Stretch Mark Cream Halal Mama S Choice Menghilangkan Gatal Perut Ketika Mengandung Dan Memudarkan Kesan Regangan Kulit


Stretch Mark Cream Halal Mama’s Choice - Menghilangkan Gatal Perut Ketika Mengandung Dan Memudarkan Kesan Regangan Kulit. Fuh nasib baik aku dapatkan Mama’s Choice Stretch Mark Cream ni, kalau tak memang teruklah kot perut aku dengan kesan-kesan kena scratch!





Siapa sangka pembuka tahun 2022, tanpa sebarang perancangan aku disahkan hamil sekali lagi. Dan aku kira, ini mungkin kehamilan terakhir buat aku memandangkan usia aku sudah menjejaki 40-an dan aku sendiri kalau hamil memang mempunyai risiko kesihatan tersendiri.

Setiap kehamilan aku sangat berbeza-beza, begitu juga dengan kehamilan kali ini. Rasa pelik apabila kaki aku beberapa kali kelihatan bengkak terutamanya apabila aku buat banyak kerja berat dan lama berdiri memasak di dapur. Tapi dalam hati, aku menafikan ini tanda-tanda aku pregnant.

Selain kaki bengkak, aku sekejap-sekejap demam dan kerap sangat sakit kepala. 

Dan satu lagi yang pelik yang aku tidak pernah alami sebelum ini ialah kulit perut aku mula rasa gatal. Sekejap-sekejap gatal. Ya gatal yang tak boleh bawa bincang orang kata. Gatal yang aku nak garu sepuas-puasnya! 

Biasanya kalau gatal di kulit perut,ini juga salah satu tanda yang anda sedang hamil!

Aku agak teragak-agak buat urine pregnancy test (UPT). Biasalah, kita kalau tidak merancang untuk hamil, mesti in denial tidak mahu mengaku yang kita pregnant walaupun dah ada tanda-tanda awal kehamilan, kan?

Tapi akhirnya, aku buat juga UPT selepas berdolak dalik, dan ternyata keputusan UPT dua garis, bermakna aku positif hamil. Jadi, bermulalah perjalanan kehamilan aku di awal tahun 2022.

Normalkah Gatal Perut Ketika Mengandung?
Pada saat ini, aku sudah pun hamil masuk minggu yang ke-15. Mual, loya, muntah, pening, morning sickness 24 hours all around day and night tu memang tak perlu cakaplah. 

Pertama kali aku diserang morning sickness yang agak teruk, dan masih berterusan sehingga sekarang padahal aku sudah pun melepasi trimester pertama. 

Lupakan dulu masalah morning sickness tadi, kerana aku ada satu masalah kehamilan yang perlu aku atasi, kalau tidak akan meninggalkan parut pada diri aku. Dan ini antara perkara yang aku memang ingin elak setiap kali aku mengandung iaitu musuh ibu-ibu mengandung; GATAL PERUT & STRETCH MARK!

Ada ibu yang mengandung tanpa dia sedar ada garis-garis halus di sekitar kulit perutnya, dan garis ini lama kelamaan kan menjadi lebih terang, mudah kelihatan dan banyak. 

Ada juga ibu mengandung akan berdepan dengan gatal pada bahagian perut, dan mungkin gatal sehingga ke bahagian belakang, pinggul dan paha.

Dalam kes aku, ini pertama kali perut aku gatal sangat-sangat seawal kehamilan tanpa aku tahu ketika itu aku sedang hamil.

Apabila perut gatal ketika mengandung, itu mungkin menandakan kulit sedang meregang sesuai dengan bayi juga sedang membesar dan kulit mungkin mengalami kehilangan kelembapan sehingga menjadi gatal. 

Sebenarnya, gatal perut ketika mengandung adalah perkara normal, namun tidak semua ibu mengandung mengalami masalah ini. 

Produk Mama’s Choice Selamat, Natural Dan Halal Untuk Digunakan Ibu dan Anak
Aku guna stretch mark cream halal Mama’s Choice untuk menghilangkan gatal perut ketika mengandung dan berharap dapat memudarkan kesan regangan kulit juga.

Apabila aku dapat tahu yang stretch mark cream daripada Mama’s Choice merupakan produk yang mempunyai pensijilan HALAL, dan setahu aku ini adalah produk stretch mark cream pertama di Malaysia yang ada status HALAL, maka aku tanpa ragu-ragu menggunakan krim tersebut.

Penting bagi aku menggunakan produk dengan status HALAL pasal aku tak perlu risau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dan pastinya pensijilan HALAL menitikberatkan ramuan yang digunakan haruslah menepati hukum syarak - bermula dari proses pemilihan bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan dan juga pengedaran produk.

Jangan tak tahu, stretch mark cream halal Mama’s Choice ni merupakan jenama terkenal di Indonesia dan Singapore, mendapat kelulusan status halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang mempunyai peranan seperti JAKIM di Malaysia yang memastikan setiap produk yang ada sijil HALAL sememangnya benar-benar HALAL dan selamat digunakan.

Produk Mama’s Choice adalah produk yang selamat, natural dan halal digunakan untuk ibu dan anak (safe, natural and halal products for moms and babies).


Jadi, aku tidak perlu risau dengan stretch mark cream halal Mama’s Choice untuk disapu dikulit perut aku. Setiap kita yang Muslim ni mestilah mementingkan halal haram dalam penggunaan sesuatu produk.

Dan produk ni sesuai digunakan oleh semua ibu tanpa mengira pelbagai lapisan bangsa dan agama. Kenapa? Kerana status HALAL yang ada pada produk tersebut juga mengesahkan penggunaan bahan-bahan yang dipakai adalah yang terpilih daripada ramuan yang baik.

Bahan-Bahan Utama Stretch Mark Cream Halal Mama’s Choice
Seperti yang aku nyatakan di atas, bahan-bahan yang terkandung di dalam stretch mark cream halal Mama’s Choice sememangnya terdiri daripada ramuan yang baik.

Bahan utama (star ingredients) untuk stretch mark cream halal Mama’s Choice ialah Lipobelle™ Soyaglycone. 

Bahan ini adalah inovasi terkini daripada biochemistry technology - ianya didatangkan secara semulajadi daripada kacang soya yang mempunyai manfaat yang banyak.
Meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit, membantu menyembuhkan dan membaiki koyakan kecil pada kulit yang membawa kepada tanda regangan.
Menjadikan kulit lebih tebal sehingga 12%, melindungi kulit daripada regangan berlebihan semasa perut sedang membesar.
Meningkatkan kelicinan dan penghidratan kulit.

Bahan lain yang terkandung di dalam stretch mark cream halal Mama’s Choice ialah formulasi daripada bahan selamat, halal dan semulajadi iaitu aloe vera, minyak jojoba, dan minyak zaitun yang terkenal dalam membantu memberikan kelembapan dan keanjalan pada kulit.

Tidak mengandungi bahan toksik seperti paraben, SLS, dan sebagainya dan diuji secara dermatologi di Singapura untuk memastikannya selamat digunakan untuk kulit sensitif.

Ini adalah satu-satunya krim stretch mark yang disahkan HALAL di Malaysia sekarang.
Selain bahan-bahan yang digunakan adalah selamat, satu lagi yang korang perlu tahu harga stretch mark cream halal Mama’s Choice adalah sangat berbaloi - bagi aku harganya sangat berpatutan.


Review Pengalaman Menggunakan Stretch Mark Cream Halal Mama’s Choice - Menghilangkan Gatal Perut Ketika Mengandung Dan Memudarkan Kesan Regangan Kulit
Waktu aku mengandung Iman, Amin dan Nami, aku tidak mengalami sangat kesan regangan, begitu juga dengan masalah gatal perut. 



Sememangnya antara item ibu dan anak yang aku akan beli ialah minyak pelembap untuk disapu di perut kerana aku memang sangat mengelak untuk kulit aku mengalami stretch marks. Dan untuk kandungan terdahulu, kulit perut aku still kelihatan elok dan tiada kesan scratch akibat stretch marks.

Cumanya, berbeza dengan kandungan aku kali ini, ketika aku buat UPT tu aku masih di awal trimester pertama dan aku sudah pun berdepan dengan gatal perut ketika itu. Gatal perut yang memang tak boleh nak bawa berbincang. Rasa nak garu kuat perut aku ni pasal sangat-sangat gatal mak oii. Memang kena sabar sangat.

Lepas tu bermulalah aku mencari stretch mark cream yang sesuai untuk hilangkan rasa gatal. Ada banyak di pasaran. Cuma ada harganya macam tak masuk akal, mahal bah.

Lepas tu, ada yang hanya boleh hilangkan stretch mark, tapi belum tentu membantu hilangkan gatal perut aku ni. Hish!

Dan yang merisaukan, tiada tanda HALAL. Kalau boleh nak cari produk, biarlah ada tanda HALAL, baru rasa tenang nak guna sesuatu produk tu.

Jadi, bila aku dapat tahu tentang produk stretch mark cream halal Mama’s Choice, aku tak fikir panjang untuk cuba keberkesanan produk ni.

Selain itu, kerana bahan-bahan yang digunakan menurut aku baik untuk melembapkan kulit dan sesuai untuk kulit yang agak sensitif seperti kulit aku ni (kalau salah produk, kulit akan merah dan merengsa serta gatal).

Dan HARGA untuk satu tiub bagi 100ml produk stretch mark cream halal Mama’s Choice sangat-sangatlah berpatutan, hanyalah RM32.90 sahaja. Eh seriuslah harga berpatutan, tak macam stretch mark cream yang lain, harga agak mahal sehingga ada yang cecah ratus ringgit.

Tiubnya berwarna putih serta penutup berwarna pink gelap, warnanya juga agak menggoda menarik perhatian untuk aku mengenali produk tersebut.

Jadi, ini review jujur aku pengalaman menggunakan stretch mark cream halal Mama’s Choice. 

Aku sudah 9 hari menggunakan stretch mark cream halal Mama’s Choice, dengan penggunaan secara konsisten 3 kali sehari - selepas mandi pagi, selepas mandi tengahari dan sebelum tidur malam.



Krimnya berwarna putih, agak creamy dan baunya juga tidak begitu kuat - sangat mudah disapu di atas permukaan kulit.

Dan selama 9 hari guna stretch mark cream halal Mama’s Choice ni, masalah gatal perut aku berjaya diatasi. Kalau sebelum ni memang gatal sangat, now dah beransur hilang gatal perut aku.

Tapi kena ingat, penggunaan mestilah konsisten, barulah nampak hasilnya.

Untuk mengelakkan stretch marks, aku syorkan sebaik-baiknya teruskan penggunaan sehingga habis bersalin agar kelembapan dan keanjalan kulit terus terjaga.

Produk Lain Keluaran Mama’s Choice 
Untuk pengetahuan, Mama’s Choice ni bukan sahaja keluarkan stretch mark cream halal, tapi juga produk ibu dan anak yang lain dan semuanya mempunyai status HALAL, antaranya ialah





Gentle Face Wash Mama’s Choice
Daily Protection Face Moisturizer Rice Extract SPF 20 / PA ++ Mama’s Choice
Herbal Oil Cajuput Grapeseed & Lavender Mama’s Choice
Relaxing Massage Oil Lavender & Grapefruit Mama’s Choice 
Oral Care Set Mama’s Choice
Intensive Nipple Cream Mama’s Choice
Haircare Set Mama’s Choice

Dan antara produk lain keluaran Mama’s Choice ni yang aku dah cuba selain stretch mark cream ialah Relaxing Massage Oil Lavender & Grapefruit Mama’s Choice.

Relaxing Massage Oil Mama’s Choice - Membantu Tidur Dengan Lebih Mudah Dan Tenang
Seperti yang aku kongsikan pengalaman aku mengandung kali ini memang agak mencabar dengan morning sickness all around tak tentu masa dan rasa pening yang berpanjangan serta mual, dan muntah , sememangnya agak mengganggu aku untuk tidur lagi-lagi pada waktu malam.



Jadi, dengan adanya produk relaxing massage oil Mama’s Choice, aku urut lembut beberapa titis dipergelangan tangan dan di sekitar dahi dan tepi leher untuk buatkan aku rasa tenang sebelum tidur. 

Dan ada apabila kaki aku sedikit lenguh, aku guna relaxing massage oil Mama’s Choice ni untuk buat urutan lembut di bahagian kaki yang lenguh.

Ternyata massage oil ni sangat membantu aku untuk berasa lebih selesa dan kurang gangguan tidur di waktu malam.

Dan sesekali aku gunakan juga relaxing massage oil Mama’s Choice ni untuk mengurut bahagian belakang aku yang sesekali terasa sakitnya. Ianya boleh digunakan sebagai alternatif untuk minyak mengurut selain menggunakan minyak angin.

Memandangkan relaxing massage oil ini terdiri daripada essential oil iaitu lavender, grapefruit oil dan orange oil, maka ianya juga boleh dijadikan aromatherapy. Titiskan ke dalam diffuser dan ditambah sedikit air, dan nikmatilah aromatherapy dengan penuh ketenangan.

Link Untuk Mendapatkan Stretch Mark Cream Halal Mama’s Choice
Jadi untuk ibu ibu mengandung yang ada masalah perut gatal mahupun ingin mengelakkan masalah kesan regangan kerana stretch mark ketika mengandung, aku sangat syorkan produk halal, selamat dan semulajadi daripada Mama’s Choice.



Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk Mama’s Choice , korang bolehlah melayari laman web Mama’s Choice dan untuk membuat pembelian stretch mark cream di Shopee mahupun Lazada, aku kongsikan link jualan Mama’s Choice di bawah:-

Stretch Mark Cream Website: - https://bit.ly/3htLPBy
Stretch Mark Cream Shopee: - https://bit.ly/3KaLDUd
Stretch Mark Cream Lazada: - https://bit.ly/35FgfOn

Aku harap dengan perkongsian peribadi aku berkenaan produk halal Mama’s Choice membantu ibu-ibu yang mengandung yang ingin menggunakan produk halal daripada rangkaian Mama’s Choice.

Terus terang, aku sangat berpuas hati dan gembira menggunakan produk ini dan ternyata produk stretch mark halal Mama’s Choice membantu mengatasi masalah perut gatal dan relaxing massage oil pula sangat membantu aku agar tidur dengan lebih mudah di waktu malam. 

Semoga semua ibu-ibu melalui hari yang menggembirakan sepanjang tempoh kehamilan dan jaga diri jaga kesihatan ya!

cheers.


________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2022/03/stretch-mark-cream-halal-mamas-choice-hilangkan-gatal-perut-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Stretch Marks Lepas Bersalin Buat Rasa Down Tak Perlu Runsing Cuba 2 Cara Ni Hilangkannya

Kesan Stretch Marks Lepas Bersalin Buat Rasa Down Tak Perlu Runsing Cuba 2 Cara Ni Hilangkannya

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 470 hits
Menjadi satu kerisauan bila mana kesan stretch marks yang jelas ketara biarpun selepas bersalin Walaupun akan hilang dengan sendirinya namun menunggu masa untuk hilang membuatkan mood jadi down Perkongsian dua tip yang dikongsikan oleh Mast...
Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 Bulan

Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 Bulan

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 156 hits
Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 bulan LONDON Seorang lelaki berdepan dengan kesengsaraan apabila memiliki perut yang kelihatan seperti sedang hamil sembilan bulan akibat kesan jahitan pembedahan apendiks yang tidak kemas ...
Ketika Wanita Menutup Aurat Separuh Gejolak Nafsu Sudah Ditenangkan Ustaz Wadi Annuar

Ketika Wanita Menutup Aurat Separuh Gejolak Nafsu Sudah Ditenangkan Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 200 hits
Kadang kadang kita tengok ada orang sekejap je bertudung sekejap lagi dia buka lepas dua tiga tahun dia bertudung pula kemudian dia buka pula apa punca itu Kita kena tahu yang mendedahkan aurat ataupun rambut itu adalah dosa besar Seramai m...
Netizen Tergamam Lihat Pendaratan Kemas Pesawat Mas Ketika Taufan Eunice Melanda Di Uk

Netizen Tergamam Lihat Pendaratan Kemas Pesawat Mas Ketika Taufan Eunice Melanda Di Uk

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 215 hits
Baru baru ini sebuah video yang memaparkan kapal terbang Malaysia Airlines mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London ketika berlakunya taufan Eunce melanda negara itu Menerusi perkongsian seorang YouTuber Big Jet TV orang ramai dapat mel...
D0ktor Terk3jut Jumpa Gelas Dalam P3rut Lelaki Meng4ku Tertel4n Ketika Sedang Menikmati Teh

D0ktor Terk3jut Jumpa Gelas Dalam P3rut Lelaki Meng4ku Tertel4n Ketika Sedang Menikmati Teh

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 171 hits
Bak kata orang sayangi makanan anda Pastikan makanan dan minuman yang dinikmati dihabiskan tanpa ada sisa supaya tidak berlaku pembaziran
Remaja Maut Tertembak Diri Sendiri Ketika Rakam Video Tiktok

Remaja Maut Tertembak Diri Sendiri Ketika Rakam Video Tiktok

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 199 hits
Mesingan Uzi 9 milimeter sering digunakan oleh pasukan polis dan tentera AFP CULIACAN MEXICO Seorang remaja berusia 15 tahun di Mexico maut selepas tertembak dirinya sendiri ketika cuba merakam video aksinya memegang sepucuk sub mesingan un...
Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 151 hits
Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan KUALA KRAI Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai ke Pengkalan Lan Sungai Galas Kampung Kuala Gris untuk mengalih sampannya pada Jumaat Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintend...
Bot Pasukan Penyelamat Terbalik Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Banjir

Bot Pasukan Penyelamat Terbalik Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 218 hits
Situasi banjir dilaporkan semakin buruk apabila paras air di Hulu Terengganu semakin meningkat sehingga menenggelamkan rumah rumah penduduk Menerusi video video yang tular di media sosial ada penduduk yang terpaksa menyelamatkan diri ke tem...
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 254 hits
Patutkah Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19 Ini Bila bercakap tentang isu beli rumah rata rata antara kita memang dah lama teringin nak ada rumah sendiri Memiliki rumah sendiri ini sudah menjadi impian semua orang kerana punya kediaman per...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy