Stressnya Minum Air Gula Rasa Payau Mual Minum Dalam Satu Nafas Saja


Kenapa perlu minum air gula ketika hamil? Satu persoalan yang sering ditanya oleh setiap wanita hamil. Minum air gula bukanlah hal yang disengajakan. Hakikatnya ada beberapa sebab yang memerlukan ibu hamil untuk minum kandungan air gula ini sebaiknya. Dr Norintan Zainal Abidin daripada Hospital Columbia Asia, Seremban menjawab segala persoalan.
Diabetes atau Kencing Manis adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil, ianya juga boleh berlaku sewaktu hamil. Oleh kerana kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi didalam kandungan, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan untuk melakukan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT). mOGTT inilah yang dikenali sebagai ujian Minum Air Gula!
Memanglah tidak sedap minum air gula untuk ujian mOGTT ini, ianya dibuat dari 75g serbuk glukos yang dilarutkan dalam segelas air. Rasanya amat manis, malah perlu dihabiskan sehingga habis dalam masa 20 minit.

Bila masuk ke dalam tekak, rasa payau dan mual mula berlaku. Kadang-kala menyebabkan pesakit muntah dan ini menyebabkan ujian mOGTT terbatal dengan sendirinya. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam 1 atau 2 minggu kemudian.
Penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya. Di antaranya ialah:
Pertama, jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di negara kita Malaysia meningkat dari 11 % ( 2006) hingga 15% ( 2011). Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil juga meningkat sama hingga ke 27.9%! ( 2017, Selangor)
Kedua, kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.
Yang ketiganya, sebanyak 17 -63% wanita yang mengalami “gestational diabetes” akan terus berisiko untuk mengidap penyakit kencing manis selepas bayi dilahirkan.

Jadi siapakah wanita yang berisiko ini?
1. Wanita yang mempunyai BMI melebihi 27 kg/m2.
2. Wanita yang pernah mengalami gestattional diabetes.
3. Wanita yang mempunyai ibu, bapa, adik-beradik yang juga pesakit kencing manis.
4. Wanita yang pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih.
5. Sejarah perbidanan, keguguran, kelahiran yang bermasalah.
6. Pemeriksaan air kencing didapati mempunyai glukos ( sebanyak 2 kali).
7. Masalah kandungan seperti darah tinggi, air tuban bayi yang berlebihan dan penggunaan steroids ketika hamil.
Ujian mOGTT memerlukan darah diambil dua kali. Kali pertama juga dikenali fasting blood sugar, dikatakan normal jika keputusannya kurang atau sama dengan 5.1mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula ( 2-hour-post prandial), keputusannya mestilah 7.8mmol atau kurang dari itu.

Elak Diri Dari Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko “lari” dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun. Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi. Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.

Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Kesimpulannya, jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post “Stressnya Minum Air Gula!” Rasa Payau & Mual, Minum Dalam Satu Nafas Saja! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stressnya-minum-air-gula-rasa-payau-mual-minum-dalam-satu-nafas-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
300 Gajah Mati Minum Air Tercemar

300 Gajah Mati Minum Air Tercemar

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 420 hits
Kira kira 300 gajah ditemui mati akibat bakteria dalam sumber air di Delta Okavongo Bostwana Bostwana adalah negara dengan populasi gajah terbesar di dunia iaitu kira kira 130 000 Namun sejak Mac lalu ratusan gajah ditemui mati dengan gadin...
Adakah Anda Rasa Anda Seorang Saja Berkahwin Di Malaysia

Adakah Anda Rasa Anda Seorang Saja Berkahwin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 226 hits
Mira Filzah KUALA LUMPUR Pelakon Mira Filzah meluahkan rasa kesal mengenai tindakan seorang individu di laman sosial yang tidak gemar terhadap perkongsiannya menerusi sesi Ask Me Questions yang dijadikan bahan berita Mira berkata apa yang d...
Gelagat Kucing Minum Air Ini Baru Namanya Air Tangan

Gelagat Kucing Minum Air Ini Baru Namanya Air Tangan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 340 hits
Gelagat kucing sering kali membuatkan peminat haiwan ini terhibur dengannya Saban hari ada sahaja video kucing yang menjadi tular di sosial media Memiliki personaliti tersendiri kucing antara haiwan yang paling rapat dengan manusia Ditambah...
Cara Nabi Minum Air Ustaz Nazrul Nasir

Cara Nabi Minum Air Ustaz Nazrul Nasir

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 814 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat sahabat Kita mulai hari kita dengan berselawat kepada Nabi Muhammad semoga berkat berselawat Allah memudahkan urusan seharian kita Insha Allah Pakat pakat kita menjaga diri daripada wabak Covid...
Kebenaran Pasti Akan Terbukti Satu Hari Nanti

Kebenaran Pasti Akan Terbukti Satu Hari Nanti

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 388 hits
Nampaknya pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya Muiz Nasrudin hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan kehadiran orang ketiga yang dipercayai mengaitkan pelakon Aidit Noh Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaa...
Al Kafirun Salah Satu Surat Al Qur An Yang Sangat Ditakuti Iblis

Al Kafirun Salah Satu Surat Al Qur An Yang Sangat Ditakuti Iblis

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 244 hits
Beberapa surat pendek yang sering kita baca saat melaksanakan salat ternyata banyak memiliki keutamaan dan fadhilah Salah satunya adalah surat Al Kafirun Surat yang dimulai dengan ayat yang berbunyi Qul yaaaaa ayyuhal kaafirun ini merupakan...
Tabika Elit Satu Diskriminasi

Tabika Elit Satu Diskriminasi

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 217 hits
Pada 1 Oktober 2020oleh PENTADBIROleh Hannah YeohKerajaan Persekutuan harus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan penjagaan awal kanak kanak dan bukannya mewujudkan serta melebarkan lagi jurang di kalangan kanak kanak Nama Tabika eli...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik