meneliti semula soal hak asasi pekerja di Sabah.


Harayanie mendakwa, Exly turut diminta supaya tidak menyalahkan pihak syarikat sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.


Hanya Diberi Cuti Tanpa Gaji 13 Hari Sewaktu Tempoh Berkabung Ketika Exly sedang cuti berkabung, syarikat tersebut turut menyuruhnya mengambil cuti tanpa gaji selama 13 hari.
“ Kalau cakap awal-awal boleh cuti tapi tak dapat gaji, saya boleh terima. Tapi sebab komitmen saya kerja betul-betul. Tak pernah curi tulang walaupun buat kerja seorang diri.” ” Exly Jailon

Malah, sebelum ini, Exly juga pernah disuruh bekerja sewaktu cuti umum Good Friday tanpa menerima gaji berganda. Kini, dia berasa tawar hati untuk terus bekerja dengan majikan tersebut.

Melalui perkongsian di laman Facebook, Exly sekarang didapati sedang mengalami anxiety. Katanya dia menangisi pemergian isterinya setiap hari.

Tiada Cuti Paterniti Dalam Ordinan Buruh Sabah Sebagai rekod, setelah pindaan dilakukan pada tahun 2022, Akta Kerja 1955 kini mewajibkan majikan untuk memberikan cuti paterniti selama tujuh hari berbanding hanya tiga hari sebelum itu.

Namun begitu, memandangkan Exly bekerja di Sabah, majikannya tertakluk kepada undang-undang di bawah Ordinan Buruh Sabah. Hasil carian kami mendapati tiada sebarang seksyen di dalam ordinan tersebut yang menyebut tentang hak cuti paterniti oleh bapa.

Harayanie Haraa, rakan kepada Exly, mempersoalkan perbezaan undang-undang cuti paterniti di Sabah dan di Semenanjung di dalam sebuah hantaran Facebook. Dia juga meminta supaya undang-undang berkenaan hak perkerja di Sabah diteliti semula dan dipinda mengikut kesesuaian.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak pekerja telah menghubungi Exly untuk menggunakan kisahnya sebagai kempen. Mereka ingin meminta pindaan dilakukan ke atas Ordinan Buruh Sabah, termasuk cuti paterniti tujuh hari seperti di Semenanjung Malaysia.



SOURCE: Facebook Exly Jailon dan Harayanie Haraa

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/06/suami-kecewa-cuma-dapat-2-hari-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Kerja Lihat Bayi Menangis Kelaparan Di Sisi Jasad Isteri

Balik Kerja Lihat Bayi Menangis Kelaparan Di Sisi Jasad Isteri

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 220 hits
Hmetroam hmetro com myEXLY bersama mendiang isterinya yang meninggal dunia ketika dalam pantang FOTO Ihsan FB Exly JailonKuala Lumpur Luluh hati seorang lelaki apabila kepulangannya dari tempat kerja disambut dengan keadaan isterinya yang k...
Aku Cuma Fikir Dia Dukung Anak Je Bila Tanya Suami Mana Dia Kata Seminggu Suami Tak Balik Rupanya Ini Yang Dia Buat

Aku Cuma Fikir Dia Dukung Anak Je Bila Tanya Suami Mana Dia Kata Seminggu Suami Tak Balik Rupanya Ini Yang Dia Buat

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 135 hits
8220 Aku cuma fikir dia dukung anak je bila tanya suami mana Dia kata seminggu suami tak balik rupanya ini yang dia buat 8221 Tak dinafikan pelbagai cabaran yang perlu diharungi oleh setiap pasangan suami isteri termasuklah dari segi persef...
Aku Tak Ikut Suami Outstation 3 Hari Bila Dia Balik Je Aku Jumpa Kotak Kondom Dalam Seluar Dia Tapi Satu Dah Pakai

Aku Tak Ikut Suami Outstation 3 Hari Bila Dia Balik Je Aku Jumpa Kotak Kondom Dalam Seluar Dia Tapi Satu Dah Pakai

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 342 hits
8220 Aku tak ikut suami outstation 3 hari bila dia balik je aku jumpa kotak kondom dalam seluar dia tapi satu dah pakai 8221 Begitu jugalah perasaan wanita ini apabila menemukan satu pek kondom yang salah satunya telah digunakan di dalam po...
Tidak Tahan Dengan Tangisan Suami Isteri Campak Bayi Dalam Perigi

Tidak Tahan Dengan Tangisan Suami Isteri Campak Bayi Dalam Perigi

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 167 hits
PASUKAN keselamatan membawa mayat bayi yang ditemukan dalam perigi selepas dicampak ibu dan bapanya dalam satu kejadian di Jepara Jawa Tengah AGENSIJEPARA Sepasang suami isteri didakwa membunuh bayi mereka yang berusia tiga bulan dengan men...
Pelakon Buat Kerja Tak Masuk Akal Goreng Uri Untuk Isteri Cara Pulihkan Badan Lepas Bersalin Kena Makan Plasenta

Pelakon Buat Kerja Tak Masuk Akal Goreng Uri Untuk Isteri Cara Pulihkan Badan Lepas Bersalin Kena Makan Plasenta

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 428 hits
Pelakon Taiwan Benjamin Wong berkongsi klip video dia menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan selepas wanita itu melahirkan anak mereka lapor laman berita Mothership semalam Benjamin Wong memuat naik video itu di laman Instagra...
Kalendar 2024 Tarikh Cuti Umum Dan Hari Pelepasan Am

Kalendar 2024 Tarikh Cuti Umum Dan Hari Pelepasan Am

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 613 hits
Kalendar 2024 ini memaparkan senarai tarikh cuti umum sepanjang tahun 2024 dan tarikh penggal persekolahan Kalendar 2024 ini boleh dijadikan rujukan buat anda untuk merancang percutian atau apa apa program bersekolah keluarga rakan sekerja ...
Gara Gara Gagal Pujuk Isteri Balik Rumah Lepas Bertengkar Lelaki Ini Nekad Bakar Diri Sendiri

Gara Gara Gagal Pujuk Isteri Balik Rumah Lepas Bertengkar Lelaki Ini Nekad Bakar Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 299 hits
Gara gara gagal pujuk isteri balik rumah lepas bertengkar lelaki ini nekad bakar diri sendiri Akibat mengalami tekanan kerana kerap bertengkar dengan isteri seorang suami ZR 40 Beliau nekad membakar dirinya sendiri di rumah mentuanya di Jal...
Suami Rakam Video Isteri Beraksi Di Kebun Teh Kemudian Jual Kepada Remaja Berusia 17 Tahun

Suami Rakam Video Isteri Beraksi Di Kebun Teh Kemudian Jual Kepada Remaja Berusia 17 Tahun

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 630 hits
Tular di media sosial video lucah yang dipercayai dirakam di kebun teh Daerah Rancabali Jawat Barat Indonesia mengundang perhatian pihak polis Setelah disiasat polis berjaya mengesan individu yang memuat naik video tersebut di media sosial ...
Rantai Amah Dalam Bilik Air Suami Isteri Ditahan

Rantai Amah Dalam Bilik Air Suami Isteri Ditahan

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 218 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan suami isteri yang disyaki merantai pembantu rumah warga Indonesia di sebuah rumah di Taman Tenaga Kajang Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata penahanan pasangan berusia 40 an dan 50 an itu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot