Stress Memacu Atau Memaku


 


Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Selamat petang, selamat hari Rabu.
Belum genap seminggu PKP diisytiharkan di Negeri Sembilan ya. Lama betul nak habis PKP ni. Huhu.
Jadi, sajalah nak beritahu kalian, bahawasanya saya memang stress dengan PKP. Just admit it, ya saya memang stress. 
PKP hari Jumaat, petang Jumaat itu saya sudah mula rasa sakit bahu, menarik ke leher. Malam sakit kepala kiri. Esoknya, sebelah kanan pula. Saya kalau sakit kepala, selalunya lebih sehari.
Sabtu pula demam. Wah, demam ini jangan main-main. Kemungkinan dia datang dengan pakej seperti selsema dan batuk pula.
Saya sudah lama tidak mengalami demam ya. Kali terakhir demam ialah semasa di semester pertama pengajian di UPM. Saya ingat lagi waktu itu, saya tumbang 4 hari. Ya, 4 hari, demam sekali dengan pakej selsema dan batuk selama 2 minggu. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya syak, mungkin sebab stress sambung belajar. Iya lah, dengan masa itu perlu memandu jauh, duduk bilik sewa, kawan-kawan baru, suasana serba baru. Terkejut mungkin.
Hari Ahad saya memesan makanan luar. Petang Ahad, saya mengalami cirit-birit. Mulanya, saya tak perasan bahawa itu cirit-birit. Saya fikir, mungkin kerana demam, lalu kerap pergi ke tandas (buang panas dalam badan).
Hari Isnin barulah saya mencari ubat pil Chi Teck Aun. Saya beli 2 sachet. Alhamdulillah makan 1 sachet dah ok dan kerap minum teh o pekat.
Hari Selasa (semalam) seperti biasa saya perlu mengemaskini jumlah jam praktikum. Bila nama saya disebut, memang tak berganjaklah jamnya dari laporan yang lalu, kerana kekangan di tempat praktikum dan juga di tambah dengan PKP.
PKP memang membuatkan saya stress. Saya pernah mengalami sakit kepala yang lama 4 atau 5 hari sewaktu PKP fasa 1 dulu. Mula-mula sakit sebelah kanan, lepas tu kiri, lepas tu kanan. Macam kawad kaki. Haha.
PKP fasa kedua ini, saya rasakan saya dapat harunginya (mungkin sebab sudah ada pengalaman lepas), namun sebaliknya berlaku. Saya lebih stress berbanding semasa di fasa 1. Semasa PKP Fasa 2, ada Dissertasi dan praktikum yang harus diselesaikan. Dua perkara ini memang membuatkan stress saya menggunung. Kedua-duanya ada dateline yang perlu dikejar.



Jam Mi Band 5 pun selalu menunjukkan bahawa saya dalam keadaan stress. Jarang ia menunjukkan signal tidak stress. Huhu.
Stress ini mungkin kerana PKP. Saya adalah seorang yang suka mengembara. Dah lama tidak rasa naik kapal terbang. Pergi negara asing. Tiba-tiba senyap seribu bahasa dalam rumah. Orang yang kaki berjalan macam saya tentu dapat rasakan perasaan yang sama kan?
Nasib baiklah hari itu sempat juga bercuti di Kuantan. Dapatlah rasa duduk di hotel.
PKPB boleh tahan lagi. Saya dapat makan di kedai bersama kawan, yang boleh dengar luahan perasan (selalunya stress bercerita tentang dissertasi dan praktikum). Haha. Namun bila PKP, itu tidak boleh dilakukan.
Stress juga tidak boleh keluar bersenam di taman. Tapi mungkin petang sikit boleh agaknya. Sebab dengar-dengar tiada sekatan jalan raya pada petang hari. Insyaa allah, esok saya cuba.
Kerap sakit kepala dan diikuti dengan demam saya rasa memang tanda stress saya memuncak.Saya bersyukur masih lagi waras untuk berfikir, seperti melakukan aktiviti harian yang biasa saya lakukan. 
Orang yang membaca dan orang yang mengalami stress ini ada dua persepsi berbeza. Bacalah seperti dari sudut pandangan saya. 
Adakah stress memacu atau memaku?
Suka untuk saya katakan, bila sesuatu itu datang, saya rasai dahulu, kemudian baru keluar dari situ. Contohnya, sakit, saya rasai sakit, syukuri sakit datang, dan kemudian secara perlahan-lahan keluar dari situ.
Begitu juga stress. Saya mengaku saya stress. Saya bersyukur ia hadir, saya percaya lama-kelamaan saya juga akan keluar dari situ. Namun dengan cara apa dan bagaimana pengakhirannya saya masih samar-samar.
Alhamdulillah, saya masih seorang yang waras. Yang penting, saya takkan biarkan stress itu memaku saya. Saya hanya beri ia ruang, masuk sedikit dalam diri sahaja. Cuma saya tidak tahu sejauhmanakah ia akan memacu saya ke hadapan, sekurang-kurangnya sehingga tamat pengajian di UPM ini. Wallahualam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://akuseorangkaunselor.blogspot.com/2021/01/stress-memacu-atau-memaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fatin Afeefa Dah Tutup Kilang Katanya Tak Mahu Beranak Atau Kahwin Lagi

Fatin Afeefa Dah Tutup Kilang Katanya Tak Mahu Beranak Atau Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 360 hits
Tidak dinafikan setiap wanita pasti mahukan yang terbaik dalam menjalani rumah tangga Namun jika sudah takdir Allah SWT yang dirancang pasti tidak akan dapat dikecapi Begitulah terjadi kepada aktres cantik Fatin Afeefa yang telah bercerai d...
Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

Siapa Diktator Tan Sri Muhyiddin Atau Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 232 hits
Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator kerana kononnya demokrasi tidak lagi wujud dan rakyat tidak lagi boleh bersuara setelah Proklamasi Darurat memberi beliau ...
Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

Anwar Atau Mahathir Siapa Pilihan Ph

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 320 hits
Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dalam keadaan tida...
Bicara Tentang Figur Publik Yang Terkenal Atau Viral Marshanda Belum Tentu Bisa Jadi Panutan

Bicara Tentang Figur Publik Yang Terkenal Atau Viral Marshanda Belum Tentu Bisa Jadi Panutan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 242 hits
Sama seperti dirinya Marshanda mengingatkan publik kalau seseorang yang terkenal belum tentu memberi pengaruh positif
Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 347 hits
ALOR SETAR Keputusan Parti Pejuang Tanah Air untuk bertanding menggunakan logo Parti Warisan Sabah atau Parti Amanah Negara dalam Pilihan Raya Umum ke 15 mungkin merupakan pelan terakhir yang akan dibuat sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertub...
Imbauan Carrie Lam Sebaran Covid 19 Tidak Berhubungan Dengan Ras Atau Etnis

Imbauan Carrie Lam Sebaran Covid 19 Tidak Berhubungan Dengan Ras Atau Etnis

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 197 hits
Kepala Eksekutif Hong Kong Carrie Lam memberikan imbauan kepada warganya untuk tidak mengaitkan infeksi virus corona dengan ras atau etnis Imbauan itu disampaikan Lam pada Selasa di tengah lonjakan kasus harian Covid 19 yang sudah mencapai ...
Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

Dilema Ph Mahathir Atau Anwar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 201 hits
PETALING JAYA Kemampuan Pakatan Harapan bertindak sebagai barisan bersatu kini dipersoalkan kerana sebilangan pemimpinnya mungkin cuba bekerjasama dengan Umno sementara yang lain menyokong Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Anwar Ibrahim dala...
Ada 3 Peranan Utama Wanita Dalam Mencegah Atau Menggalak Radikalisasi

Ada 3 Peranan Utama Wanita Dalam Mencegah Atau Menggalak Radikalisasi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 289 hits
SINGAPURA Seramai 24 wanita di Singapura menjadi radikal sejak tahun 2015 Ini meliputi tiga wanita rakyat Singapura dan 21 pembantu rumah asing Kebanyakan daripada mereka adalah penyokong kumpulan pelampau ISIS Demikian menurut seorang juru...
Google Play Store Kini Memaparkan Indikasi Sama Ada Sesuatu Aplikasi Sedang Popular Atau Kurang Diminati

Google Play Store Kini Memaparkan Indikasi Sama Ada Sesuatu Aplikasi Sedang Popular Atau Kurang Diminati

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 398 hits
Tahun lepas Google mula mengemaskini Play Store iaitu gedung aplikasi mereka dengan memaparkan jumlah muat turun ketika mencari aplikasi Gedung aplikasi Google ini juga menarik seperti mempunyai kemampuan membanding aplikasi boleh bermain p...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran