Suami Isteri Pekak Bisu Cekal Cari Rezeki


Kuala Lumpur: Kekurangan diri disebabkan masalah pendengaran dan bisu bukan alasan untuk pasangan suami isteri, Muhamad Salahudin Yaacob dan Nurul Hidayah Kamaruzaman bergantung hidup dengan meminta belas ihsan individu di sekeliling mereka.
Sebaliknya, Nurul Hidayah, 29, dan Muhamad Salahudin, 28, yang menetap di Flat Desa Tasik, Sungai Besi gigih mencari rezeki dengan menjual kebab ayam dan daging berharga RM4 setiap satu.
Bercerita lanjut, Nurul Hidayah, dia adalah guru taman asuhan kanak-kanak (taska) di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) di sini manakala suaminya bekerja sebagai pemandu e-hailing
Namun, penutupan sementara taska akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mendorongnya menjual kebab sejak 23 Oktober lalu sebagai alternatif untuk menambah pendapatan sekali gus membantu meringankan beban suami.
Katanya, kebab berkenaan disediakan bersama sebelum melakukan penghantaran dengan caj RM3 kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula 4 petang hingga 10 malam.
“Saya bisu dan ada masalah pendengaran sejak lahir manakala suami ketika berusia dua tahun. Persamaan itu yang menyebabkan kami serasi dan sepakat mendirikan rumah tangga pada 2015. “Tempoh pandemik ini adalah waktu yang mencabar buat kami dan demi menyara tiga anak yang masih kecil, kami jalankan perniagaan menjual kebab.
“Alhamdulillah, perniagaan kecil-kecilan kami diterima baik oleh pelanggan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Nurul Hidayah berkata, tiada masalah untuk dia mahupun suami berurusan dengan pelanggan kerana pesanan dibuat menerusi Whatsapp.
“Kami sudah sediakan poster dalam bentuk digital yang memaparkan sekali pilihan kebab dan harganya.
“Jadi, mereka yang mahu membuat pesanan hanya perlu menyatakan jenis kebab dimahukan ,bilangan ,lokasi dan tarikh penghantaran.
“Mudah sekali lagipun kini semuanya di hujung jari ,” katanya.
Nurul Hidayah berkata, di samping mencari rezeki, niatnya menjalankan perniagaan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Katanya, bantuan itu diberi dengan bersedekah kepada yang memerlukan pada setiap Jumaat.
“Biarpun saya dan suami berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), kami yakin ada lagi insan di luar sana yang lebih memerlukan.
“Oleh kerana itu, kami sepakat bersedekah setiap Jumaat dan kebiasaannya akan ke Chow Kit memberi makan kepada anak yatim serta orang susah di situ.
“Esok, kami merancang ke situ lagi dan berharap ada rezeki untuk terus membantu mereka yang kurang bernasih baik,” katanya.
Berkongsi hala tuju, Nurul Hidayah berkata, dia dan suami merancang mengembangkan perniagaan hingga dapat membuka kedai kebab sendiri.
“Selain itu, kami juga memasang impian membeli rumah sendiri dan berdoa terus diberi rezeki supaya dapat menghantar anak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Hasrat lain saya adalah membantu suami menunaikan impian ibunya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.
“Saya dan suami mahu buktikan mampu mendapat apa dihajati dengan usaha sendiri walaupun ada kekurangan,” katanya.-HM
Gerai stimbot, kebab warga Bangladesh dan Indonesia diserbu

The post Suami isteri pekak, bisu cekal cari rezeki appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/12/suami-isteri-pekak-bisu-cekal-cari-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Sebab Suami Isteri Kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk

Ini Sebab Suami Isteri Kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 459 hits
Ini Sebab Suami Isteri kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk Pernah tak kita terfikir kenapa kita selalu kesempitan duit Selalu je rasa tak cukup walau gaji dah cukup besar diterima setiap bulan Kadang kala kita bergaduh dengan pasangan dan sa...
Nak Tau Tip Untuk Suami Isteri Supaya Rezeki Masuk Tanpa Henti Rugi Tak Baca Ni

Nak Tau Tip Untuk Suami Isteri Supaya Rezeki Masuk Tanpa Henti Rugi Tak Baca Ni

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 521 hits
NAK TAU TIP UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI RUGI TAK BACA NI Dalam rumahtangga kita mesti mengharapkan rezeki yang diperolehi itu berkat dan tentunya tak putus putus Tak mustahil tau tu semua asalkan kita berusaha dan jan...
Baru 17 Hari Menikah Suami Maut Dikelar Bekas Kekasih Di Depan Mata Isteri

Baru 17 Hari Menikah Suami Maut Dikelar Bekas Kekasih Di Depan Mata Isteri

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 506 hits
Baru sahaja 17 hari merasa kebahagian membina rumah tangga tetapi wanita ini terpaksa menerima hakikat kehilangan suami yang dibunuh dengan kejam oleh bekas teman lelakinya di depan mata Lapor Tribun Jateng kejadian itu berlaku pada Jumaat ...
Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

Suami Koma Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam Icu Baby Pula Masuk Wad

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 391 hits
Tiada siapa pun yang minta diuji dengan sakit tetapi jika ujian ini diberikan hanya kekuatan dan doa dipohon untuk mengembalikan semangat Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila Allah uji suami koma kerana meng...
Suami Farah Nabilah Dipuji Tolong Isteri Bertungku

Suami Farah Nabilah Dipuji Tolong Isteri Bertungku

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 335 hits
Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 22 Oktober lalu pelakon Farah Nabilah kini sedang menikmati fasa indah sebagai seorang ibu dan masih menjalani proses berpantang Menerusi perkongsian di Instagram Farah tidak lokek berkongsikan per...
Isteri Curang Apa Yang Suami Perlu Lakukan Cerai Atau Tidak

Isteri Curang Apa Yang Suami Perlu Lakukan Cerai Atau Tidak

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 318 hits
Cemburu cinta dan sayang itu fitrah Jika tiada perasaan cemburu bagaimana sesebuah perhubungan yang dibina akan dijaga dan dihargai Namun perasaan itu tidaklah sewenang wenangnya boleh dihamburkan sehingga berlakunya isu keganasan rumah tan...
10 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia

10 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 383 hits
10 Petua Suami Isteri Ceria Rumahtangga Bahagia Lumrah berumahtangga dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika Pasangan mana yang tidak bergaduh rumahtangga mana yang tidak bergegar Ianya n...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya