Suami Hilang Pulang Selepas 6 Bulan



Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut
Jawapan:Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap[1]Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya”[2] Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.[3]Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.” [4]
Tempoh Mafqud Dalam MazhabTidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya
Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’
Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:Pertama: Mazhab SyafieMenurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari.[5] Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Malik bin Anas, dan Ahmad
Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.[6]Kedua: Mazhab HanafiDalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia
Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.[7]Ketiga: Mazhab MalikiDalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain
Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam
Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam
Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.[8]Keempat: Mazhab HanbaliBagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya.[9] Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.[10]Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di MalaysiaSeksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”
Kenyataan Mufti Wilayah PersekutuanSetelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah
Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas
Maka, kami berpandangan bahawa:Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[11]Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami baru hilang 6 bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303PenutupSuami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga
Akhukum fillahDatuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H_______________________[1] Ibn Manzur, Lisan al-'Arab[2] Al-Syafie. Al-Umm, 6/182
[3] Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin, 6/34
[4] Mustaffa al-Khan et.al. Al-Fiqh al-Manhaji. 2/331; Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, m. 784-785
[5] Ibn Hajar al-Haitami. Tuhfat al-Muhtaj, 2/253-254[6] Al-Khatib Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj, 3/38; Sulaiman bin Muhammad bin Umar. Hasyiah al-Bujairimi, 3/260
[7] Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarkhsi. Al-Mabsut, 11/ 37-38; ‘Ala al-Din Abi Bakar bin Mas’ud al-Kasani. Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 5/289 & Ibn Nujaim.  Al-Bahr al-Raiq, 5/178
[8] Malik bin Anas, Al-Mudawwanah al-Kubra, 2/30-31; Muhammad Arifah Al-Dusuki, Hasyiah al-Dusuki ala Syarh al-Kabir, 2/479
[9] Al-Buhuti. Kasyfa al-Qina’ An Matan al-Qina’, 4/515
[10] Muhammad Toha Abu al-Ula Khalifah, Ahkam al Mawarith: Dirasah Tatbiqiyyah, hlm. 542[11] Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tukang-sampai.blogspot.com/2017/05/suami-hilang-pulang-selepas-6-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
B Rindu Isteri Maut Kemalangan Selepas 2 Bulan Kahwin Ini Luahan Sayu Suami Sebak

B Rindu Isteri Maut Kemalangan Selepas 2 Bulan Kahwin Ini Luahan Sayu Suami Sebak

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 244 hits
B Rindu Isteri Maut Kemalangan Selepas 2 Bulan Kahwin Ini Luahan Sayu Suami Sebak Impian seorang lelaki untuk hidup bahagia bersama isteri tersayang yang baru beberapa bulan melangsungkan perkahwinan musnah Dikatakan pasangan yang sedang me...
Setelah 2 Bulan Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran The Marvels

Setelah 2 Bulan Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran The Marvels

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 321 hits
Pelakon Park Seo joon telah pulang ke Korea selepas penggambaran filem The Marvels ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan pada 2 November Park Seo joon tiba di lapangan terbang antarabangsa Incheon pada sebelah petang selepas penggambaran filem ...
Dia Kelihatan Hodoh Tanpa Solekan Suami Tuntut Ceraikan Isteri Sehari Selepas Majlis Perkahwinan

Dia Kelihatan Hodoh Tanpa Solekan Suami Tuntut Ceraikan Isteri Sehari Selepas Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 317 hits
The ReporterSeorang lelaki Mesir memfailkan tuntutan di mahkamah untuk memohon menceraikan isterinya selepas dia melihat wanita itu tanpa sebarang solekan selepas sebulan perkahwinan lapor media tempatan Lelaki itu berkata pagi keesokan sel...
Berkali Kali Dok Repeat Tengok Syok Catwalk Tiba Tiba Suami Pulang Terhibur Tengok Gurau Spontan Tok Ram Alyah

Berkali Kali Dok Repeat Tengok Syok Catwalk Tiba Tiba Suami Pulang Terhibur Tengok Gurau Spontan Tok Ram Alyah

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 351 hits
Satu perkongsian daripada penyanyi Datin Alyah mencvri perhatian peminat apabila gurauan spontan yang dirakam bersama suami membuatkan ramai terhibur Menerusi video yang dihasilkan menerusi TikTok dan dikongsikan kembali menerusi Instagram ...
Marah Suami Pulang Dalam Keadaan Mabuk Wanita Berdepan Hukuman Penjara 1 Tahun

Marah Suami Pulang Dalam Keadaan Mabuk Wanita Berdepan Hukuman Penjara 1 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 259 hits
Seorang wanita berusia 45 tahun di Karawang Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun oleh Pendakwa Raya Kejari Karawang lapor Tribun jaba Hukuman itu telah dibacakan dalam perbicaraan kes berkenaan Keganasan Rumah Tangga yang be...
Video 11 Bulan Tak Jumpa Sebab Isteri Kerja Di Arab Saudi Tangisan Suami Sambut Kepulangan Isteri Und4ng Seb4k

Video 11 Bulan Tak Jumpa Sebab Isteri Kerja Di Arab Saudi Tangisan Suami Sambut Kepulangan Isteri Und4ng Seb4k

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 485 hits
Perkahwinan jarak jauh bukanlah satu perkara yang mudah Ia memerlukan pengorbanan yang besar terutamanya bagi pasangan yang perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama atas faktor kerja Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita d...
Australia Buka Sempadan Antarabangsa Selepas 20 Bulan Ditutup

Australia Buka Sempadan Antarabangsa Selepas 20 Bulan Ditutup

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 218 hits
Australia secara rasmi membuka sempadan antarabangsa selepas 20 bulan ditutup sekali gus membenarkan orang awam yang lengkap divaksin melakukan perjalanan Penerbangan Qantas Airways dari Los Angeles mendarat di Sydney jam 6 pagi semalam ant...
Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum Selepas

Hakikat Sebenar Kehidupan Pasangan Suami Isteri Sebelum Selepas

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum wbt Salam Jumaat buat semua umat Islam Mulakan hari yang berkat ini dengan zikir dan selawat Dalam mencari pasangan dan melayari bahtera rumahtangga banyak aspek yang perlu kita kaji dan sedari Hidup berpasangan menjadi kepe...
Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 260 hits
Anak syurga hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama lamanya Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat pemergiannya sangat terke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah