Stres Waktu Hamil Tak Berbaloi Kesannya Nanti Pada Anak Ceriakan Mood Mama Sentiasa


Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung sebenarnya banyak membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Sebab itulah kita selalu diajar untuk sentiasa ceria masa mengandung.
Ibu hamil sememangnya perlu elakkan sama sekali berada dalam keadaan stres keterlaluan ketika hamil. Menurut Dr Siti Hawa Abd Karim, Hospital Islam Az-Zahrah selalulah tenang dan ceria ketika hamil kerana inilah sebaiknya. Malah ibu juga perlu bijak mengawal stres ketika hamil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Bagaimana nak kawal stres?
Sebab itulah, sebelum hamil kita kena pastikan mempunyai hormon yang seimbang. Macam mana nak tau, hormon kita ni ok ke tak? Mestilah kena cek dengan doktor!
#Terapi Urutan
Masa mengandung ni memang kita akan rasa sengal sendi seluruh badan terutama bahagian pinggang kerana janin sedang membesar. Lagilah ibu-ibu rasa serba tak kena kan.
Ibu-ibu tahu tak jika urutan dilakukan dengan teknik semasa hamil sangat membantu ibu-ibu untuk mengatasi semua rasa kurang senang dan akan menjadi lebih bertenaga!
Kajian telah menunjukkan bahawa tahap hormon tekanan boleh dikurangkan dengan terapi urut; meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menghasilkan mood&tidur yang baik.

Boleh berurut dengan syarat kandungan 12 minggu dan ke atas serta tidak pernah mengalami keguguran, tidak pernah melahirkan anak pra-matang serta kandungan yang tiada masalah pre-clampsia atau tekanan darah tinggi.
Semasa trimester akhir, tekanan dari rahim berat yang terletak di bahagian belakang dan lantai pelvis boleh menyebabkan pembengkakan dan tekanan pada saraf yang berdekatan. Kesakitan saraf boleh menjadi pengalaman biasa bagi ramai wanita semasa peringkat ini. Dengan melegakan tekanan pada otot-otot, terapi urut dapat meringankan tekanan pada saraf dan oleh itu mempunyai pengurangan ketara dalam kesakitan saraf sciatic.
#Makan makanan berkhasiat
Makan berkhasiat dan seimbang. Makanlah makanan sebenar yang bebas bahan kimia sintetik seperti pengawet, perasa, pewarna, dan pemanis tiruan.
Lebihkan buah-buahan, sayur, kekacang, daging, ikan dan apa saja sumber makanan yang selamat di makan yang mengandungi protein, karbohidrat,folate, zat besi, vitamin serta mineral. Fokus pada sayuran hijau tinggi kerana ia tinggi kalsium, iron, magnesium mineral lain. Amalkan juga makanan sunnah yang tinggi zat besi dan folate seperti kurma, madu dan delima.
#Jangan tinggalkan lemak
Menerusi kajian yang dilakukan, pengambilan lemak baik seperti minyak kelapa dara membantu ibu hamil yang mengalami morning sickness.
-Lemak adalah punca tenaga.
-Lemak penting untuk meningkatkan fungsi otak. Sebahagian besar otak kita terdiri dari lemak, sel-sel kita juga terdiri dari lemak.
Untuk dapatkan kulit dan tisu yang sihat, kita mesti ambil lemak.
-Lemak juga berperanan sebagai transport untuk mengangkut vitamin (A,D,E,K). Tanpa lemak, vitamin yang kita ambil ini tidak mampu diserap.
-Sumber utama lemak antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun, mentega (bukan margerin) kerana ia bersifat sintetik dan akan mendatangkan mudarat pada tubuh.

#Makan dengan cukup
Rasa letih merupakan masalah yang selalu dihadapi wanita hamil. Dan antara penyebabnya kerana kurang selera makan. Bila kurang makan, tenaga yang diperolehi tubuh juga tidak mencukupi! Mesti makan secukupnya dan jangan sesekali nak berdiet sebab takut gemuk.
#Pilih snek berkhasiat
Pisang memang cukup baik dijadikan snek buat ibu hamil. Sebabnya kandungan vitamin B6 di dalamnya boleh membantu dalam mengatasi morning sickness.Kandungan serat di dalamnya juga membantu ibu yang mengalami sembelit. Ia juga kaya kalsium, vitamin C serta memberi tenaga segera. Kekacang juga sangat bagus dalam menstabilkan hormon wanita.
#Kawal gula
Ibu-ibu mesti tahu hal ni! Mengidam makanan manis-manis hingga mengambil dalam jumlah keterlaluan semasa hamil boleh meningkatkan risiko anak mengalami alahan dan asma.
Sebagai pengganti gula, gantikan dengan pengambilan lebih banyak lemak. Cuma pastikan bahawa lemak itu sihat yang menyerupai diet bagi kebiasaan masyarakat Mediterranean seperti minyak kelapa dara dan juga minyak zaitun. Jika keinginan makan manis yang keterlaluan, cuba menambah jus lemon atau limau ke dalam air.

#Bersenam
Senaman ringan membantu mengeluarkan hormon serotonin yang mencetuskan perasaan gembira.
#Sistem sokongan yang padu perlu dirancang semasa kehamilan, bukan setelah melahirkan! Ibu hamil bukan saja hendak mengada-ngada. Mereka memang perlu diberi rehat dan kasih sayang yang cukup. Para suami/masyarakat perlu dididik bahawa wanita hamil&lepas bersalin sebenarnya perlu penjagaan yang lebih teliti/rapi.
Sistem sokongan yang macam mana? Kalau mampu dapatkan pakej penjagaan dalam pantang yang bagus. Kalau kurang berkemampuan, rancanglah ikut cara tersendiri asalkan isteri terjaga sepanjang proses tersebut atau sekurang-kurangnya 40 hari pertama. Rancang dan jarakkan kehamilan supaya ibu dapat rehat dan pulih secukupnya sebelum kelahiran seterusnya.
#Zikir
Zikir secara saintifik mampu menambahkan tenaga dan ketenangan. Basahkan lidah ibu-ibu dengan “Subhanallah walhamdulilah walailahailallah”. Zikir ini menagndungi maksud memuji dan mentauhidkan Allah. Bacalah sepanjang masa. Begitu juga dengan zikir-zikir lain.Banyakkan bertaubat dan sentiasa istighfar.
#Akhlak yang baik
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Nampak Doktor Sambut Anak Kami, Sheryl Shazwanie Selamat Bersalin, Pengalaman Berharga Buat Azzam Sham
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
Jaga solat awal waktu, jaga aurat. Jauhi sikap pemarah, dendam dan semua sikap negatif. Rajin-rajin ke majlis Ilmu kerana ia seumpama Taman-taman syurga dan bergaul dengan orang soleh.Elakkan akhlak tidak baik seperti ghibah, berprasangka.Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan.Ayah-ayah pun sama berbual dengan anak tu. Mesti selalu senangkan hati isteri.
#Membaca
Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain. Semoga dengan panduan yang doktor kongsikan ini mampu membantu ibu bapa dalam melahirkan anak-anak generasi rabbani generasi iaitu anak-anak menjadikan Allah sebagai tujuan hidupnya, Rasulullah sebagai teladan hidupnya serta kaya dengan keperibadian yang bermanfaat.InsyaAllah.
 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&ma
The post Stres Waktu Hamil Tak Berbaloi, Kesannya Nanti Pada Anak, Ceriakan Mood Mama Sentiasa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stres-waktu-hamil-tak-berbaloi-kesannya-nanti-pada-anak-ceriakan-mood-mama-sentiasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti Persediaan Ini Perlu Ada Baru Mood Anak Ok

Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti Persediaan Ini Perlu Ada Baru Mood Anak Ok

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 249 hits
Sebelum ada anak kebanyakan daripada kita jika terasa nak bercuti tak akan fikir panjang Siapkan sahaja beg dan buat sedikit persediaan dah boleh bergerak ke destinasi yang dituju Bagaimanapun setelah mempunyai anak terutama yang masih keci...
Dia Dah Mula Nak Cakap Mama Nad Dapat Teka Dia Tanyakan Anak Dia Yem

Dia Dah Mula Nak Cakap Mama Nad Dapat Teka Dia Tanyakan Anak Dia Yem

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 356 hits
Pelakon Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap Menurut Ungku Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bi...
Dah Nampak Baby Bump Bridgia Akan Jadi Kakak Acha Septriasa Hamil Anak Ke 2

Dah Nampak Baby Bump Bridgia Akan Jadi Kakak Acha Septriasa Hamil Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 139 hits
Pelakon Indonesia Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua Berita gembira itu dimaklumkan melalui instagram pada Ahad Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Acha Septriasa turut memuat naik gambar baby bump yang di...
Anak Suka Berlari Melompat Memanjat Sebenarnya Bagus Rugi Kalau Mama Papa Bising Larang

Anak Suka Berlari Melompat Memanjat Sebenarnya Bagus Rugi Kalau Mama Papa Bising Larang

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 144 hits
Lumrah kanak kanak suka berlari melompat memanjat dan menjerit Kadang kadang penat melihat gelagat mereka yang tak duduk diam tak tahu erti penat dan mungkin ianya memberikan anda rasa sakit kepala tetapi itu tandanya anak papa mama berada ...
Kalau Anak Sentiasa Nak Hp Tak Dapat Menangis Elak Buat Perkara Ini Dari Awal

Kalau Anak Sentiasa Nak Hp Tak Dapat Menangis Elak Buat Perkara Ini Dari Awal

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 171 hits
Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet termasuklah kanak kanak Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang bagus bagi anak kecil jika tiada pengawasan daripada ibu bapa Ini kerana k...
Potret Cantik Tasya Farasya Yang Sedang Hamil Anak Kedua Perut Makin Besar

Potret Cantik Tasya Farasya Yang Sedang Hamil Anak Kedua Perut Makin Besar

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 190 hits
Tasya Farasya sedang menikmati kehamilan anak keduanya Perubahan fisik sudah tampak terlihat dari Tasya Farasya Perut Tasya tampak makin membesar Penampilan Tasya Farasya mencuri perhatian Potretnya dipuji cantik meski sedang hamil anak ked...
Emirhan Macam Presiden Rusia Tapi Versi Comel Nanti Besar Handsome Anak Anzalna

Emirhan Macam Presiden Rusia Tapi Versi Comel Nanti Besar Handsome Anak Anzalna

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 199 hits
Sebelum ini anak sulung kepada pelakon cantik Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidress sering menjadi tumpuan ramai dengan kecomelannya serta penampilan yang kemas dan segak Tarikan Eidress pada rambutnya yang kerinting serta pandai bergaya keti...
Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 227 hits
Setiap tahun kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak antara usia empat hingga enam tahun akan mula sibuk membuat pilihan tadika terbaik untuk anak masing masing Pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran yuran ...
Anak Lelaki Manja Minta Peluk Cium Layankan Je Nanti Besar Kita Pula Rindu

Anak Lelaki Manja Minta Peluk Cium Layankan Je Nanti Besar Kita Pula Rindu

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 151 hits
Anak lelaki manja Layankan je Masa kecil dia manja Sikit sikit ibu sikit sikit ayah Ada je request dia Tapi ibu ayah ketahuilah bahawa bila dia dah besar esok dia bakal jadi jauh lebih dewasa dari kita Jarang dah nak panggil ibu ibu tolong ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba